Blackout Chocolate Cake Versi Blackpink

Resepi Blackout Chocolate Cake ni saya peroleh dari page FB "Apa Kau Rasa". Kemudian saya olah kepada Blackpink Chocolate Cake. Iaitu dimana chocolate cheese ganache saya ganti dengan strawberry cream cheese frosting 😋
Blackout Chocolate Cake Versi Blackpink
Resepi Blackout Chocolate Cake ni saya peroleh dari page FB "Apa Kau Rasa". Kemudian saya olah kepada Blackpink Chocolate Cake. Iaitu dimana chocolate cheese ganache saya ganti dengan strawberry cream cheese frosting 😋
Cara Memasak
- 1
Sediakan buttermilk dahulu. 1 cawan susu + 2 sudu besar cuka makan dan biarkan selama 30 minit. Selepas buttermilk sedia untuk digunakan, pukul telur bersama minyak dan buttermilk.
- 2
Ayakkan bahan yang bertanda "*". Kemudian campurkan gula kastor dan gula perang. Gaul supaya sebati.
- 3
Tuangkan adunan telur tadi ke dalam bahan ayak. Gaul sehingga sebati dan tidak berketul.
- 4
Seterusnya, campurkan bancuhan kopi tadi. Gaul sehingga sebati.
- 5
Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dilapik dengan kertas baking.Taburkan serbuk koko di sekeliling loyang dan dasar loyang. Bakar kek pada suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing²).
- 6
Seterusnya kita akan siapkan strawberi cream cheese frosting pula. Sukat secawan strawberi yang telah dibelah dua.
- 7
Masukkan strawberi tadi ke dalam periuk bersama satu sudu besar gula pasir dan sedikit air. Masak menggunakan api sederhana kecil selama 30 minit (sampai kering seperti jem).
- 8
Kacau sekali sekala. Apabila air dah mula kering kena selalu kacau takut nanti hangit. Kacau sehingga ia kering seperti jem (boleh refer gambar di bawah). Biarkan ia sejuk seketika sebelum anda mula membuat frosting.
- 9
Pukul cream cheese dan butter sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan strawberi yang telah kita masak tadi. Pukul sehingga sebati.
- 10
Masukkan gula aising dan esen strawberi. Pukul sehingga gula kembang. Apabila adunan telah kembang, masukkan beberapa titik pewarna pink dan gaul menggunakan spatula hingga sebati. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit, kemudian kacau kan ia dan masukkan semula ke dalam peti sejuk selama 10 minit sebelum digunakan.
- 11
Sebiji kek tadi kita potong kepada 3 bahagian tetapj kita hanya guna dua bahagian untuk dilayer. So akan ada 4 layer. Mula layer kek anda, adunan ni cair so kena layer cepat². Kalau nak cantik selepas sapu satu layer masukkan dalam peti sejuk sebentar kemudian sambung sehingga habis. Saya susun strawberi segar pada layer ke -3 kek. Kemudian boleh sapu lebihan cream cheese di sekeliling kek. Lebihan kek yang kita potong tadi hancurkan dan tampal di sekeliling kek.
- 12
Kemudian boleh lah hias kek anda ikut kreativiti masing². Simpan di dalam peti sejuk sehingga kek betul² "set". Maaf kalau ada yang terkurang 🙏
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Cheddar Cheese Sponge Cake Cheddar Cheese Sponge Cake
Selepas mencuba pelbagai resepi cheese cake, akhirnya saya berjaya menghasilkan cheese cake yang sangat sedap, lembut dan gebu. Terima kasih😚😚Credit to : Fb Apa Kau Rasa#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad Ita Hj Ngah -
Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#ApaKauRasa#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaBismillahirrahmanirrahim...Semoga ada Rezeki saya untuk Memenangi hadiah Mini Oven. Amiin yaa Allah yaa robbal Alamiinn 😊Keluarga saya sememangnya hantu cheesecake dan hantu coklat kek juga. ketika kelmarin saya tengok video Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan yang kak Sue share di page Apa Kau Rasa ,saya terus save video dan tengah hari tadi saya dah buat Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan tersebut. Walaupun tak menggunakan gula pasir,tapi rasa kek ini sudah cukup manis pada saya,ketika Maghrib tiba saya terus potong kek tersebut untuk juadah buka puasa. Masha Allah sangat sedap dengan rasa yang mewah dan berkrim... Terimakasih kak Sue (Apa Kau Rasa) Sudi share Resepi yang Simple dan sangat sedap ini. Semoga ilmu yang di bagi dapat menjadi amal jariyah 😊. Amiin yaa robbal Alamiinn Jeehan Kitchen -
