Tauhu Goreng Crispy

#goldenapron
#minggu21
#saturesepisatupohon
Tiba waktu malam, ada saja anak-anak dan suami mahu kudapan kerana hari ini kami menjamu selera di rumah keluarga mertua. Jadi, setibanya di rumah lapar pula.. lihat di peti sejuk cuma ada tauhu yang menarik perhatian saya.. jadi cepat-cepat la dapat idea buat tauhu goreng crispy.
Tauhu Goreng Crispy
#goldenapron
#minggu21
#saturesepisatupohon
Tiba waktu malam, ada saja anak-anak dan suami mahu kudapan kerana hari ini kami menjamu selera di rumah keluarga mertua. Jadi, setibanya di rumah lapar pula.. lihat di peti sejuk cuma ada tauhu yang menarik perhatian saya.. jadi cepat-cepat la dapat idea buat tauhu goreng crispy.
Cara Memasak
- 1
Tauhu lembut dipotong empat, basuh dan di toskan.
- 2
Daun sup dan bawang di cincang halus.
- 3
Sediakan sebuah bekas dan buat bancuhan tepung dengan memasukkan tepung goreng rangup, tepung beras, air, daun sup dan bawang.
- 4
Kemudian masukkan tauhu tadi, gaul lembut agar tauhu tidak pecah dan biarkan seketika lebih kurang 10 minit.
- 5
Didapur, sediakan kuali dan panaskan minyak.
- 6
Apabila minyak telah panas, mula masukkan tauhu tadi satu persatu.
- 7
Balikkan tauhu agar semua bahagian masak sekata.
- 8
Bila tauhu agak kekuningan bolehlah diangkat dan ditoskan minyaknya.
- 9
Tauhu sedia untuk dihidangkan bersama sos rojak, sos cili atau mayonis untuk anak-anak.
Resipi Sepertinya
-
Tauhu Crispy Belado Tauhu Crispy Belado
Idea tercetus masa min Sha @sasha_sabrina asyik cakap belado..belado masa sesi premium preview hari tu... dalam kepala ni asyik fikir tauhu belado je. Dari sehari ke sehari nak buat. Baru hari ni dapat buat..Tauhu digoreng dengan tepung serbaguna. Menjadikan tauhu crispy diluar, lembut didalam.Kemudian dimasak pula bersama belado yang pedas. Woww memang sedap. Makan pula dengan nasi panas 🤤🤤🥰🥰 (mesti terliur kan?) Noor Atika Mahamood -
Tauhu Berlauk Crispy Tauhu Berlauk Crispy
Tauhu yang mudah disediakan dan disukai oleh seisi keluarga. Makan 1 tak cukup pasti bertambah 2, 3 dan ntah berapa keping tak ingat 🤣🤭 lagi-lagi ada gandingan sambal pencicahnya...Jom lihat cara-caranya. Nur Azliani Amer -
Tauhu Goreng Crispy Tauhu Goreng Crispy
Tauhu goreng garing ni fav cik somi sama ada untuk di makan dengan nasi atau sebagai kudapan dengan pencicah sambal kicap atau sambal goreng bilis.Cara buat pun ringkas dan mudah sesangat. Nur Nadiah -
Tauhu Putih Goreng Celup Tepung Tauhu Putih Goreng Celup Tepung
#TakLebih6BahanTauhu putih goreng macam ni pun dah boleh buat kudapan. Cicah pula dengan sambal kicap! Ngam! Sesimple Loralin -
Tauhu Crispy Tauhu Crispy
Tauhu crispy. Garing kat luar, lembut kat dalam. Ni faa guna tauhu homemade by Muslim. Sedap dan isi dia firm.Goreng garing garing, cicah cili kicap. Mantul! Kakak Faa -
Crispy Enoki Cheese Crispy Enoki Cheese
Enoki Noki Time~Masih ada lagi baki enoki dalam peti sejuk. Alang-alang dah buat masak dengan kicap tadi bersama tauhu, saya buat lagi satu resipi yang mudah dan cepat tapi sedap resipi dari @dapurummi_2010 sebab saya nak cepat masak supaya suami saya dapat merasa crispy enoki sambil dia tengah menikmati sajian tengahari dia. #DemiMasaEnokisambil-sambil tu saya bagitau suami makan pelan-pelan sebab saya tengah masak satu lagi hidangan enoki. Hehe.. memang cepat sangat dan siap. Dapur Yusfarisyia -
Tauhu Goreng Celup Tepung Tauhu Goreng Celup Tepung
Kegemaran kami sekeluarga. Tak kira masak macam mana pun tetap suka makan tauhu. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Goreng Rangup Ayam Goreng Rangup
Bila masa datang rasa malas nak masak dan tak ada idea nak masak apa maka resepi paling senang adalah ayam goreng rangup ala ala KFC ni la.Sangat mudah dan cepat di masak. Anak2 pun suka sangat. Nak suruh masak hari2 pun boleh. Jom la cuba bila ketandusan idea. Kalau rajin boleh buat kentang putar dan coleslow sekali. Dah lengkap 1 set ayam KFC tapi makan di rumah. Puas hati boleh makan banyak2. Hihii. SELAMAT MENCUBA! 😍#goldenapron#minggu21#saturesepisatupohon Nor Zahida Aini -
Tauhu Ayam Tauhu Ayam
Saya memang suka makan tauhu, tak kira la dimasak dengan cara apa sekali pun. Bila saya lihat resipi tauhu Cikgu Faez, nampak mudah cara-cara penyediaan nya. Secara kebetulan suami saya ada membeli tauhu lembut. Jadi saya cuba juga membuatnya, saya tiada menggunakan tauhu telur dan tauhu petak (resipi asal). Oleh kerana saiz tauhu lembut lebih besar jadi saya ada mengolah resipi ini dan sukatan bahan-bahan juga saya tambah. Cubaan pertama berjaya wlaupun rupanya tak la selicin tauhu empunya resipi tetapi sedap. Boleh dapat banyak ye, saya dapat 28 biji. Saya sedekahkan pada mak mertua dan anak saudara suami saya, mereka pun kata sedap. Mak mertua pula nak cuba buat nanti. #goldenapron2020 #cooksnaphunt #cooksnap Dapur Yusfarisyia -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
2nd resipi #recook & #cooksnap Cookpader 'S' : MinSha.Suka sangat bila dapat buat sendiri.Yani gunakan bahan yang ada di rumah sahaja.Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer -
Spicy Crispy Popcorn Chicken Spicy Crispy Popcorn Chicken
Masak Apa Cuti Sekolah?Kalau dulu-dulu sewaktu anak-anak saya masih bersekolah, setiap waktu cuti sekolah memang kebanyakan nya saya akan memasak untuk mereka. Saya suka menghabiskan masa bersama keluarga. Suami saya pula, memang memilih sangat kalau makan di luar, kira nya jarang makan di luar. Dia lebih suka beli bahan-bahan dan masak di rumah. Kata nya lebih terjamin kebersihan dan puas makan. Suami saya selalu memberitahu anak-anak kami bahawa jika kita beli makanan di luar, kita tak pasti tahap kebersihan, tak jimat duit. Kalau masak sendiri boleh jimat duit.Menu yang sering menjadi anak-anak saya ialah yang goreng-goreng dan sup. Salah satu nya ayam goreng tetapi kalau ayam goreng, kena berhati-hati makan kerana masih ada tulang ayam. Yang paling mudah sangat ialah popcorn chicken. Kalau buat mesti kena buat lebih. Kadang, kalau untuk makan tengahari, saya tak goreng kesemua nya. Saya biarkan perapan di dalam peti sejuk dan apabila nak makan waktu malam, saya cuma gorengkan saja. Mudah kan? #TeamGorengGoreng@epit_mainmasak28 terima kasih resipi nya. Akak dah cuba, memang mudah dan cepat. Dapur Yusfarisyia -
28:8:25 - Tauhu goreng cicah sambal kicap 28:8:25 - Tauhu goreng cicah sambal kicap
tauhu yang digunakan adalah tauhu biasa yang jenis lembut. Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen