Maggie Oden Campak Campak

Kadang kadang bila teringin nak makan maggie terpaksa la tahan diri sebab anak anak ada kat rumah. Aku memang tak bagi dorang makan maggie kat rumah. Mak ayah je ada lesen makan maggie.
Tapi kadang kesian jugak. So aku belikan maggie dalam peket yang banyak banyak keping tu yang tak ada perencah. Biasa orang buat maggie goreng kot.
Oleh sebab anak anak suka makan oden so aku masak oden dan tambah maggie tu. Dah jadi ala ala maggie tomyam. Pedas tapi sedap. Yang penting tak risau sangat anak makan banyak sebab tak ada letak perencah segera maggie.
Gitu la mak mak ni kan. Selagi boleh cuba elakkan makanan yang kurang berkhasiat. Maggie oden ni pun tak de la masak selalu. Janji sesekali bagi anak anak happy habis licin 1 periuk. Memang sedap katanya.
Boleh cuba buat bila time malas masak. Campak campak siap. SELAMAT MENCUBA! 😋
Maggie Oden Campak Campak
Kadang kadang bila teringin nak makan maggie terpaksa la tahan diri sebab anak anak ada kat rumah. Aku memang tak bagi dorang makan maggie kat rumah. Mak ayah je ada lesen makan maggie.
Tapi kadang kesian jugak. So aku belikan maggie dalam peket yang banyak banyak keping tu yang tak ada perencah. Biasa orang buat maggie goreng kot.
Oleh sebab anak anak suka makan oden so aku masak oden dan tambah maggie tu. Dah jadi ala ala maggie tomyam. Pedas tapi sedap. Yang penting tak risau sangat anak makan banyak sebab tak ada letak perencah segera maggie.
Gitu la mak mak ni kan. Selagi boleh cuba elakkan makanan yang kurang berkhasiat. Maggie oden ni pun tak de la masak selalu. Janji sesekali bagi anak anak happy habis licin 1 periuk. Memang sedap katanya.
Boleh cuba buat bila time malas masak. Campak campak siap. SELAMAT MENCUBA! 😋
Cara Memasak
- 1
Panaskan air dalam periuk. Kemudian masukkan pes asam pedas dan pes tomyam. Kacau sebentar hingga mendidih.
- 2
Sementara itu rendam maggie dalam air panas sebentar. Lepas 10 minit toskan.
- 3
Kemudian masukkan lobak merah, kobis, bebola ayam dan bawang besar. Boleh letak apa saja sayur atau bebola ikut citatasa masing masing. Kacau sebentar.
- 4
Masukkan pula susu segar untuk kurangkan rasa pedas. Saya guna susu full krim. Kacau rata.
- 5
Pecahkan 2 biji telur ke dalam periuk. Jangan kacau biarkan telur mengeras sendiri. Tak nak letak pun tak apa.
- 6
Akhir sekali masukkan maggie dan udang. Kacau sebentar bila nampak dah sebati dan udang dah masak boleh la tutup api. Perasakan dengan garam jika perlu. Tak perlu masak lama lama nanti maggie kembang.
- 7
Tadaaaa! Dah siap maggie oden caraku. Pasti anak anak suka. Tak risau sangat nak bagi anak makan sebab tak ada perencah segera maggie tu. Anak kenyang mama senang hati. SELAMAT MENCUBA! 😍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Oden Kuetiaw Sup Oden Kuetiaw Sup
Minggu ni #bonus #goldenapron datang lagi. Tajuk kali ni #oden. Memang mudah sangat resepi ni. Kebetulan baru minggu lepas buat maggie oden untuk golden apron.Puas fikir nak buat apa sebab tak boleh upload resepi yang sama. So kali ni kita cuba la buat oden versi lain sikit. Semalam ada beli pes sup siam ni so kita cuba la buat guna pes ni pulak.Alhamdulillah menjadi dan sedap sangat rasanya. Macam biasa anak anak cakap sedap la mama. Bermangkuk mangkuk dorang makan.Kalau macam ni boleh la masak tiap minggu. Dah la mudah, cepat dan sedap. Memang puas hati. SELAMAT MENCUBA! 😍#oden#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Mi Oden Telur Goyang Mi Oden Telur Goyang
#oden #goldenapron2020 #week12Assalammualaikum...Wah, ber oden cookpaders minggu ni ya!Hihihihi..termasuklah saya juga menyahut cabaran Mini Bonus Golden Apron kali ketiga ni. Tajuknya ODEN.Tahun ni memang ODEN ni sangat viral kan? Ke sejak tahun lepas lagi..😀😀 memang saya tak ambik port pun pasal ODEN ni. Dengar kawan2 FB dan Whatsapp je yang selalu bercerita betapa sedapnya ODEN Family Mart (FM) tu.Sejujurnya, hingga hari ini saya tak pernah lagi jejak kaki ke FM dan makan ODEN ni. Percayalah, ini kisah benar! 🙈🙈🙈Tapi sebelum Mini Bonus ODEN ni saya ada tengok gambar ODEN yang kawan snap dan juga dari web FM. Bila tengok, oooo macam steamboat je ala2 Seoul Garden (SG) tuu...yang beza ODEN FM ni tak adalah grill, sayur bagai macam SG tu. Dan beza supnya,kalau SG guna sup kimchi, ODEN FM popular dengan sup tomyam dan kari nya. Tapi kalau yang ODEN original Jepun guna sup dashi.Cara buat ODEN ni pun ada kawan yang kongsi dulu, senang je katanya. Masa tu tak ambik peduli jugak sebab tak ada geng nak makan, suami tak makan, anak pulak tak pernah makan. Jadinya, walaupun viral tahap kayangan, tak buat jugak kalau tak ada geng kaki makan. Huhuhu..Tapi...bila dapat tahu Mini Bonus ketiga tajuknya ODEN..so yeahh..ada alasan untuk buat dan makan. Encik somi banyak tanya gak, reti ke buat, pandai makan ke dan macam2 lagi. Tapi dia belikan jugak bahan2 bila saya cakap ni untuk cookpad, nak buat jugak. Hihihi..Alhamdulillah,terhasillah versi ODEN saya ni... Zarns Dir -
