Deep Fried Deviled Egg

Erna Hezreen Hamzah
Erna Hezreen Hamzah @dapoqcikna

#bonustelurrebus
#goldenapron
#saturesepisatupohon

Senang ja rupanya buat deviled egg ni. Cikna selalu tengok mat-mat saleh buat telur ni. Tapi macam tak terasa nak cuba buat sebelum ni sebab fikirkan banyak bahan nak kena sedia..hahahaa 😂😂😂

Kalini dah alang-alang cookpad keluarkan tajuk bonus telur rebus, Cikna saja la try Google resepi deviled egg ni. Rupa-rupanya simple ja bahan-bahan dia. Ingat nak kena letak cooking cream ke apa ke..hehe 😅

Kebetulan baru lepas contest leftover food, breadcrumb yang Cikna buat haritu ada lagi, so kita guna untuk masak deviled egg ni pulak 😍
Kebanyakan resepi oversea tak goreng pun putih telur tu. Tapi kalau goreng, lagi sedap sebab ada elemen rangup disitu 😋 Cikna olah ikut bahan yang ada kat rumah ja ni.

Kalau korang rajin boleh ja campur macam-macam dalam adunan kuning telur tu. Boleh campur mashed avocado, mashed potato, protein mcm udang ke ayam ke atau macam-macam jenis sayuran. Terpulang pada kreativiti & bahan-bahan yang korang ada.

Simple tapi sedap. Jom tengok resepi..

Deep Fried Deviled Egg

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3biji Telur Rebus
  2. 2sudu besar Tepung Gandum
  3. 1biji Telur (pecahkan ke dalam bekas & kocak sedikit)
  4. 1mangkuk Breadcrumb
  5. 2sudu besar Mayonis
  6. 1/2sudu kecil Chili Flakes
  7. 5 helaiDaun Sup (hiris halus)
  8. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas telur rebus kemudian belah dua. Asingkan telur putih & telur kuning.

  2. 2

    Ambil telur putih, salutkan dengan tepung kemudian celup dalam telur. Selepas itu, salut dengan breadcrumb. Pastikan salutan rata dan sekata.

  3. 3

    Panaskan minyak, goreng telur putih yang telah bersalut tadi hingga keperangan. Masa nak goreng, bahagian berlubang tu terlangkup ke bawah dulu supaya salutannya tak mengelembung dan gorengan menjadi sekata. Lepas siap goreng, angkat dan toskan.

  4. 4

    Campurkan mayonis ke dalam telur kuning. Lenyek telur dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe adunan ke atas telur putih yang telah digoreng tadi. Taburkan chili flakes & daun sup. Siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Erna Hezreen Hamzah
pada

Komen

Resipi Sepertinya