Nasi Goreng Ikan Rebus Cili Kering

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Biasanya bila masak nasi, kadang-kadang ada yang terlebih atau tak habis. Termasuk juga lauk. Bila dah banyak lebih, saya selalu kumpul lebihan nasi semalam dan simpan untuk masak nasi goreng. Kebetulan ada nasi dan ikan rebus goreng, maka terjadi la resepi nasi goreng ikan rebus cili kering. Kiranya tak ada la kita membazir.
#goldenapron #leftover

Nasi Goreng Ikan Rebus Cili Kering

1 orang bercadang membuatnya

Biasanya bila masak nasi, kadang-kadang ada yang terlebih atau tak habis. Termasuk juga lauk. Bila dah banyak lebih, saya selalu kumpul lebihan nasi semalam dan simpan untuk masak nasi goreng. Kebetulan ada nasi dan ikan rebus goreng, maka terjadi la resepi nasi goreng ikan rebus cili kering. Kiranya tak ada la kita membazir.
#goldenapron #leftover

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4mangkuk nasi (lebihan semalam)
  2. 1ekor ikan rebus goreng (lebihan semalam)
  3. 1labu bawang besar
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 7 ulasbawang merah
  6. 1inci halia
  7. 1inci belacan
  8. 5-7biji cili kering (bergantung kepedasan)
  9. 1sudu kecil garam

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan cili kering (gunting dahulu supaya senang tumbuk). Kemudian masukkan ikan rebus goreng(lebihan semalam). Tumbuk hancur. Potong dadu bawang besar. Saya suka letak bawang besar holland sebab rasanya manis

  3. 3

    Tumis bahan tumbuk dan kemudian tumis bawang besar. Masukkan garam kacau rata.

  4. 4

    Masukkan nasi lebihan dan boleh dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya