Bubur Pulut Hitam

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#cookpadworlddessert
Mamaell seorang penggemar bubur. Saya suka makan bubur tapi saya tak boleh makan banyak. Beli di luar rasa tak menepati citarasa. Buat bubur ni sangat senang jadi saya memang tidak faham kenapa beli diluar rasanya tak sedap🤔. Jadi beginilah, saya tidak mahu mengadu banyak sangat. Jika teringin saya buat sendiri. Senangkan. Moh lihat macam mana saya buat bubur moh! 👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5@6orang
  1. 200 gmberas pulut hitam
  2. 1 kotaksantan super light ayam brand(330g)
  3. 1/2 cawangula
  4. 1sk garam
  5. 2 helaidaun pandan
  6. 500 gmAir atau secukupnya untuk merebus pulut hitam

Cara Memasak

  1. 1

    Mula-mula basuh beras pulut hitam hingga bersih, kemudian rebus pulut hitam hingga empuk. Sekiranya air tidak cukup, boleh tambah air rebus hingga empuk.

  2. 2

    Bila dah empuk. Pastikan air rebusan jangan terlalu banyak, kemudian tuang santan. Isi air separuh kotak, goncang dan tuang sekali.

  3. 3

    Masukkan daun pandan dan gula. Masak api sederhana hingga pekat dan mendidih. Garam dimasukkan untuk menaikkan rasa lemak bubur.

  4. 4

    Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Resipi Sepertinya