Bebola Ubi kayu

Sarmila Sharif
Sarmila Sharif @cook_16041352

#sarapan
#goldenapron
Sebut je ubi kayu..tringat zaman kesusahan..zaman Jepun. Ubi kayu ni dah macam makanan ruji pada masa tu. Lebih2 lagi sarapan pagi. Memang sentiasa disajikan hidangan dari ubi kayu. Ubi rebus..ubi goreng..lempeng ubi..lepat ubi..bingka ubi..hmm..macam2 ado..😁
Disini saya nk share resepi sarapan pagi yang jarang orang buat sekarang..iaitu bebola ubi kayu. Kuih ni sedap..rasa lemak2 manis. Jom lihat resepi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gubi kayu
  2. 50 gkelapa parut muda
  3. 40 ggula
  4. 15 gtepung gandum
  5. 100 gtepung beras
  6. 25 gtepung gandum
  7. 175 mlair
  8. Sedikitserbuk kunyit
  9. 1/2 sudu tehgaram secukup rasa
  10. 2 cawanminyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Buang kulit ubi kayu, potong kepada saiz kecil. Letak 1/2 sudu teh garam secukup rasa. Rebus ubi hingga empuk.

  2. 2

    Ubi dah empuk..lenyek ubi hingga halus. Masukkan gula..kelapa parut dan tepung gandum. Gaul sebati.

  3. 3

    Bentukkan ubi kayu menjadi bebola kecil. Ketepikan.

  4. 4

    Satukan tepung beras,tepung gandum, air, serbuk kunyit dan garam. Kacau sebati. Celup bebola ubi kayu kedalam adunan tepung hingga rata.

  5. 5

    Panaskan minyak..goreng bebola ubi kayu sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sarmila Sharif
Sarmila Sharif @cook_16041352
pada

Komen (7)

hayat
hayat @cook_22459968
kalau tak letak kelapa parut ok ke?

Resipi Sepertinya