Apam gula hangus

Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
Taiping,Perak

#goldenapron
#minggu17
Resepi mudah sedap sangat sebab rasa dia memang gebu gebas gitew.Sesuai dibuat sarapan pagi/minom petang.

Apam gula hangus

#goldenapron
#minggu17
Resepi mudah sedap sangat sebab rasa dia memang gebu gebas gitew.Sesuai dibuat sarapan pagi/minom petang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawangula pasir
  2. 1 cawanair panas
  3. 1 1/2 cawantepung gandum
  4. 3biji telur gred c
  5. 2sudu besar marjerin
  6. 1sudu kecil soda bikarbonat
  7. 1sudu kecil ovellete
  8. 1/2sudu kecil esen vanilla
  9. 1/2 cawanminyak masak
  10. 2sudu besar susu pekat manis
  11. #semua sukatan guna sudu dan cawan metrik

Cara Memasak

  1. 1

    Ambil gula,karamelkan dalam kuali.Api biar sederhana slow supaya gula kita tidak hangus.Kalau hangus nanti pahit tak sedap pula.Bila sudah perang,campurkan air panas.Kacau rata hingga sebati dan cair semuanya.Siap sudah.Sejukkan.

  2. 2

    Sediakan semua bahan.

  3. 3

    Ambil blender,masuk semua.Susu pekat manis-telur-marjerin-esen vanilla-minyak-ovellet dan soda bikarbonat.

  4. 4

    Blender semuanya selama 3 minit.

  5. 5

    Tuang gula hangus tadi.Blend lagi selama 1 minit.

  6. 6

    Tambah semua tepung.Blend hingga sebati semuanya.

  7. 7

    Sediakan acuan sapu sedikit minyak.Tuang adunan dalam acuan.Letak dalam loyang kukusan.

  8. 8

    #Panaskan dahulu kukusan baru kukus.Kukus selama 15 minit.Boleh juga kukus dalam loyang besar.Jika mahu kukus dalam loyang besar,anda haruslah lebihkan masa mengukus dalam 45 minit.Supaya apam kita masak sekata dalamnya.

  9. 9

    Tadaaa apam gula hangus sudah siap.Gebuss gebass gitew.😋

  10. 10

    Selamat mencuba ya semuanya.😍😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Leesa Alif
Leesa Alif @cook_16411820
pada
Taiping,Perak
🌹Cooking is my passion.😉🌹Mama gojes ank 3😂🌹Kerja urus rumah 24jam kalah" pm".😁🌹Ari2 bizi msk... mkn tulaa kerja ceq kt dapoq😆🌹Ceq sorang yg hepi go lucky😃🌹Ampa yg suka tgok ceq msk...jgn lupe follow ceq tau.kih.kih.kih.bye😘😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya