Kerepek Ubi Kentang Pedas

Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
Shah Alam Selangor

#goldenapron
Kerepek ubi kentang ini memang menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi. Jika ibu menghidangkan lauk ini, saya pasti meratahnya hingga habis...terima kasih ibu kerana mengajar saya resipi yang sedap ini.

Kerepek Ubi Kentang Pedas

18 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
Kerepek ubi kentang ini memang menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi. Jika ibu menghidangkan lauk ini, saya pasti meratahnya hingga habis...terima kasih ibu kerana mengajar saya resipi yang sedap ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 sajian
  1. 2sudu besar ikan bilis
  2. 3biji ubi kentang
  3. 1biji bawang holland
  4. 3biji lada besar merah
  5. 3biji cili padi merah
  6. 1 ulasbawang putih
  7. 1/4sudu kecil garam
  8. 1sudu besar gula putih
  9. 3 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas ubi kentang,bersihkan dan hiris nipis. Bersihkan ikan bilis dan basuh bersih. Ketepikan dahulu.

  2. 2

    Kisar cili besar, cili padi,bawang besar, bawang putih. Ketepikan dahulu.

  3. 3

    Panaskan minyak masak. Goreng ubi kentang hingga garing dan bewarna keemasan. Angkat dan sejukkan. Kemudian dengan minyak yang sama, goreng pula ikan bilis hingga garing. Angkat dan sejukkan.

  4. 4

    Dengan minyak yang sama tadi, tumiskan bahan kisar pula hingga garing dan naik bau serta pecah minyak. Perisakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang telah disejukkan tadi. Tujuan disejukkan dahulu adalah supaya ubi kentang dan ikan bilis tetap garing apabila dicampurkan ke dalam bahan kisaran.

  5. 5

    Tips= Bagi langkah nombor empat, sebelum memasukkan ubi kentang dan ikan bilis, sila keluarkan lebihan minyak daripada tumisan bahan kisar tadi semaksimun yang mungkin. Ini bagi mengelakkan ubi kentang menjadi lembik akibat terlampau berminyak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
pada
Shah Alam Selangor
Minat memasak
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya