Bebola Pulut Serunding

#1post1hopev2
#goldenapron
#cookpadmemories
Lagi satu resepi mamaell guna pulut. Saya memang suka sangat makan pulut tapi berpada pada la yer😊. Kali ini savoury. Bahan utama serunding kelapa yang pedas, manis, masin dan lemak. Serunding ini juga boleh digunakan sebagai inti pulut udang, cucur badak atau karipap mini. Saya tujukan khas resepi ini untuk minkana cuba dan saya juga menggunakan hadiah yang saya dapat semasa potluck perak/penang ahad lepas(1.9.2019). Selamat mencuba gais😊. Moh lihat resepi dibawah moh!👇👇👇
Bebola Pulut Serunding
#1post1hopev2
#goldenapron
#cookpadmemories
Lagi satu resepi mamaell guna pulut. Saya memang suka sangat makan pulut tapi berpada pada la yer😊. Kali ini savoury. Bahan utama serunding kelapa yang pedas, manis, masin dan lemak. Serunding ini juga boleh digunakan sebagai inti pulut udang, cucur badak atau karipap mini. Saya tujukan khas resepi ini untuk minkana cuba dan saya juga menggunakan hadiah yang saya dapat semasa potluck perak/penang ahad lepas(1.9.2019). Selamat mencuba gais😊. Moh lihat resepi dibawah moh!👇👇👇
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan bahan. Bahan yang bertanda * dikisar lumat menjadi seperti gambar ke 3. Saya guna cili hidup sebab nak kurang pedas. Cili kering juga boleh guna yer, ikut citarasa masing masing.
- 2
Panaskan minyak 1/2cawan. Tumis bahan bahan kisaran sehingga naik bau dan kering.
- 3
Dah nampak kering, masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Kacau dan masak hingga kering. Jaga api jangan sampai hangus inti ye😬.
- 4
Perasakan dengan garam dan gula. Dan masukkan air perahan limau. Masak lagi hingga sedikit kering. Dahhh siap!😊
- 5
Ramuan serunding diatas adalah banyak, macam nak meniaga tu😂. Anda boleh kurangkan sukatan untuk hasil yang sedikit ye.
- 6
Untuk pulut pula: basuh bersih pulut dan rendam untuk 3@4 jam. Lepas itu toskan. Kukus untuk 30@40 min atau shingga masak. Sementara itu masak santan dengan daun pandan, gula dan garam. Tambah setengah cawan air. Didihkan jangan sampai pecah santan.
- 7
Pulut yang dah masak diarun dengan santan yang dimasak tadi. Biarkan sebentar supaya santan serap kedalam pulut. Kemudian kukus dalam 20min lagi
- 8
Pulut yang dah masak dan suam bole di bulat bulatkan dan golek kedalam serunding kelapa. Boleh terus dihidang. Selamat mencuba😊
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Cucur Badak ku bulat Cucur Badak ku bulat
#goldenapron2020 #minggu12Selalu kalau sebut kuih cucur badak, dalam otak membayangkan kuih nye warna oren bentukl bulat leper. Tetapi kuih saya bentuknya bulat macam bola pingpong😂. Suami saya pun ketawakan saya bila tengok cucur badak bulat. Banyak kali dah saya cakap kan? Kita yang buat dia ... bukan dia buat kita, janji sedap dan boleh dimakan. Sebenarnya saya terajin nak buat kuih ini sebab memang ada lebih inti serunding kering dan juga ada baki 5 ketul ubi keledek dalam almari. Jadi saya gagahkan jugaklah buat kuih ini. Apalagi gais? Jom lah lihat cara mamaell buat kuih ini jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Pulut Kuning Pulut Kuning
#1post1hopev2#temaKunyit#goldenapronSejenis juadah tradisi masyarakat melayu. Selalunya akan disediakan sewaktu majlis kenduri atau perayaan. Tetapi diperAk, pulut kuning boleh didapati di sesetengah kedai yang menjual untuk sarapan pagi. Saya berharap sangat golongan muda boleh cuba memasak pulut kuning ini kerana selalunya pulut kuning disediakan Oleh orang-orang tua. Kali ini pulut saya sediakn bersama kari telur. Resepi kari telur akan saya sediakan di entry selepas pulut kuning ye😊. Moh lihat resepi moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Cauliflower Pizza #ReverseDiabetesObesity Cauliflower Pizza #ReverseDiabetesObesity
Anak anak mamaell sangat suka makan pizza. Hari ini mama buat pizZa special. Tidak ku duga pizza bunga kubis pun dimakan habis😅. Bagus bukan? Rasanya sangat sedap. Bayangkanlah, anak anak mamaell yang cerewet pun boleh habiskan. Baik untuk diet mereka juga😊. So, tunggu apa lagi gais... moh kita terjah resepi dibawah moh!!!👇👇👇#KetoCauliflower#ReverseDiabetesObesity#RDO#cookpadMalaysia Ell Sakimin -
Pulut Serunding Pulut Serunding
#goldenapron2020Pulut Serunding merupakan menu wajib bagi keluarga belah suami saya apabila kami berkumpul beramai ramai atau mengadakan kenduri.Di sini saya sertakan resipi mudah ini. DapurComel Yanti -
👩🍳Pulut Serunding Kelapa 👩🍳Pulut Serunding Kelapa
Pagi ini sarapan mudah sahaja. Baki serunding kelapa dua hari lepas masih ada, jadi kita tanak pulut dalam Rice Cooker. Lepas tu kita gaul dan golek pulut dalam serunding kelapa banyak-banyak. Memang sedap🤤2354/3K507/2024 Mahadiah -
Sambal Tumis Terung pipit & Ikan bilis Sambal Tumis Terung pipit & Ikan bilis
#goldenapron#minggu10Sambal tumis ini kalau kene masaknya memang ummpphhhh!!! Menjilat jari makan! 😊😊😊 Sekali pandang macam kacang hijau je kan? Dulu zaman muda muda memang selalu terkena😂lepas tu x jadi makan sebab rasanya yang pelik. Tapi itu duluuu... sekarang ini jadi salah satu masakan favourite mamaell. Ratah macam tu je pun boleh. Moh kita tengok resepi dibawah moh! Mana tau nanti boleh jadi favourite uolls jugak😊. Moh kiter!👇👇👇 Ell Sakimin -
Kuih Lopes Kuih Lopes
#bazaarramadan #minggu5#goldenapron2020 #minggu4Kuih lopes ialah salah satu manisan yang sangat popular bila tibanya bulan ramadan. Mamaell pun tidak pasti kenapa ia popular di bulan puasa, padahal bukan bulan puasa pon ada je dijual😊. Yang pasti buatan sendiri lagi jauh sedap, yelah.. air tangan sendiri kan?🤭 lagi2 musim pkp yang belum berakhir ini. Jadi jangan buang masa lagi, moh kita lihat resepi dulu moh! 👇👇👇 Ell Sakimin -
Lontong Kering (stail mamaell) Lontong Kering (stail mamaell)
#lontong#goldenapron2020 #minggu8Bila bercakap tentang lontong Kering memang buat idea basah mencurah curah ni 😂 tak boleh nak kering hahhah! Sebab menu ini sangat evergreen uollss. Tetapikan disebabkan mamaell nak bertaubat (maksudnya berdiet lah) 🤭makanya lontong mamaell diperbuat dari kubis bunga. Hari raya sudah puas makan nasi jadi mamaell bagi twist sedikit😊. Lagi satu, bila namanya lontong kering, kita boleh makan dengan apa apa lauk pun, cuma kali ini mamaell hanya masak lauk yang utama untuk lontong kering iaitu serunding kelapa dengan sayur goreng jawa. Lauk lain boleh masak merah, masak itam, rendang, sambal goreng, sambal tumis, sambal kacang tetapi lauk lauk itu nanti kita buat entry lain pula lah yer. Banyak tu😬. Panjang dah cerita mama🤭 . Jadi jom lah kita lihat resepi dibawah dulu jom! 👇👇👇 Ell Sakimin -
Serimuka Gula Merah Serimuka Gula Merah
#goldenapron#minggu18Kuih serimuka merupakan salah satu kuih kegemaran rakyat malaysia termasuk lah saya😊. Sekiranya saya teringin nak makan kuih ini. Saya akan membuat dalam hidangan yang kecil sahaja. Buatnya pun tidak susah mana. Jadi moh kita lihat resepi dibawah dulu moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Sambal Goreng Tempe & Ikan Bilis Sambal Goreng Tempe & Ikan Bilis
#goldenapron#bonussoya#minggu15Hidangan ringkas yang mampu membuat anda jilat jari 😊. Untuk peminat tempe dan seangkatan dengannya. Boleh dimakan begitu sahaja dan makan dengan nasi panas. Boleh juga dimakan bersama roti. Jom lihat resepi dibawah👇👇👇. Ell Sakimin -
Pulut Hitam Cheesecake Pulut Hitam Cheesecake
#cheesecakeIdea membuat cake ni datang bila mamaell buat bubur pulut hitam. Saya rebus hanya sepeket beras pulut hitam tetapi dapat banyak sangat. Jadi timbullah idea nak buat pulut hitam cheesecake sebab saya pernah baca di google kek ini laris di singapura. Tidak mengecewakan! 😊 Rasa lemak pulut hitam dari bubur itu sendiri dicampur pula masam lemak cheese. Penggemar kek keju perlu makan kek ini okay👌🏻. Jadi uols semua boleh mencuba ye resepi ini. Jom lihat jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Apam susu manis Apam susu manis
#susumanis #goldenapron2020Tema bonus minggu ini menggunakan susu pekat manis. Jadi disini saya buat resepi yang paling senang. Selalu nya apam ini masak seketul macam kek, kemudian dipotong potong. Biasalah mamaell kan..... sengaja mahu buat kelainan🤭, saya buat dalam mangkuk cawan kertas. Lagipun, senang anak-anak nak makan sambil belajar mengira😬. Jika sudi mencuba, moh kita lihat resepi dibawah moh!👇👇👇 Ell Sakimin
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)