Roti Jala Serawa Durian

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

#GoldenApron23

Task minggu ni akak suka 💃💃sebab bahan yang akak nak masak iaitu durian dah ada. Tak payahlah kalut nak cari.

Kebetulan baru lepas musim durian, durian kat kampung pulak menjadi-jadi tahun ni. Puaslah makan, siap boleh frozenkan lagi. Alhamdulillah syukur nikmat yang Allah bagi.

Benda paling mudah nak buat dengan durian ni makan macam tu saja... 😁 Nak lagi sedap, goi (gaul) dengan pulut kuah santan. Uihhh... Nikmat sungguh rasanya. Kalau rajin sikit boleh masak buat serawa.

Serawa durian makan dia saja pun sedap dah, lagi best kalau boleh curah atas pulut tanak. Malas sangat, cicah ja dengan roti benggali atau roti gardenia atau patah-patahkan biskut lemak dalam dia, kacau-kacau lepas tu mamam pun sedap gak.

Tapi kali ni akak buat serawa yang mudah untuk disediakan, cicah dengan roti jala.

Roti Jala Serawa Durian

12 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Roti Jala
  2. 3 cawantepung gandum
  3. 3 cawanair
  4. 1 bijitelur
  5. 1 sudu tehgaram
  6. 1 sudu besarminyak masak(optional)
  7. Serawa Durian
  8. 1 bijidurian (10 -13 ulas durian)
  9. 2 cawansantan cair
  10. 2 cawansantan pekat
  11. 1 sudu tehgaram
  12. 1 sendukgula

Cara Memasak

  1. 1

    Siapkan bahan-bahannya.

    Satukan semua bahan di mangkuk, kacau sebati.

    Tuangkan bahan ke dalam blender - kisar halus.

    Tuangkan adunan kedalam di acuan roti jala

  2. 2

    Jalakan adunan ke atas pan yang disapu sedikit minyak.

    Bila roti dah masak angkat bubuh dalam pinggan.

  3. 3

    Gulung roti jala ikut saiz yang sesuai.

    Dah siap untuk dimakan.

  4. 4

    Serawa durian.

    Masukkan semua bahan serawa kedalam periuk.

  5. 5

    Hidupkan api dapur, kacau sentisa serawa supaya santan tak pecah minyak.

    Masak sampai serawa mendidih & isi durian sebati dalam kuah. Boleh padamkan api.

    Keluarkan biji durian dari dalam periuk, tinggalkan kuahnya saja. (untuk elak kuah terlampau pekat sebab meresap ke dalam biji durian)

  6. 6

    Setelah siap - boleh dinikmati serawa dengan roti jala.

    Selamat mencuba...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya