Ubi kayu Goreng

#resipi3bahan
#cookpadmalaysia
Terpanggil dengan cabaran minsha untuk upload resipi dengan hanya menggunakan 3 bahan jer, bagi membantu mak2 musim pkpb ni.
Kebetulan lebihan ubi semalam ada lagi.. Maka terjadilah ubi goreng ini.
Anak2 suka sedap kata nya rasa fries Malaysia.. 😂😁
Makan panas2 dan berebut 2 dua pinggan pun belum tentu cukup. 😅
Ubi kayu Goreng
#resipi3bahan
#cookpadmalaysia
Terpanggil dengan cabaran minsha untuk upload resipi dengan hanya menggunakan 3 bahan jer, bagi membantu mak2 musim pkpb ni.
Kebetulan lebihan ubi semalam ada lagi.. Maka terjadilah ubi goreng ini.
Anak2 suka sedap kata nya rasa fries Malaysia.. 😂😁
Makan panas2 dan berebut 2 dua pinggan pun belum tentu cukup. 😅
Cara Memasak
- 1
Kupas dan potong ubi kecil kecil atau ikut macamana kita suka
- 2
Basuh dan toskan sekejab, baru lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.
- 3
Panaskan minyak dalam kuali goreng hingga garing dan kekuningan. Angkat dan hidangkan.. Sedap makan panas panas, makan gitu sahaja atau cicah dengan gula. Selamat mencuba gaiss 😘
Resipi Sepertinya
-
Ubi Kayu Goreng Berempah Ubi Kayu Goreng Berempah
#goldenapron2020Ubi kayu ni lebihan yang direbus semalam. Satu perdu dapat banyak ubinya. Selalunya lepas makan ubi rebus cicah kelapa parut dan sambal bilis, esoknya akan buat ubi goreng pula. Makan panas-panas sekali hadap licin 😅 Syima Yusof -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @amirshah19Mak saya memang suka sangat makan sira ubi kayu ni. Kadang tu dia buat sira sukun. Dua-dua pun sedap, memang layan habis di musim hujan begini. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Goreng Kunyit Ubi Kayu Goreng Kunyit
Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
#mk89masakKUIHHaa...ujan2 carik ubi2an..masak panas2 huhuhu..rezeki kawan dari kampung bg ubi kayu.. mamy_kitchen89 -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Masak Apa Untuk POTLUCK?.:Seperti musim hujan sebelum ini,hampir sepanjang jalan balik kampung semalam ada sahaja penjual beraneka jenis ubi.Dah musim ubi dapatlah masak Sira Ubi Kayu,resepi tradisi Kelantan.Makan beramai-ramai seronok betul,kebetulan semua ada.Walaupun resepi ringkas,alhamdulillah,sekejap sahaja habis.K.ha buat tidak terlalu manis,sedang-sedang sahaja rasanya.Sedap dimakan ketika masih panas-panas. ha.lim39 -
Ubi kayu goreng Ubi kayu goreng
Minum petang dgn ubi kayu yg jiran bagi, kita buat goreng aje, simple dan sedap Atie SweetChocbakeries -
Sira Ubi Kayu Sira Ubi Kayu
Petang semalam saya keluar bersama suami & ternampak orang jual ubi kayu cantik2 kat tepi jalan. Terus suami berhenti beli 2 kilo. Pagi tadi saya buat sira utk sarapan pagi. Sedap layan panas2 ketika hujan..ubinya empuk..sira gula nya yg pekat melikat..fuhh bertambah2 saya & suami makan.. Nor Al Fatihah -
Serawa / pengat ubi kayu Serawa / pengat ubi kayu
Lebihan ubi rebus kemarin.. inspirasi hari ni..#goldenapron2020 Rohani Md. Isa -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Lama dah rasanya tak update resipi dalam cookpad. Terasa rindu menusuk ke kalbu. Sementara cuti panjang ni walau tak boleh kemana-mana, tugas sebagai isteri dan ibu pasti tak pernah lekang.Kebetulan pula ada ubi kayu, petang-petang begini pasti sedap jika ada kuih muih untuk dijadikan kudap-kudap sambil berborak-borak bersama suami dan anak-anak. Tapi tangan ni agak malas nak buat kuih muih tradisional. Huh.. ubi kayu ni kalau digoreng garing ni pasti sekejap je habis.Pantas saya kupas ubi kayu ni sambil menjerang air panas untuk dibuat kopi.Kalau ubi kayu tak direbus, boleh saja terus digoreng tetapi agak keras teksturnya. Saya lebih suka kalau tekstur yang lembut dan ada sedikit serbuk-serbuk pecahan dari ubi kayu yang direbus. Bertambah garing bila bila digoreng.Betul sangkaan saya. Ubi kayu yang saya goreng ni habis sekejap saja. Anak-anak kata seperti potato wedges. 😂Tak semua budak-budak sukakan ubi kayu. Tapi sebagai ibu, saya tetap mengajar anak-anak untuk mencuba semua makanan supaya mereka dapat tahu rasa dan keenakan setiap makanan. Alhamdullilah kenyang perut ni. Bersyukur kita masih dapat rezeki untuk dibuat alas perut.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Penjan Ubi Kayu Penjan Ubi Kayu
Penjan ubi kayu antara makanan tradisi negeri Perak.Rasanya yang manis dan aroma nya yang wangi membuatkan sesiapa saja yang makan boleh jatuh cinta..Tahap kemanisan boleh ejas ikut selera..Honestly,Alin xpernah buat ubi kayu jadi macam ni..🤭🤭🤭 ni kira 1st time..itupun baru terfikir nak buat sebab ada sedikit lagi lebihan ubi kayu rebus..Alin ambik idea resepi dari @JuliaAA_merecikTq ❤️🌷#Misi4 CookRace FZ Adzlin
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)