Fudgy Brownies

Resipi brownies ni hanya resipi basic sahaja tetapi teksturnya sangat lembut dan chewy. Lagi banyak chocolate, lagi sedap. Jika mahukan rasa yang lebih rich, gunakan chocolate yang berkualiti tinggi.
Saya lebih suka jika dimakan selepas sehari dibakar. Simpan didalam peti sejuk kemudian dipanaskan dengan menggunakan microwave dan diletakkan sedikit air didalam cawan.
Selamat mencuba 😊
Fudgy Brownies
Resipi brownies ni hanya resipi basic sahaja tetapi teksturnya sangat lembut dan chewy. Lagi banyak chocolate, lagi sedap. Jika mahukan rasa yang lebih rich, gunakan chocolate yang berkualiti tinggi.
Saya lebih suka jika dimakan selepas sehari dibakar. Simpan didalam peti sejuk kemudian dipanaskan dengan menggunakan microwave dan diletakkan sedikit air didalam cawan.
Selamat mencuba 😊
Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk tahan panas, masukkan dark chocolate bersama butter. Cairkan secara double boiler. Gaul sebati. Bila coklat dah cair, matikan api. Ketepikan.
- 2
Sementara itu, ayak tepung gandum bersama serbuk koko. Ketepikan.
- 3
Dalam mangkuk adunan. Masukkan gula perang, telur dan juga esen vanila. Gaul perlahan- lahan menggunakan senduk kayu atau spatula. Tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi kemudian gaul sebati.
- 4
Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak. Kaup balik sehingga sebati. Tuang didalam loyang yang telah di alas baking paper. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180’c atau ikut suhu oven masing-masing.
- 5
Setelah siap dibakar, keluarkan dari loyang dan terus potong. Enak jika di hidang bersama aiskrim vanila.
Resipi Sepertinya
-
Buckeye Brownies Buckeye Brownies
#syedmunawwarBrownies?Peanut Butter?oh saya sangat gilakan brownies dan peanut butter.Kadang-kadang saya curi-curi makan sesudu dua Peanut Butter begitu sahaja.Hari ini saya ingin kongsikan cara saya untuk membuat Brownies yang lembut dan pastinya penuh rasa chocolate.Sebelum itu,ingin saya kongsikan sedikit teknik saya ketika mengadun bahan-bahan.Jangan pukul telur sehingga berbuih.cukup sekadar telur dan gula larut.Jika terlebih pukul,tekstur akan berubah menjadi padat seperti kek.Selain itu,Saya lebih suka makan bila sudah semalaman.Dipanaskan dengan menggunakan microwave dan diletakkan secawan air di sisi ketika dipanaskan akan membuat tekstur brownies lebih sedap.Kalau anda tak percaya,cubalah resipi saya.Setiap gigitan yang masuk ke dalam mulut mesti anda teringatkan saya. 😊 Gyna Elenna -
Congo Bar Congo Bar
#goldenapron#minggukesepuluhMuak dengan brownies?dah cuba Congo bar?Saya dan anak-anak gemar Congo Bar berbanding brownies.Rasanya seperti cake butter tetapi agak kasar dan sedikit padat.Potongan Congo Bar yang disimpan atau sudah sejuk perlu dipanaskan dahulu didalam microwave bersama air yang diletakkan disisinya.Hasilnya akan menjadi lebih lembut dan lembap.Ataupun nikmatinya ketika panas,(selepas dibakar)Penggunaan kekacang adalah mengikut citarasa anda.Selain almond,hazelnut atau macadamia pun sedap.Oh ya!nak guna 100% butter pun tidak menjadi masalah.Saya gunakan butter campuran kerana bagi saya rasanya sekata dan aromanya lebih mengasyikkan.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Brownies Sodap😍 Brownies Sodap😍
Sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar, saya berniaga brownies secara kecil-kecilan. Alhamdulillah sepanjang saya berniaga, saya perolehi feedback yang positif daripada para pelanggan saya🤲 Resipi brownies ini saya perolehi daripada seorang blogger merangkap idola saya iaitu, Kak Ita Masam Manis❤️ Terima kasih idolaku kerana sudi share resipi brownies yang sedap ini. Brownies ini juga kegemaran family saya, kalau buat tu tak sampai sehari dah licin hihi memang berhantu betulll🤭 Zaidatul Aribah -
Double Chocolate Muffin Double Chocolate Muffin
#goldenapronMinggu ni Nina buat Double Chocolate Muffin.Double Chocolate bermaksud menggunakan 2 jenis chocolate iaitu chocolate masakan dan chocolate powder.Muffin yang Nina hasilkan sangat lembut, bertekstur “crumble”.Mami ajar, nak rasa lebih sedap, muffin dipanaskan di dalam microwave bersama sedikit air yang diletakkan di sisinya.Nanti muffin tu lebih lembut dan moist.Buat muffin ni senang sangat.Tak payah guna mesin.Guna whisk atau senduk kayu je.Jangan pukul terlalu lama dan kuat nanti muffin akan menjadi seperti kek. Heidi Karina -
Brownies Fudgy Dengan Pelbagai Kekacang Brownies Fudgy Dengan Pelbagai Kekacang
Global Apron 2024 Challenge 5: Kuih RayaBrownies memang salah satu resipi yang sangat disukai oleh keluarga saya malah kalau buat seloyang memang takkan pernah cukup untuk kami sekeluarga, apatah lagi kalau dihidangkan di hari lebaran nanti. Nak buat nya pun amat mudah, godek-godek, campak dalam oven dan biar sampai masak sambil-sambil tu kita boleh buat kerja-kerja rumah yang lain. Sekali-sekala jenguk jugak oven tu ye.#GlobalApron2024Bahan-bahan :- Telur (1) + kurma (2) +madu (2) + kismis (2) + tepung gandum (1) + mentega (1) + kacang gajus (3) + kacang tanah (2) + badam (3) + hazelnut (3) + serbuk koko (2) + esen vanila (1) Dapur Yusfarisyia -
Bounty Coconut Brownies #syedmunawwar Bounty Coconut Brownies #syedmunawwar
Siapa pernah makan chocolate Bounty yang berisi kelapa?Dulu saya kerap pergi ke Thailand,pasti singgah di Kompleks Duty free di Bukit Kayu Hitam dan semestinya saya beli 5-6 bungkus Bounty chocolate untuk dibawa pulang.Kita sedia maklum harga disini agak mahal.Saya ingin berkongsi resipi brownies yang di ilhamkam dari chocolate Bounty.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Cakey Brownies Cakey Brownies
22hb September lepas Mai ada join kelas pastry & dessert dengan Sweetle_10. Semalam baru semangat nak cuba tu datang 🤭😆Cakey Brownies ni lebih ringan, more to cake tapi still kaya dengan butter dan coklat berbanding kek, dan lembut gebu. Maisarah Mamat -
Brownies Bites Brownies Bites
Nak makan brownies tapi fikir malasnya nak sental loyang. Nak kena potong lagi, dah tahu Mai sejenis y comot bila potong brownies. Godek-godek di Google dan YouTube jumpa idea untuk buat brownies bites ni. Apa lagi jom kita buat. Maisarah Mamat -
👩🍳Brownies Kedut 👩🍳Brownies Kedut
Global Apron 2024 Challenge 14: ViralAda satu ketika Brownies viral sehingga ramai yang ambil peluang menjual brownies. Sehingga ke saat ini, pelbagai jenis inovasi brownies dijual dalam beberapa bentuk dan rasa.Secara asasnya bahan brownies agak mudah didapati. Bahan berasaskan koko & cokelat sememangnya paling digemariKetika viral dululah sy beli acuan untuk brownies siap dengan alat pemotongnya. Buat brownies agak kerap dan selalu buat untuk diberi kepada adik beradik dan rakan2. Semua suka brownies yang fudgy dan chewy..sekarang pun masih buat lagi..Brownies kedut- paling digemari!Dark chocolate (2 p)Telur (1 p)Mentega (1 p)Susu tepung (2 p)Serbuk koko (2 p)Tepung gandum (R)Total= 8 p ✅#GlobalApron2024#Challenge14#Viral#DarkchocolateTelurMentega#SusutepungSerbukkoko2116/3K260/2024 Mahadiah -
Brownies Mudah Brownies Mudah
Malam semalam dapat panggilan telefon dari kakak bagitau nak “suprise” birthday anak dia di rumah nenek. Kakak bagitau birthday anak dia sepatutnya 26 Julai tetapi memandangkan tarikh tersebut kakak busy dengan tempahan katerer jadi kakak buat birthday awal sehari. Kakak bagitau nak buat pada tenghari keeseokan hari. Hmm.. bangun pagi keesokan hari nya terfikir nak buat apa untuk buah tangan nanti. Dengan bahan-bahan yang ada di dapur terhasil lah brownies mudah. Jadi la untuk buah tangan nanti. Lagi pun ramai yang suka makan brownies di kalangan keluarga saya. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Healthy Dark Chocolate Brownies #syedmunawwar #myfirstrecipe Healthy Dark Chocolate Brownies #syedmunawwar #myfirstrecipe
Eksperimen pertama sebab customer minta brownies yang tak manis. Rasanya pahit pahit manis datang daripada dark chocolate itu. Dan customer sangat suka! Sesiapa terasa nak brownies yang healthy, jom cuba! Nabilah Azis -
🍫 BROWNIES OREO 🍫 BROWNIES OREO
Akak share resipi brownies oreo yg mudah disediakan, hepi meneraiiii 😉 #oreobrownies #brownies #brownieskedut #browniesoreo Keroroyz Royz
Lebih Banyak Resipi
Komen