Oden Citarasa Mummy Oden Citarasa Mummy
#goldenapron2020 #odenMummy tak pernah makan oden kat family mart tue. Entahlah, tak pernah teringin. Mungkin sebab anak-anak mummy juga bukan penggemar memakan jenis bebola gini makan dengan sup atau kuah tomyam.Tetapi, demi cookpad dan demi menyahut cabaran bonus mummy mencuba olahkan sendiri resepi oden mengikut citarasa mummy dan anak-anak. Anak-anak makan tomyam tetapi tak nak pedas. So mummy buat kuah tomyam yang simple sahaja.Mudah rupanya nak buat oden nie dan sedap rasanya. cuma di luar sana banyak resepi yang bole kita cuba. Mummy bawakan resepi simple kegemaran anak-anak sahaja. Selamat mencuba 😘 mummyzueralicious -
Oden maggi segera Oden maggi segera
#oden#goldenapron2020Tempoh yang diberi untuk bonus kali ni akak agak kelam kabut. Dengan task, dengan nak beli dan pos barang lagi. Kemarin dah busy, arini busy jugak, tapi sempat beli perencah je untuk buat kuah oden. Pernah buat dah dulu, dan jiran pun jual oden, jadi dah biasa makan oden ni. Anak-anak paling suka oden maggi. Jadi,malam ni buat oden maggi segera je. 😊 AeJaa 📸 -
-
Maggie Kari Sup Telur Maggie Kari Sup Telur
Sebut maggi siapa yang tak suka kan? Makanan mewah zaman belajar dulu. Walau orang kata tak elok makan selalu dan tau keburukannya tapi ia tetap jadi pilihan.Tetiba arini aku rasa teringin nak makan maggi kari sup campur telur kat dalam. Fuhhh sedapnya tak tahan weiii. 😋Apa lagi kita masak la. Bukan susah pun. Buat sebungkus je sebab kat rumah ni aku memang tak bagi anak anak makan maggi. Hehee tapi tadi aku bagi la jugak dorang makan sikit sorang. Punya la happy dapat makan maggi je pun. 😂Tapi korang jangan makan selalu tau. Tak elok untuk kesihatan. Hihii nasihat untuk diri sendiri jugak. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Oden Seafood Oden Seafood
#oden #goldenapron2020 #week12 Sejarah oden ni bila mana saya baru kenal dengan satu kedai korea ni iaitu Family Mart. Punye la susah nk pergi. Kalau pergi pun beratur panjang lahai. Sampai2 giliran dh habis pula. Hampa..makanya dari hampa mehla saya modified kan rasa oden original kepada citarasa saya sendiri. Ada pedas2 manja sebab makan dengan anak2 buah kan xbolehla melebih2 pedasnya. Kesian tengok makciknye layan oden mesti la nak jugak merasa kan. Ayuh la jenguk oden citarasaku. Nunees -
Oden Versi Tomyam Oden Versi Tomyam
#oden#goldenapron2020Saya tak tau pun oden tu camne. Kawan2 cikgu kat sekolah yang perkenalkan. Masak dan makan sama2. @Dijah❤️Kitchen -
Oden Oden
#oden#goldenapron2020Sebelum ni tak pernah pun makan oden.walaupun oden ni viral saya belum sempat untuk mencubanya.anak anak macam biasa la,asal viral je semua nak cuba.mereka minta mak buatkan,tapi mak tak layan.kebetulan ada bonus dari Cookpad mak pun gigih ler buat sambil penuhi permintaan anak anak.kemain seronok diaorang dapat makan oden dari air tangan mak walaupun resepi maknya simple jer. Lily Suryani Mohd Ali -
Oden Oden
#goldenapron2020#odenPada pendapat Oden ni rasanya ala2 tomyam campur steamboat.. Hehe saya amat menggemari makanan seperti ini kerana ia simple dan tidak muak. Boleh dikatakan stok Steamboat pack tak pernah putus kat rumah saya ni sebabnya, bila ketandusan idea saya lebih gemar masakkan menu ini dirumah. Resepi yang digunakan ini amat mudah dan cepat disediakan, yang pastinya ianya lazat❤️ Ana Ahmad -
Oden Tom Yam Oden Tom Yam
#oden#goldenapron2020Mini contest bonus kali ini #ODEN bagai pucuk dicipta ulam mendatang. Beberapa kali beritahu anak- anak mama nak makan. Tapi PKP tak kesempatan mencari bahannya . Tak pernah makan dan masak lagi. Alhamdulillah semalam Nikmatnya... ODEN Kami sekeluarga makan dengan Mee tanpa goreng Cintan bertambah2 lagi. Ani Delighted -
Oden Campuran Oden Campuran
#oden #goldenapron2020 #week12 Si anak suka sangat makan oden. Pantang beli semangkuk dia sorang je makan. Xnak kongsi okeh! Amboih kemain eh wahai anak. Mehla mama awak buatkan oden olahan sendiri campuran sendiri. Dengan harapan anak2 suka. Yes! Ternyata anak2 suka makan. Kena dengan selera le tu kan. Letak pulak tambahan sayuran cendawan dan lobak putih memang menjadi kegemaran mereka lah. Okeh lets check it out guys! Nuharahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)