Nab’s Salmon Grill Air Fryer

Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
KL

#goldenapron2020#NabWestern#NabAirFryer • Awal tahun haritu mesti banyak orang berazam nak kurus kan? Maka bersemangatlah semua orang nak makan sihat dan exercise sungguh-sungguh termasuk aku.

Khasiat salmon adalah ianya kaya dengan omega 3 - baik untuk jantung dan membantu mengurangkan lemak jahat dalam badan.

Ikan salmon adalah antara pilihan yang terbaik untuk yang berdiet kerana wild salmon tergolong dalam kategori “high quality protein “ dalam “Protein Quality Chart” - sangat ideal untuk orang yang nak menguruskan badan dan meningkatkan “lean muscle mass”.

Ingat, nak kurus adalah 80% makanan dan 20% exercise. Iringi dengan at least 3-4 kali seminggu strength dan cardio exercise.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
1 Hidangan
  1. Bahan Perap
  2. Ikan salmon
  3. 2 ulasbawang putih (kisar)
  4. 1sk parsley
  5. 1sk basil (selasih) atau oregano
  6. 1sk lada hitam kisar (course)
  7. 1sb jus lemon
  8. 2sb olive oil

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Perap kesemua bahan selama 30 minit. Lagi lama lagi sedap. Balut dengan aluminium foil.

  2. 2

    Preheat air fryer pada suhu 180 darjah selama 3 minit.

  3. 3

    Masukkan salmon yang dibalut dengan aluminum foil tadi ke dalam air fryer. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 minit.

  4. 4

    Terbalikkan ikan dan sambung lagi 5 minit. Dah siapp.

  5. 5

    Nota: Kalau masak guna air fryer, hasilnya isi ikan jadi lembut dan juicy termasuk kulit ikan. Kalau minat kulit ikan yang garing-garing, boleh guna cara biasa iaitu grill di atas pan.

  6. 6

    Nota lagi: Sebaik-baiknya ikan tidak dimasak terlalu lama atau hingga layu jika mahu mengekalkan nutrien asal. Contoh menu bento saya:

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nab’s Kitchen Diary
Nab’s Kitchen Diary @nabskitchendiary
pada
KL
Hello! Welcome to my humble crib👩‍🍳Tengah belajar masak-masak. Nota-nota masakan untuk survival diri. Resepi-resepi simple insyaAllah boleh ikut.Tekan # untuk lihat resepi mengikut kategori:1. Menu Malaysia: #NabMY2. Menu Raya: #NabRaya3. Menu Western: #NabWestern4. Menu Thai: #NabThai5. Menu Oriental: #NabOriental6. Menu Korea: #NabKorean7. Menu Sayur: #NabSayur8. Menu Air Fryer: #NabAirFryer9. Hi-Tea: #NabHiTea10. Minuman: #NabDrinks11. Eat Clean / Diet / 3S: #eatclean #sukusukuseparuh12. Menu Berpantang: #NabsPantangBtw, Mak Liha tu mak saya.Featured in:1. https://cookpadmalaysia.blog/2021/09/03/10-resipi-malaysia-comfort-food/
Baca lagi

Komen

Kaisara Syu
Kaisara Syu @cook_26542378
Bagi lah resepi kuah sos Putih tu? Tq

Resipi Sepertinya