Bubur Nasi

#buburnasi
#goldenapron2020
Dulu suka beli bubur Mekdi sampai la 1 hari kawan office bawak bubur nasi ni. Rasa yang sangat-sangat sedap sampai mintak resepi.
syarat yang dia bagi, bubur ni mesti masak guna periuk nasi baru sedap. Sekali rasa terus jatuh hati sebab memang senang dan sedap. kalau ade preasure cooker lagi cepat masa masak dalam 20 minit.
Bubur Nasi
#buburnasi
#goldenapron2020
Dulu suka beli bubur Mekdi sampai la 1 hari kawan office bawak bubur nasi ni. Rasa yang sangat-sangat sedap sampai mintak resepi.
syarat yang dia bagi, bubur ni mesti masak guna periuk nasi baru sedap. Sekali rasa terus jatuh hati sebab memang senang dan sedap. kalau ade preasure cooker lagi cepat masa masak dalam 20 minit.
Cara Memasak
- 1
Rebuskan beras dan air sehingga kembang. sementara tunggu beras masak, hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
- 2
Ayam gaulkan dengan sedikit garam kunyit dan goreng sederhana. carikkan isi ayam dan tulang kita simpan untuk kita masukkan dalam bubur kita nanti. gunakan minyak yang sama mengoreng ayam untuk mengoreng bawang dan halia
- 3
Bubur basi yang telah kembang, masukkan kiub ayam dan lobak merah. kacau 10 minit dan masukkan serbuk lada hitam serta tulang ayam. perasakan dengan sedikit garam. gaul sebati dan sebelum tutup api, masukkan baki minyak goreng ayam tadi bersama bawang dan halia.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi #goldenapron2020 Bubur Nasi yang mudah Dan ringkas dengan cara saya. Selamat Mencuba Epit Orange -
Bubur Nasi Santan Bubur Nasi Santan
#buburnasi#goldenapron2020Bubur nasi santan ini adalah adaptasi daripada bubur lambuk 🤩😍. Di luar sana masih ramai yang tidak mengetahui maksud bubur lambuk ☺️. Jadi, untuk bonus #buburnasi kali ini, kita wujudkan bubur nasi santan yang setanding rasanya dengan bubur lambuk 🤤😋. Rasanya yang enak dan aromanya yang menggamit rasa nak makan, membuatkan anak-anak berulang-kali buka tudung periuk 🤤😆. Jom masak ✌🏽 Ain Mohd Kitchen -
BUBUR NASI opah BUBUR NASI opah
#buburnasi#goldenapron2020Dulu masa kecil..bila ada yg demam atau sakit tekak..mak mesti buatkan bubur nasi..Adakalanya...mak buat sebab permintaan anak² yang hanya nak makan bubur ..Tap tu lah..selagi x habis bubur tu..dok ulang je lah..mak masak mana pernah sikit..mesti periuk besar untuk kami 8 beradik...walau hanya bubur nasi..tapi kami gembira menikmatinya...di saat susahnya kehidupan lampau... 0h Hana !! -
Bubur nasi ayam Bubur nasi ayam
#buburnasi#goldenapron2020Bubur antara makanan yang mudah dihadam dan sangat sedap di makan time panas. Kalau rasa badan tak sihat, bubur antara menu utama kami.Bubur nasi ayam, di masak dengan halia dan lobak ini sangat mudah.Bubur apa kegemaran kamu?Selamat mencuba resipi ini. imel_recipe -
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi #goldenapron2020Bubur nasi memang selalu dijadikan hidangan kami kerana ianya mudah dimasak dan sesuai dimakan bila-bila sahaja.Tambahan pula saya mempunyai anak kecil. Mudah bagi saya menghidangkannya masakan berasaskan bubur nasi.Jom lihat resipi bubur nasi yang selalu saya hidangkan ini. Zareena Shahmarudin -
Bubur Nasi Sotong Bubur Nasi Sotong
#buburnasi#goldenapron2020Baru sahaja minggu lepas dah buat bubur nasi ayam. Sekalinya bonus keluar tajuk tentang bubur nasi juga. Tetiba teringat bubur nasi sotong yang pernah makan kat hotel Krabi Thailand. Memang sangat sedap makan bubur nasi sotong tu. Berulang-ulang tambah makan bubur. Jadi kali ni saya buat bubur nasi sotong. Rasa dia sama cuma daun ketumbar tiada saya tukarkan daun sup untuk tabur kat bubur nasi sotong. Kalau ada daun ketumbar rasa dia pasti sama ketika makan kat Krabi tempoh hari. Yang pasti kena tabur cili flack baru umph😍😍 Aziela Amin -
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi#goldenapron2020Sebut sahaja Bubur Nasi teringat bubur nasi yang kami makan di satu restoran ni,kena betul dengan selera kami anak-beranak.Kalau sesekali turun ke KL pasti tak lupa singgah di situ untuk menikmati bubur nasi kosong yang dihidangkan bersama set lauk-pauknya.Bila teringin,cubalah masak sendiri di rumah bubur nasi ala-ala restoran MZ tu!.Alhamdulillah suami dan anak-anak menyukainya. ha.lim39 -
Bubur Nasi Sempoi Bubur Nasi Sempoi
#buburnasi#goldenapron2020Menu pilihan untuk sarapan pagi ini ialah bubur nasi ayam sempoi. Masak pun mudah bahan pun ringkas sahaja. Sebenarnya hari2 masak bubur nasi ni untuk simanja tersayang. Tetapi harini kena masak lebih sebab kebetulan cookpad ada menu bonus bubur nasi. Maka terhasillah bubur nasi sempoi dari ummi leena kitchen😋😍 Q'leenalee's Kitchen -
Bubur Nasi Ayam semudah ABC Bubur Nasi Ayam semudah ABC
#buburnasi#bonus#goldenapron2020Bubur nasi ni myB biasa biasa pada sesetengah orang.Kerana bubur nasi ni la pernah buat air mata saya jatuh berjujuran (Menangis).Anak saya sekolah 2 sesi.Masa yang ada untuk dia pulang kerumah sangat terhad jadinya saya suruh dia mandi dn tukar baju di sekolah.Sekolah ada menyediakan bilik rehat dan persalinan untuk pelajar.Pada suatu hari saya bawakan dia bubur nasi ini.Banyak saya bawa masa tu.Saya akan suap dia makan sampai dia kenyang.Nak jadikan cerita seorang pelajar ni,pandang tanpa berkelip mata dia pada makanan anak saya.Saya bertanya pada dia.."kenapa adik tenguk makanan acik?" dia jawab "Bubur tu anak acik dah x nak ke?" kenapa saya tanya lagi?Adik nak ke?" dengan laju dia menjawab "Nak acik" saya cakap dengan dia, ni bekas anak acik makan tak habis.tak geli ke nak makan bekas bekas orang?" dia Jawab, "tak acik"...Allah hu akbar sedihnya saya masa tu.Saya pun memberi dia bubur nasi yang tidak habis dimakan anak saya tadi..Dia pun memakan dengan gelojoh sekali sambil berkata "sedap acik.tak pernah saya makan bubur nasi sesedap ini"...Sejak dari peristiwa itu saya mesti bawa bekal lebih untuk dia.Bubur nasi ni juga salah satu menu kesukaan anak2 saya.Cerita yang saya share kan ini bukan rekaan tapi kisah sebenar.ianya berlaku pada tahun 2014. Dunia Hanya Sementara Fy -
Bubur Nasi Ayam Bubur Nasi Ayam
#goldenapron2020#buburnasiHujan petang ni, terasa sejuk je. Teringat nak buat bubur nasi. Dalam peti sejuk ada ayam, so boleh la tambah ayam dalam bubur ni. Resepi ni sangat mudah tapi menyelerakan. Nak tambah sedap, tambah pulak bawang goreng. Bau semerbak membangkitkan selera.Bubur nasi ayam ni kesukaan anak-anak. Terutama di waktu anak-anak tak sihat. Makan panas-panas. Pecah peluh terus! Rose Nani Nizah Nayan -
Bubur Nasi Daging Bersantan Bubur Nasi Daging Bersantan
Resepi ni diolah kerana suami inginkan kelainan dalam rasa bubur nasi.#goldenapron2020 #buburnasi #buburnasidaging Norbaiti Modtrifi -
Bubur Nasi Berempah Campur Daging Bubur Nasi Berempah Campur Daging
#buburnasi#goldenapron2020Lepas sakan dengan task merdeka, mari pula task bubur nasi hihi..Sakan berbubur nasi pulalah kita di rumah ni, ini kalilah.. kawan-kawan pun sama macam I is kan..Jeng.. jeng.. jeng si bujang dah perasan.. mula tegur mama dah, dua tiga hari ni nasib badanlah kami.. kita makan bubur nasi sampai lembam ye hahaha .. amboi cheq perli mama nampak haha ..lebam tak lebam habis juga bubur nasi mama masak tu.. macam tak cukup je.. Julia ALeen Aireish
Lebih Banyak Resipi
Komen