Ramuan

3 hidangan
  1. 2 cawanberas pulut
  2. 1 tspkapur makan
  3. Air
  4. Pewarna hijau
  5. ¹/² tsp Perasa pandan
  6. Garam
  7. Kelapa putih parut
  8. Air gula
  9. 1ketul gula melaka
  10. 5sudu gula putih
  11. 2sudu gula merah
  12. 2 cawanair
  13. 1 helaidaun pandan

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh beras hingga bersih kemudian dimasukkan kedalam loyang. Sukatan air lebihkan 1cm dari paras beras.

  2. 2

    Masukkan 1tsp air kapur makan bersama secubit garam, 3 titik pewarna hijau dan ¹/² tsp perasa pandan. Kacau sebati dan ratakan permukaan.

  3. 3

    Panaskan tempat kukusan. Masukkan loyang apabila cukup panas.

  4. 4

    Kukus selama 30 minit. Selepas 10 minit pertama kacau beras dan ratakan semula. Ulang setiap 10 minit untuk pastikan pulut masak sekata.

  5. 5

    Selepas 30 minit keluarkan loyang dari tempat kukusan. Padatkan pulut menggunakan sudu atau senduk. Biarkan sejuk.

  6. 6

    Potong pulut ikut kreativiti sama ada bulat, segi empat atau segi tiga.

  7. 7

    Gaulkan secubit garam bersama kelapa parut. Golekkan pulut bersama kelapa parut dan dihidangkan didalam pinggan.

  8. 8

    Bagi penyediaan air gula, masukkan semua bahan didalam periuk dan didihkan. Kacau hingga larut. Siap untuk dihidangkan bersama lopes.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
vanila caramel
vanila caramel @cook_22702300
pada

Resipi Sepertinya