Cheddar Cheese Sponge Cake 🎂 Cheddar Cheese Sponge Cake 🎂
#BakingWith_ApaKauRasa_Cookpad#goldenapron2020Buat lagi resepi Dari Page Apa Kau Rasa..Ternyata sekali cuba ianya menjadi dan Sangat Sedap.Sekejap sahaja dah Habis.Nampaknya nak kena buat lagi sebab kek Cheddar Cheese Sponge Cake ini dah berjaya sekali lagi menawan Hati Suami tersayang😉Hebat "Apa Kau Rasa"ini semua resepi yang saya cuba menjadi kegemaran suami dan anak...Terimakasih Apa kau Rasa ❤🌹🌹🌹Resepi2 yang dikongsikan memang Awsome😋👍👌 Q'leenalee's Kitchen -
Cake Moist Tornado Cake Moist Tornado
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#ApaKauRasa#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSelalu tengok kek tornado ni Kat sosial media tapi belum pernah rasa dan belum berkesempatan untuk mencuba membuat nya. Sempena ikut meramaikan Pertandingan Baking Apa Kau Rasa X Cookpad, saya tergerak hati untuk mencuba membuat resepi Kek Tornado ini, awalnya saya teringin sangat nak membuat Kek Red Velvet Tapak kuda, memandangkan saya tak punya square pan size 40x40 cm saya pending dulu hasrat untuk membuat kek tersebut. Saya dah pegi carik loyang square pan tu kat kedai barangan kek langganan saya,tapi takde pulak. Inshaa Allah next time saya akan try buat kek Red Velvet Tapak kuda tu😊. Tengah hari tadi saya buat kek Moist Tornado ni,dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan rasanya pun Sedap sangat....dah tak kempunan lagi saya dengan Kek Tornado ni 😁. Kerana saya buat dalam bentuk dessert box so dapat lah 8 box kek Moist Tornado ni, dan 3 box saya sedekahkan Kat akak cleaner rumah saya. Saya terpikir next time saya akan Cuba open order kek Moist Tornado ini untuk di jual😊. Terimakasih Kak Sue Apa Kau Rasa kerana berkongsi resepi-resepi yang sangat istimewa pada saya,dengan menyertakan Video cara pembuatannya sekali sangat memudahkan saya untuk mencubanya. Semoga ilmu yang di kongsi menjadi amal jariyah dan semoga blog Apa Kau Rasa semakin maju jaya 😊. Jeehan Kitchen -
Japanese Cotton Cheesecake Japanese Cotton Cheesecake
Terima kasih saya ucapkan kepada Kak Sue " Apa Kau Rasa" kerana sudi kongsi resepi Japanese Cotton Cheesecake yang superr gebu dan sedap ini😍 memang sesuai untuk buat minum petang🤭 Kek ini juga sesuai dimakan bagi semua peringkat umur🥰#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad Zaidatul Aribah -
Thai Butter Cake Thai Butter Cake
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#goldenapron2020Percubaan pertama saya buat Thai Butter Cake....Dah lama sebenarnya nak makan Butter Cake yang kosong macam ni.Sengaja tak tambah apa-apa sebab nak rasa yang original.Folow satu2 resipi Thai Butter Cake Apa Kau Rasa by KakSue...lembut betul teksture Butter Cake ni...berbaloi buat sendiri. Mamamikael Oven -
Chocolate Blackout Cake Chocolate Blackout Cake
Kek ni special for my husband sempena birthday dia..❤️ 1st time buat kek 4 layer ni..😆 Alhamdulillah berbunga hati ini bila si dia kata sooo sedap & not to sweet..😋😍 Saya bagi family rasa pn dorang kata sedap..😋😍 Terima kasih Apa Kau Rasa share resepi yg sgt² sedap.. tak sia² mencubanya..😘#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#goldenapron2020 Nur Fazlina -
Green Velvet Brownies #SyedMunawwar Green Velvet Brownies #SyedMunawwar
Green velvet brownies ni lebih kurang sama dengan red velvet brownies cuma saya olah sedikit saya letak perisa pandan. Rasa lemak2 manis cheese dan wangi aroma daun pandan pada brownies ..menjadikan brownies ni 'WoW'..sedap sangat😊😋. Sarmila Sharif -
Marble Burnt Cheese Cake Marble Burnt Cheese Cake
#kekmarble#goldenapron2020Sahut cabaran! Tema kali ni marble cake. Pikir punya pikir maka ini je yang terhasil. Anak-anak mmg suka sangat burnt cheese cake. Olah kan sedikit masukkan coklat terus jadi marble. Rasa masih sama. Cuma tambahan rasa coklat berlemak. Fafa -
Orange Chiffon Cake with Creamy Cheese Orange Chiffon Cake with Creamy Cheese
#goldenapron2020#apakaurasa#Bakingwith_ApaKauRasa_CookpadBila ternampak gambar Orange Crown Chiffon Cake kat FB page Apa Kau Rasa. Memang rasa terliur sangat. Dah la rupa crown dia tu cantik sangat dan dapat bayangkan betapa sedapnya kek chiffon oren ni.Sebab saya suka sangat kat kek oren, tak kisahlah apa jenis kek pun. Teringat masa kecik-kecik dulu, masa hari raya je la baru dapat makan kek oren ni. Tu pun dapat makan kat rumah jiran hehehe. Tak pandang dah kuih atau kek lain, memang kek oren lah yang saya hadap dulu. Sebab susah nak dapat makan.Dulu kan nak makan segala kek sedap-sedap masa hari raya je lah. Tak macam zaman sekarang, ketupat pun boleh makan walaupun bukan hari raya.Ok, back kepada menu ni. Lepas tengok gambar kat page Apa Kau Rasa tu, tengok bahan dan video, bersemangat nak buat sebab bahan dah ada di runah dan langkah penyediaan pun nampak mudah.Jadi, saya pun buatlah. Bersemangat sebab anak pun teruja nak tengok hasilnya. Alhamdulillah, molek kejadiannya walaupun mahkotanya tak berapa nak jadi.Tapi tak apa, sedap dan fluffy gitu. Makan gitu je pun sedap!Anak saya ni pulak suka cheese, dah lama dia minta buatkan kek letak cheese leleh. Jadi hari ini saya kotakan janjinya. Seronok dia.Oklah..jom makan kek! Yummmeehhh Zarns Dir -
Chocolate Blackout Cake Chocolate Blackout Cake
#Bakingwith_ApaKauRasa_CookpadLama dah rasanya saya tak buat kek yang berhias ni. Tapi disebabkan semangat nak join contest kali ni, ku gagahkan jua buat kek yang ada topping. Tangan saya terlalu kaku untuk menyalut cream pada kek. Sebab tu saya jarang sekali untuk buat kek sebegini. Sudah berapa hari saya scroll up and down page Apa kau rasa. Satu persatu video resipi tu saya tonton sambil menelan air liur. Banyak sungguh resipi yang menambat hati. Kalau boleh semua nak dibuat. Tapi apakan daya, melihat tangan ku sendiri rasa keberanian tu belum cukup kuat. 🤣Setelah gigih meniru bulat-bulat resipi Kak Sue, Alhamdullillah menjadi juga kek saya.Wahhhh!!! gembiranya hati saya bila si tuan hakim yang menjadi juri untuk merasa kek saya berkata “ best of the best “ ( sambil tunjuk ibu jari okay )Kembang hati semangkuk dan senyum sampai ke telinga sepanjang hari. Terima kasih Kak sue untuk resipinya. Nanti bulan November saya nak buat lagi sekali kek ini untuk menyambut hari ulang tahun suami.Untuk pencinta chocolate diluar sana, you all kena cuba resipi ini. Serious tak rugi dan insyallah menjadi seketul kek.Untuk memudahkan you all, saya pautkan resipi asal Kak Sue. Semoga resipi ini bermanfaat kepada sesiapa yang Ingin mencuba.Terima kasih sekali lagi buat Kak Sue!!!Assalamualaikum 👋🏻Resipi Asal 👇🏻https://www.facebook.com/apakaurasakitchen/videos/315413839755493/?vh=e&extid=0&d=w Gyna Elenna -
🥕🍰Slow Cooker : Carrot Cake🍰 🥕 🥕🍰Slow Cooker : Carrot Cake🍰 🥕
Resipi untuk slow cooker 1.5 liter.Ada lebihan cream cheese buat biskut baby sebelum ni. Ada lebih lobak merah dan walnut. Balik Negeri Sembilan pula, mak bekalkan banyak stok kelapa parut.Terbayang carrot cake tapi tak nak buat dengan oven. Nak try versi slow cooker. Dua minggu jugala buat bacaan sana sini sebelum decide one recipe versi sendiri sebab banyak sumber rujukan.Dalam resipi ini, saya sangai kelapa parut yang mak bekalkan untuk ganti dessicated coconut. Penggunaan heavy cream/ buttermilk saya ganti dengan santan.Ada pelbagai versi carrot cake diluar sana. Untuk versi slow cooker tak boleh guna oven sebab ia slow cook, kurang penggunaan cecair. Saya cari yang guna butter sebab tiada minyak jagung etc. Dan nak elak guna minyak masak harian. 🙂Alhamdulillah. Worth the try. 🥳🥳🥳 Cookies Monster 🍪
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)