Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad
#ApaKauRasa
#goldenapron2020
#madebyjeehan
#cookpadmalaysia

Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga ada Rezeki saya untuk Memenangi hadiah Mini Oven. Amiin yaa Allah yaa robbal Alamiinn 😊
Keluarga saya sememangnya hantu cheesecake dan hantu coklat kek juga. ketika kelmarin saya tengok video Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan yang kak Sue share di page Apa Kau Rasa ,saya terus save video dan tengah hari tadi saya dah buat Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan tersebut. Walaupun tak menggunakan gula pasir,tapi rasa kek ini sudah cukup manis pada saya,ketika Maghrib tiba saya terus potong kek tersebut untuk juadah buka puasa. Masha Allah sangat sedap dengan rasa yang mewah dan berkrim... Terimakasih kak Sue (Apa Kau Rasa) Sudi share Resepi yang Simple dan sangat sedap ini. Semoga ilmu yang di bagi dapat menjadi amal jariyah 😊. Amiin yaa robbal Alamiinn

Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan

22 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 Jam 15 Minit
6 Slice's
  1. 120 gDark Chocolate Compound
  2. 120 gCream Cheese (Suhu bilik)
  3. 3biji Telur (Gred A)
  4. Garnish :
  5. Strawberry
  6. DaunMint
  7. Gula Aising

Cara Memasak

1 Jam 15 Minit
  1. 1

    Cairkan coklat diatas pot yang berisi air panas.

  2. 2

    Masukan Cream Cheese sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga sebati. Ketepikan seketika

  3. 3

    Asingkan kuning telur dan putih telur, letakan putih telur di dalam peti sejuk seketika.

  4. 4

    Campurkan kuning telur kedalam adunan coklat dan gaul hingga sebati. Tapiskan adunan coklat tadi, supaya adunan lebih halus.

  5. 5

    Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana, hingga mencapai tahap FIRM PEAK

  6. 6

    Masukan sedikit adunan meringue tadi, dan gaulkan dengan adunan coklat perlahan-lahan

  7. 7

    Tuangkan adunan coklat kedalam mangkuk meringue dan gaul hingga sebati, menggunakan teknik kaup balik. (Berhati-hati semasa kaup balik, jangan terlebih gaul. Buih Meringue sangat sensitif. Kaup balik dalam 25 kali Kaupan Sahaja)

  8. 8

    Tuangkan adunan Kedalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit butter dan di lapik dengan baking paper. Tuangkan air panas setinggi 1 cm pada loyang bawah kek (Saya guna loyang 4 segi), (Water bath). Bakar dalam oven (Teknik Waterbath) dengan suhu 150 darjah Celcius selama 1 jam, guna api atas dan bawah.

  9. 9

    Dah masak keluarkan Kek dari loyang,dan buka baking paper. Simpan sebentar kek dalam peti sejuk, selama 1 jam. Keluarkan Kek dari peti sejuk, dan hias mengikut cita rasa masing-masing. Selamat datang dan semoga berjaya 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya