Kek Marble Jelita

Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron2020
Orang buat sayapun nak buat. Orang punya jelita. Tapi saya punya kurang jelita. Bukan kerana apa. Buat tengah2 malam buta. Dah mengantuk yaamat tapi hati ini xboleh tidur selagi xbuat. Membuak2 perasaan ingin membuatnya dah banyak hari. Maka dengan itu buatlah juga.... sedar tak sedar kek tu masak sendiri. 😄😄😄 terlelap. Bukan microsleep tapi real sleep punya. Sampai termimpi2 makan kek. Hihihi... sabar jeler... Resepinya sama sahaja dengan kek marble tu. Cuma lorekan warna2 menyebabkan ianya jelita. Jom layan resepinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6biji telur size A
  2. 2 1/2 cawantepung gandum
  3. 1sudu besar baking powder
  4. 1ketul buttercup (250g)
  5. 3penutup botol esen vanila
  6. 1 cawangula pasir diblen halus
  7. Warna2 idaman

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2 berikut.

  2. 2

    Masukkan butter dan gula ke dalam mixer. Putar perlahan dahulu kemudian lajukan supaya serbuk gula tidak berterbangan.

  3. 3

    Setelah texture menjadi creamy, masukkan telur. Putar hingga kembang.

  4. 4

    Masukkan tepung diselang seli dengan baking powder.

  5. 5

    Masukkan esen vanila.

  6. 6

    Putar lagi. Biar sebati.

  7. 7

    Tuangkan sesenduk adunan ke dalam 4 bahagian mengikut pilihan warna idaman. Selebihnya tuang terus ke dalam loyang.

  8. 8

    Susun warna2 ikut kreativiti masing2.

  9. 9

    Guna lidi untuk melorek dan menjelitakan. Mekaplah gitu... 😊

  10. 10

    Jelitakan...

  11. 11

    Hentak2 sikit loyang supaya adunan stabil.

  12. 12

    Masuk oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama sejam. Tapi kena awas juga dikhuatiri kek masak sebelum masa. Nanti kurang jelita. 😊 Hajat nak dapat Korean dapat Nigerian. 😁

  13. 13

    Mai tengok hasil orang mengantuk disorongkan bantal. 😊

  14. 14
  15. 15

    Namun ia sangat gebu dan sedap. Nigerianpun nigerianlah.... janji pandai layan mak mertua kan.....😁

  16. 16

    SELAMAT MENCUBA....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
pada
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Resipi Sepertinya