Crispy Chicken Fingers

Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
Selangor

#goldenapron
#minggu 4

Paling simple dan sedap untuk kudapan. Selalunya saya akan sediakan banyak, marinate siap-siap dan letak di peti sejuk.

Boleh juga dimakan begitu sahaja atau pada yang nak sedikiy healthy boleh dihiris nipis dicampur dengan salad.

Crispy Chicken Fingers

7 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#minggu 4

Paling simple dan sedap untuk kudapan. Selalunya saya akan sediakan banyak, marinate siap-siap dan letak di peti sejuk.

Boleh juga dimakan begitu sahaja atau pada yang nak sedikiy healthy boleh dihiris nipis dicampur dengan salad.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmisi ayam
  2. 1sb lada putih
  3. 1sb lada hitam
  4. 1sk maggi cukup rasa
  5. Tepung Bestari
  6. 1biji telur ayam
  7. Minyak untuk mengoreng
  8. Cili sos
  9. Mayonnaise

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih isi ayam dan tapis untuk buangkan air. Marinade isi ayam dengan serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan maggi cukup rasa. Boleh dimasak terus atau simpan beberapa jam di dalam peti ais.

  2. 2

    Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati. Celupkan isi ayam yang dimarinade tadi ke dalam telur.

  3. 3

    Celupkan isi ayam tadi ke dalam tepung bestari. Goreng dalam minyak deep fry. Goreng sambil terbalik-balikan supaya masak sekata. Goreng sehingga warna keperangan dan garing.

  4. 4

    Angkat dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran. Kali ini saya gunakan mayo sos. Masukkan 1 sb sos cili ke dalam 4 sudu besar mayonnaise. Ikut pada kepedasan masing-masing. Jika mahu lebih pedas boleh letak lebih cili sos.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Narimah Othman
Narimah Othman @cook_17386646
pada
Selangor
Pastry Lecturer
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya