Lempeng Kelapa Tanpa Gluten

Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
Bandar Baru Salak Tinggi

Resipi asal dari Kak Wan Citarasawan.

Lempeng ni sama macam resipi Kalakatar. Bezanya cuma lempeng ni guna kuali dan tak dibakar.

Bahan-bahan asal memang tanpa gluten. Saya gantikan dengan 300g tepung Bread, Batter & Beyond dari When Makcik Bakes.

Rasanya lemak. Anak-anak memang suka sangat kalau cicah kuah kari atau gulai daging. Cicah sambal bilis pun ngam 😁

Lempeng Kelapa Tanpa Gluten

11 orang bercadang membuatnya

Resipi asal dari Kak Wan Citarasawan.

Lempeng ni sama macam resipi Kalakatar. Bezanya cuma lempeng ni guna kuali dan tak dibakar.

Bahan-bahan asal memang tanpa gluten. Saya gantikan dengan 300g tepung Bread, Batter & Beyond dari When Makcik Bakes.

Rasanya lemak. Anak-anak memang suka sangat kalau cicah kuah kari atau gulai daging. Cicah sambal bilis pun ngam 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
10 keping
  1. 200 gtepung pulut
  2. 100 gtepung beras
  3. 1 bijitelur tanpa antibiotik (Gred B)
  4. 200 mlair kelapa / santan cair
  5. 1/4-1/2 cawangula (lebihkan sekiranya sekiranya mahu manis)
  6. 1/2 sudu kecil garam
  7. 200 gcawan isi kelapa muda atau kelapa diparut kasar

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Bancuh semua bahan kering sehingga rata. Masukkan air kelapa atau santan sedikit demi sedikit. Masukkan isi kelapa. Adunan akan jadi sedikit pekat.

    Cair sedikit pun tak apa. Saya buat cair sebab nak lempeng nipis.

  2. 2

    Panaskan kuali leper. Sapu sedikit minyak. Tuangkan adunan dan lenggang supaya sekata. Terbalikkan bila timbul buih pada permukaan lempeng.

  3. 3

    Sedia dihidang. Saya makan dengan sambal pucuk ubi kayu hahaha. Kalau buat adunan manis, jangan makan dengan sambal, makan begitu je 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nihadriz Niha
Nihadriz Niha @Nihadriz
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Peneraju When Makcik Bakes.Mak anak 4.Suka baking dan fotografi.Ikuti tips dan resipi bebas gluten di Instagram @whenmakcikbakes atau Facebook Page When Makcik Bakes.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya