Jemput-Jemput Bawang

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

#phopxcookpad2020
#cookpadmalaysia

Malam tadi berlaukkan gulai ikan asam pedas.
Sengaja buat lebihkan portionnya sebab nak buat cicah makan jemput-jemput bawang pada pagi esoknya.
Nikmatnya bila dicicah dengan gulai perangat ni.
Lawa pulak kopi O. Memang nikmatnya berganda laaa😁

Mari lihat resepi jemput-jemput bawang yang lembut gebu ni.
Gerenti sedap dan lembut tau😊

Jemput-Jemput Bawang

#phopxcookpad2020
#cookpadmalaysia

Malam tadi berlaukkan gulai ikan asam pedas.
Sengaja buat lebihkan portionnya sebab nak buat cicah makan jemput-jemput bawang pada pagi esoknya.
Nikmatnya bila dicicah dengan gulai perangat ni.
Lawa pulak kopi O. Memang nikmatnya berganda laaa😁

Mari lihat resepi jemput-jemput bawang yang lembut gebu ni.
Gerenti sedap dan lembut tau😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 orang
  1. 2 cawantepung gandum 250gram
  2. 1biji bawang besar
  3. 1biji kentang
  4. 1/2 cawanikan bilis
  5. 1sudu kecil garam
  6. 1/4sudu kecil serbuk perasa
  7. 1/4sudu kecil soda bikarbonat
  8. 1 cawanair panas mendidih
  9. 3/4 cawanair suhu biasa
  10. 500 mlminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan seperti dibawah:
    -Bawang & kentang dipotong dadu kecil-kecil.
    - Ikan bilis dibersihkan dan dikisar kasar.

  2. 2

    Satukan semua bahan ke dalam tepung. (bawang, kentang, garam, serbuk perasa dan soda bikarbonat). Jiruskan 1 cawan air panas, segera di adukkan dan segera juga tambah 1/2 hingga 3/4 cawan air biasa.
    Kacau rata dan dapatkan kepekatan seperti ditunjukkan dalam gambar👍

  3. 3

    Panaskan minyak, ambil sedikit adunan, kaupkan adunan menggunakan jari sahaja. Goreng dengan api yang sederhana.
    Kalau suka menggunakan sudu pun tidak mengapa.
    Buat dalam saiz yang comel-comel sahaja😁
    Biarkan agak kekuningan, pusingkan/balikkan gorengan. Angkat dan toskan minyak.

  4. 4

    Ulangi menggoreng hingga adunan habis.

    Sedia dihidangkan. Cicah dengan gulai perangat bersama kopi O panas.

    Sekian resepi istimewa dari Murni's LittleKitchenz. Selamat mencuba dan sila menjamu selera😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya