Nostalgia Nasi Goreng Kunyit Cili kering Airtangan "Emak"

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

👩‍🍳673👩‍🍳
🍽111/2023🍽
Terkenang Semasa Dulu🕰️

Nostalgia nasi goreng kunyit cili kering ini menggamit kenangan zaman kecik2 dulu.Ia adalah menu yang boleh dikatakan setiap hari emak ummi akan masak untuk sarapan kami sekeluarga masa ummi dibangku sekolah dulu.Dulu hidup susah dan sarapan wajib setiap pagi adalah nasi goreng.Kadang2 emak buatkan nasi goreng bawang je.Kalau ada lebihan ikan goreng mak buat nasi goreng kunyit cili kering yang dicampur bersama lebihan ikan semalam dan digoreng pula dengan lebihan minyak goreng ikan tersebut Dulu mana ada menu sedap2 seperti nasi lemak atau mee goreng dan sebagainya.Malam mesti emak akan masak nasi lebih sebab keesokannya akan digoreng.itulah bekal ummi ke sekolah dan emak ke kebun menoreh getah setiap hari.
Airtangan emak mana boleh ditandingi oleh sesiapapun kan.Biarpun hanya nasi sejuk dengan bawang digoreng ia sudah cukup istimewa bagi anak2.Sekarang emak dah tak boleh masakkan lagi untuk kami adik beradik.Emak dah tak berdaya nak bergerak macam dulu lagi.
ummi selalu juga buatkan nasi goreng ni untuk anak ummi rizqi .Dia pun suka sangat makan nasi goreng .Rindu pula dekat emak.Beginilah nasib hidup berjauhan dengan insan tersayang yang bernama "Ibu"🥰

#TerkenangSemasaDulu

Nostalgia Nasi Goreng Kunyit Cili kering Airtangan "Emak"

13 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 mangkuknasi sejuk
  2. 1 bukukunyit hidup
  3. 1 ketulisi ikan goreng
  4. 2 ulasbawang merah
  5. 1 ulasbawang putih
  6. 1 bijibawang besar
  7. 2 bijicili kering
  8. 1 sudu tehgaram halus
  9. 2 suduminyak lebihan goreng ikan
  10. Tambahan :
  11. Hirisandaun sup/daun bawang

Cara Memasak

  1. 1

    Kunyit hidup ditumbuk lumat dan digaul bersama nasi sejuk dengan sedikit garam.

  2. 2

    Bawang besar,bawang putih dan bawang merah serta cili kering dihiris halus.

  3. 3

    Ini ikan goreng lebihan semalam.ambil isi ikan goreng ditumbuk hancur.tak perlu terlalu halus.

  4. 4

    Panaskan minyak lebihan goreng ikan,tumis bawang merah,bawang putih dan cili kering hingga wangi dan sedikit garing.Masukkan nasi yang sudah digaul bersama kunyit tadi.Masukkan isi ikan goreng tadi gaul sekata.

  5. 5

    Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar kacau sekata dan masak nasi goreng biar sedikit garing.Angkat dan hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya