Kek Orang Dulu / Kek Margerin

#goldenapron2020
Sajian mudah untuk sarapan pagi atau minum petang. Inilah kek yg saya buat untuk membesarkan anak2. Sepotong seringgit. Sebijik kek boleh dipotong 16. Sangat mudah. Jom tengok resepinya.
Kek Orang Dulu / Kek Margerin
#goldenapron2020
Sajian mudah untuk sarapan pagi atau minum petang. Inilah kek yg saya buat untuk membesarkan anak2. Sepotong seringgit. Sebijik kek boleh dipotong 16. Sangat mudah. Jom tengok resepinya.
Cara Memasak
- 1
Pukul gula bersama margerin hingga gebu. Saya guna gula icing dan margerin pelangi sahaja. Saya guna kelajuan perlahan di permulaan dan kelajuan tinggi berikutnya. Gula icing perlu diayak terlebih dahulu untuk elakkan berketul.
- 2
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang.
- 3
Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
- 4
Ayak tepung bersama baking powder.
- 5
Masukkan tepung sedikit demi sedikit tanpa memberhentikan mixer.
- 6
Agak sebati, hentikan mixer.
- 7
Preheat oven supaya suhu oven panas sekata.
- 8
Lenserkan loyang dengan minyak atau margerin.
- 9
Bahagikan bancuhan kepada beberapa bahagian jika ingin menjadikannya kek marble. Warnakan mengikut citarasa anda.
- 10
Tuang bancuhan ke dalam loyang. Saya guna loyang bersaiz 7X7.
- 11
Hentakkan loyang sekali supaya adunan sekata.
- 12
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-45 minit.
- 13
Setelah masak bolehlah dihidangkan.
- 14
Jika anda ingin menjual, bolehlah dipotong 16. Masukkan ke dalam plastik. Harga kini antara rm 1.50 - 3.00 yang bermodalkan 5-7 ringgit sahaja.
- 15
Apa tunggu lagi.... pergilah cuba.😊
- 16
Resipi Sepertinya
-
Kek Marble Kek Marble
#goldenapron2020#kekmarbleMemang kek marble ni selalu sangat dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang. Jadinya kita ambik kesempatan untuk dapatkan extra point untuk goldenapron 2020 ni. Hamidah binti Mokhtar -
Kek Coklat kukus Kek Coklat kukus
#goldenapron2020#minggu7Kek yg sangat mudah dan sedap.kalau buat tak sempat sehari sekejap saja habis.sebab anak2 memang suka kek coklat. Lily Suryani Mohd Ali -
Kek Marble Jelita Kek Marble Jelita
#kekmarble#goldenapron2020Berjaya juga buat kek marble jelita ni 😁. Selalu tengok duk lalu lalang dalam Fb. Share resepi pun dah berkali-kali. Asal lalu ja share, buatnya tak jugak 🤭.Bila cookpad anjurkan mini contest #kekmarble rasanya inilah masa yang sesuai untuk mencuba.Resepi kek marble ni sangat mudah dan keknya moist dan gebu serta rasanya pun sedap 😋.Ajomm tengok resepinya... Norashikin Rahmat -
Kek lapis kukus Kek lapis kukus
Kek lapis versi kukus yg sangat gebu, sesuai dihidangkan untuk minum petang, ataupun sebagai manisan di hari lebaranCara penyediaan nya juga sangat mudah. Atie SweetChocbakeries -
-
Kek Coklat Moist#Johor Kek Coklat Moist#Johor
Kek yg sangat lembab dan tidak berapa manis. Senang untuk membuatnya. anieschoc -
Kek coklat kukus Kek coklat kukus
#goldenapron2020#susumanisSaya sangat suka sediakan kek coklat kukus ini, ia tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit serta kek ini sangat mudah disediakan, tidak memerlukan mentega, pemutar kek ataupun oven.Jangan terkejut, kek yang terhasil sangat lembap dan lembut serta tidak muak di makan. ❤️ Ana Ahmad -
Kek pisang coklat chip Kek pisang coklat chip
Menu untuk minum petang tengok pisang banyak,guna apa yg ada kat dapur je.jadilah kek pisang coklat chip Lily Suryani Mohd Ali -
Kek Marbel Kek Marbel
#goldenapron#1Resepi1PohonDah lama sangat tak membaking. Pagi tadi entah semangat dari manapun tak tahu. Tetiba menyusun bahan. Tengok2 cukup untuk sebiji kek marbel ke kek marble ke xkisahlah. Jom kita buat sama2. Saya punya kek ni xde timbang kati tau. Semuanya sukat pakai cawan dan sudu sahaja.Kek orang dolu2. Sedap dan enak. Hamidah binti Mokhtar -
Kek Marble Minyak Jelita Kek Marble Minyak Jelita
Nak buat kek jelita ni memang kena bercinta dulu dengan oven. Kena pandai main suhu dan masa, kalau tak hilanglah kejelitaannya.Kalau perasan, kek saya pecah bila saya terbalikkan diatas redai sebab permukaan tu tak betul-betul kering 😁. Jadi lepas ni kena mungkin kena tambahkan masa lagi sikit.Apapun kek ni rasanya lembut dan sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang. Norashikin Rahmat -
Kek Marble Jelita Kek Marble Jelita
#goldenapron2020Orang buat sayapun nak buat. Orang punya jelita. Tapi saya punya kurang jelita. Bukan kerana apa. Buat tengah2 malam buta. Dah mengantuk yaamat tapi hati ini xboleh tidur selagi xbuat. Membuak2 perasaan ingin membuatnya dah banyak hari. Maka dengan itu buatlah juga.... sedar tak sedar kek tu masak sendiri. 😄😄😄 terlelap. Bukan microsleep tapi real sleep punya. Sampai termimpi2 makan kek. Hihihi... sabar jeler... Resepinya sama sahaja dengan kek marble tu. Cuma lorekan warna2 menyebabkan ianya jelita. Jom layan resepinya. Hamidah binti Mokhtar
Lebih Banyak Resipi
Komen