Cara Memasak
- 1
Kentang buang kulit & hiris nipis nipis. Tos hingga kering. Taburkan garam sedikit supaya minyak tidak meletup.
- 2
Goreng kentang di dalam minyak panas hingga garing. Kemudian goreng ikan bilis. Tips : ikan bilis dibasuh sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh awal awal. Untuk dapatkan bilis yg rangup.
- 3
2biji bawang diblender dan ditumis dengan minyak lebihan goreng tadi. Tumis sehingga masak & baru masukkan cili kisar. Tumis dengan api perlahan hingga cili garing, masak & pecah minyak.
- 4
Cili hijau pedas tadi ditumbuk kasar, dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Masukkan sekali bawang besar yang dimayang (tips tambahan ni utk suami yg suka makan cili pedas & bawang). Tambahkan sedikit garam & secubit gula.
- 5
Bila sambal dah keluar minyak boleh tutup api. Biarkan sambal sejuk seketika, baru masukkan ubi kentang & ikan bilis. Kacau rata. Siap untuk dihidang. :)
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ikan Bilis dan Ubi Kentang Sambal Ikan Bilis dan Ubi Kentang Sambal
Lauk nie lah yang akan buat makan nasi bertambah-tambah. Kena dengan nasi panas dengan telur mata kerbau memang yummyyy sangat#goldenapron2020#cooksnap#simpledishmadammezu Azura Hamid -
Sambal kentang bilis bujang Sambal kentang bilis bujang
Resepi ni ada kisahnya.Zaman Ziana bujang² dulu. Dan tinggal jauh dari keluarga . Kadang² nk sangat berjimat duit belanja . Terpikir menu apa yang boleh dimasak dan dimakan banyak hari.Sambal kentang bilis penyelamatnya.Ziana ingat pesan mak , jika masak sambal api kena perlahan aje sehingga pecah minyak . Masak sehingga kuah pekat dan sedikit kering . Sambal tahan lama tak mudah basi.Alhamdulillah sejak bujang dan sehinggalah sekarang sambal kentang bilis bujang menjadi menu pilihan yang paling ziana gemari.#GoldenApron23#week2Kentang Ziana Chesaad -
Sambal kentang rangup bersama ikan bilis#maratonraya#kentang(Minggu 1) Sambal kentang rangup bersama ikan bilis#maratonraya#kentang(Minggu 1)
Sambal kentang rangup ni menjadi makanan tambahan untuk penambat selera. Sedap dimakan begitu sahaja juga makan bersama dengan nasi. Aziela Amin -
-
Kerepek Ubi Kentang Pedas Kerepek Ubi Kentang Pedas
#goldenapronKerepek ubi kentang ini memang menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi. Jika ibu menghidangkan lauk ini, saya pasti meratahnya hingga habis...terima kasih ibu kerana mengajar saya resipi yang sedap ini. Zareena Shahmarudin -
Sambal Kering Bilis Kentang Sambal Kering Bilis Kentang
#goldenapron2020Sambal bilis ni sedap kalau makan dengan nasi panas-panas.Gandingan yang saya suka juga kalau masak lauk parpu telur. Norashikin Rahmat -
Sambal Kentang Ikan Bilis Sambal Kentang Ikan Bilis
Sesekali makan sambal kentang ikan bilis pun sedap. Kena pulak dengan nasi panas panas dan telur dadar. Pehh syiokkk. 😋Teringat masa kecik kecik dulu arwah Umi selalu masak lauk ni masa musim hujan. Letak dalam roti lipat dua dan ngap. Aduhhh layannn sehhh. Sedar sedar habis sebuku roti.Lauk ni juga jadi penyelamat bila dah buntu nak masak apa dan juga masa sahur bulan puasa. SELAMAT MENCUBA! 😋#goldenapron2020#minggu13#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Sambal Kentang & Ikan Bilis Sambal Kentang & Ikan Bilis
#goldenapron2020#mingguke9Tengah asyik scroll Facebook, tiba-tiba keluar pula gambar sambal kentang dan ikan bilis. Terdetik di hati tu berkata “sedapnya kalau dimakan dengan nasi panas. Nak lagi kalau pedas. Hishhh”4-5 hari berlalu. Asyik teringat sambal kentang tu. Tak boleh jadi ni. Hari ni kena buat juga. Orang tua kata, kalau mengidam tu kena la tunaikan. HeheheheMengidam kosong- kosong je ye. Sememangnya saya memang gilakan sambal yang pedas-pedas. Nak lagi pedas tu datangnya dari cili padi. Memang tak Ingat apa dah.Sajian ni nampak je simple tapi keenakkannya boleh sampai bertambah nasi tau.Kalau you all tak percaya, cuba lah buat sambal ni. Silap hari bulan, mertua panggil pun you all tak layan.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Sambil Bilis Kentang Sambil Bilis Kentang
#goldenapronSambal yang menjadi kegemaran keluarga. Jika buat sambal ni, tentu-tentu kena masak nasi lebih. LATIPAH NAWAWI -
-
Ikan Tenggiri Sambal Kering Ikan Tenggiri Sambal Kering
#goldenapron#week15Dua potong ikan tenggiriInilah ikan pilihan suamiPening kepala fikirkan resepiKu sambalkan kering cenggini. Umi Minarni -
Ketang bilis sambal hijau Ketang bilis sambal hijau
Sambal Hitam, sambal hijau ,sinonim betul dengan negeri pahang,sambal hijau ni pun popular juga. Saya memang suka sambal hijau sebb keunikan rasanya.#merdekapassport Noraini Hamid
Lebih Banyak Resipi
Komen