Popia Carbonara versi Cepat dan Mudah

Secubit Rasa Cik Nani🌷
Secubit Rasa Cik Nani🌷 @cndidapur
Kampar, Perak

#bonuspastry #goldenapron #saturesipisatupohon #CookpadderPerak

Assalammualaikum sahabat CN.

Petang - petang begini terasa ingin menikmati kudapan kan? Tetapi kalau boleh biarlah yang mudah disediakan. Betul tak? Tidaklah renyah dan paling penting mengenyangkan 😂

Baiklah, hari ini CN nak kongsikan resipi Popia Carbonara cara CN yang cukup mudah disediakan. Hanya menggunakan sos Carbonara yang ada dijual di pasaraya.

Kulit popia adalah sejenis pastri yang nipis. Ia antara ramuan utama yang perlu ada dalam peti sejuk CN. Macam-macam boleh dibuat dengan kulit popia ini. Selain popia Carbonara, CN juga selalu membuat popia Sira Sambal, kerepek popia dan murtabak mini. Bolehlah dijadikan menu kudapan untuk dihidangkan buat tetamu yang tiba-tiba datang bertandang kan? ❤️

Baiklah, selamat mencuba resipi ini. 💖

#CNdidapur

Popia Carbonara versi Cepat dan Mudah

26 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
3 / 4 orang
  1. Bahan utama:
  2. 15 kepingkulit popia
  3. 2 sudu makantepung gandum
  4. Sedikitair untuk dibancuh dengan tepung - sebagai pelekat
  5. Minyak untuk menumis dan menggoreng
  6. Bahan Inti:
  7. 10 sudu makansos Carbonara Mushroom Prego atau sebarang jenama
  8. 1ketul ayam - bahagian dada dan dipotong dadu
  9. 2 batangsosej - dipotong dadu kecil
  10. 2biji cendawan shitake - dipotong dadu kecil
  11. Serbuk lada sulah secukupnya
  12. 1/2 sudu tehgaram atau mengikut citarasa anda
  13. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan seperti berikut.

  2. 2

    Mula-mula sediakan inti dahulu. Panaskan sedikit minyak, goreng isi ayam. Apabila ayam separuh masak, masukkan sosej dan cendawan shitake. Gaul sebati.

  3. 3

    Kemudian masukkan sos Carbonara dan perasakan dengan serbuk lada sulah serta garam. Tambahkan air jika perlu. Didihkan sos sehingga menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.

  4. 4

    Sediakan kulit popia dan bahan pelekat iaitu tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.

  5. 5

    Letakkan satu sudu makan inti Carbonara di tengah kulit popia. Lipat dengan kemas. Sapukan hujung kulit popia dengan bancuhan tepung gandum tadi. Lakukan sehingga adunan inti habis.

  6. 6

    Panaskan minyak dan goreng popia. Pastikan minyak penuh dan api sederhana supaya popia tidak hangit.

  7. 7

    Apabila popia sudah garing atau berwarna keperangan, angkat dan tos. Letakkan di dalam mangkuk berlapik tisu dapur. Fungsinya adalah untuk menyerap lebihan minyak.

  8. 8

    Sedia untuk dinikmati dengan aneka sos pilihan anda.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Secubit Rasa Cik Nani🌷
pada
Kampar, Perak
Assalammualaikum🥷🏽CN di sini. Ex Wartawan RASA & Editor Buku Resipi Alaf 21. Minat memasak, mencipta resipi, Foodstyling dan Food Photography 📸✍🏻Join CookPad sejak 14 Mei 2019🎬Follow & Subscribe CN di YouTube (Secubit Rasa Cik Nani) dan TikTok (CNDidapur) untuk video masakan terkini.📱Foodstyling & Food Photography (KaryaJiwa byNSZ) ❤️ & Nanilicious Wonderful by NSZ (since 2014)💻IG: cndidapur | karyajiwa_bynsz🍋Lemon8: @CNdidapur🍭Cari resipi CN gunakan #CNdidapur
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya