Kalakatar - Bingka Kelapa Muda

#goldenapron2020 #kalakatar
Tak pernah lagi merasa kuih Banjar ni. Bila dapat tahu minggu ni ada bonus kalakatar, cepat-cepat pergi beli air kelapa dan isinya. Tak susah pun rupanya. Campak-campak je dalam blender, masuk oven, siap!
Bila dah ramai yang share resepi, tak tau nak ikut yang mana satu da. Last2, kita ikut resepi minSha. Senang jer campak2 dalam blender tu 😂
Kalakatar - Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020 #kalakatar
Tak pernah lagi merasa kuih Banjar ni. Bila dapat tahu minggu ni ada bonus kalakatar, cepat-cepat pergi beli air kelapa dan isinya. Tak susah pun rupanya. Campak-campak je dalam blender, masuk oven, siap!
Bila dah ramai yang share resepi, tak tau nak ikut yang mana satu da. Last2, kita ikut resepi minSha. Senang jer campak2 dalam blender tu 😂
Cara Memasak
- 1
Masukkan semua bahan kecuali isi kelapa. Kisar sehingga halus dan sebati.
- 2
Tuang ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
- 3
Kacau adunan sehingga menjadi kental dan naik gelembung meletup - letup. Tutup api.
- 4
Sapu loyang dengan mentega. Nak gunakan minyak masak pun boleh.
- 5
Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- 6
Taburkan isi kelapa di atas permukaan.
- 7
Bakar di dalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 1 jam. (suhu dan masa bergantung kepada jenis oven masing-masing)
- 8
Setelah masak, sejukkan sebentar di dalam suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti ais selama 4 jam. Potong dan keluarkan dari loyang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020#kalakatarBila dapat tajuk bonus kali nie, nama Kalakatar memang tak pernah dengar. Nak tak nak terpaksa gogel cari resepi kat alam maya.Rupanya sejenis kuih. Resepi orang-orang lama kaum Banjar. Bila lihat kepada bahan yang digunakan ini tak jauh beza dengan kuih bingka atau bengkang.Sebab tak nak bonus golden apron lopong, akhirnya saya buat juga sebab nak dapatkan air kelapa muda agak susah. Restoran yang biasa tempat beli tu tak menjual kerana tengah diubah suai.Rezeki dapat beli juga selepas pusing sana sini, jumpa gerai tepi jalan jual air kelapa walaupun mahal demi nak buat kuih kalakatar😍Resepi nie diolah sikit sebab nak bagi rasa lemak santan. Rasanya hampir sama macam kuih bakar cuma kuih bakar tu ada rasa pandan. Noor Hassan -
"Kalakatar"(Bingka Kelapa Muda) "Kalakatar"(Bingka Kelapa Muda)
#kalakatar#goldenapron2020Tak pernah dengar pon nama kuih kalakatar ni apalagi nak makan.Tetiba minsha bagitau minggu ini ada Bonus kalakatar.Apalagi terus lah jari ni mengetuk pintu gooogle dan muka buku..Cari apa itu kalakatar,Rupanya ia adalah satu masakan atau hidangan tradisi masyarakat banjar yang berasaskan kelapa muda.Kebetulan juga dirumah memang tak pernah putus kelapa muda ni.Saya pun mulalah membaca dari bahan hinggalah ke cara memasak.Rupanya ada banyak version kalakatar ni.ada yang lebihkan tepung gandum ada juga yang lebihkan tepung beras,ada tanpa santan dan bersantan.belek punya belek teringin pulak nak buat versi sendiri.Tukarkan gula putih kepada gula merah dan letak santan.Masa membakar aromanya sangat menggoda.Bila makan rupanya sedap kalakatar ni.Tak rugi mencuba.Patutlah viral sampai masuk tv3..👍😋Rasa kalakatar ni seakan rasa bingka tepung masyarakat melayu.Tapi uniknya kalakatar ni ia lebih sedap dan wangi bilamana isi kelapa dibakar.Setiap gigitan makin asyik bila tergigit isi kelapanya yang kenyal2.Lepasni boleh buat selalu.Jom kita tengok resepi membuatnya.👇 Q'leenalee's Kitchen -
Kalakatar Kukus Kalakatar Kukus
Kalakatar.First time dengar, first time masak dan first time makan.Demi bonus golden apron 🤣.Sbb daa memang failed bab kuih tradisi ni.Tapi boleh lah, menjadi juga dan semestinya sedap lemak berkrim.Kuih tradisi orang Banjar.Memang tak pernah makan laa sebab tida berketurunan Jawa, hihi.Kalakatar sejenis kuih bingka.Bingka Kelapa Muda.Gigih round satu Kuantan cari kelapa muda.Jumpa pulak, isinya hingusan lagi, tak tebal.Takpe lah, asalkan ada.Resipi faa guna resipi Minsha, tapi ada sikit olahan.Sepatutnya kuih ni dibakar dengan sabut kelapa, membangkitkan aroma dia.Dan boleh juga dibakar dalam oven atau pemanggang ajaib.Tapi faa xde semua tu.Jadi faa buat versi kukus.Lembut, sedap dan bangkit aroma kelapa muda tu.Alhamdulillah 💜.#kalakatar #goldenapron2020 #dapurfaafeefoo Kakak Faa -
Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda) Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda)
Kalakatar? Apa tu? Tak pernah dengar pun selama ni. Susah hati dah bila dapat tau bonus kali ni kena masak kuih kalakatar iaitu kuih orang Banjar. 😱Tapi bila aku google resepi takde la susah sangat pun. Bahan pun tak banyak. Cuma wajib ada kelapa muda. Ok tazabarrr nak buat. Kelapa muda ni memang feveret aku. 😍Akhirnya siap jugak kalakatarku ini. Aku tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan sebelum ni. Yang pasti rasa dia memang sedap bila makan sejuk sejuk. Lemak lemak masin manis semua bersatu dalam mulut. 😋Tq Cookpad kerana buat bonus ni. Secara tak langsung kami boleh tau dan belajar macam macam jenis kuih. SELAMAT MENCUBA! 😊#kalakatar#minibonus#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Bingka Kelapa Muda Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020#kalakatarFirst time dengar kuih kalakatar dalam bahasa banjar. First time jugak buat disebabkan sambut cabaran oleh Minsha.Akak teruja nak buat bingka kelapa muda ni. Jadi google punya google akak ikut resepi Ell Sakimin. Alhamdulillah menjadi pulak bingka kelapa muda.Sedap ya amat kalau makan panas-panas. Join cookpad pelbagai jenis masakan boleh terokai. Janji rajin dan ada kemahuan serta minat. Gerenti menjadi. Umi Minarni -
Bingka Kelapa Muda Bingka Kelapa Muda
#kalakatar#goldenapronBila MinSha update bonus kali ni tentang Pertama Kuih Bingka Kalakatar, terus Google pasal kuih ni. Serious saya tak pernah tahu dan tak pernah rasa. Banyak pula tu edisi resipi kuih ini. Tak mengapa, untuk kali pertama saya cuba resipi ini, saya olah sedikit resipi asal kerana air kelapa muda tak cukup lagi secawan. Jadi saya tambahkan 1 cawan santan untuk menggantikan air kelapa muda yang kurang.Ketika dibakar, ruangan dapur saya berbau harum seperti bau air kelapa. Saya agak mesti kuih bingka ini sedap.Setelah siap dibakar, saya sejukkan seketika. Bila dapat rasa kuih Bingka Kalakatar ni... hmmmmm memang sedap. Aroma kelapa tu memang terasa. Apatah lagi kerak bahagian atas kuih bingka ini, memang sedap. Cuma bagi saya sukatan ini terlebih manis pula. Saya sudah kurangkan 1/4 dari secawan gula ( resipi asal 1 cawan )Mungkin air kelapa ini sudah cukup manis. Tetapi kepada sesiapa yang suka manis, tak perlu kurangkan. Sememangnya saya seorang yang kurang gemar benda manis.Dimasa hadapan, saya akan buat kuih bingka kelapa ini sebagai hidangan pemanis mulut jika ada tetamu yang datang. Untuk mencuba sesuatu yang baru, lebih baik kita sebarkan supaya orang lain dapat merasa keenakkan kuih tradisi orang Banjar ni.Terima kasih MinSha kerana memperkenalkan saya kuih bBingka Kalakatar ini 😊 Gyna Elenna -
Kalakatar (Bingka Kelapa Muda) Tanpa Gluten Tanpa Telur Kalakatar (Bingka Kelapa Muda) Tanpa Gluten Tanpa Telur
Dah MinSha up gambar dia kan.Geram pulak kita ni tengok 😂Bingka kelapa ni banyak jenis.Belah Pantai Timur pakai kelapa parut. Versi Banjar letak kelapa muda.Kala maksudnya "sewaktu".Katar bermaksud "panas".Jadi, kuih ni dimakan waktu panas-panas yang mana teksturnya masih lembik.Tapi saya bukan orang Banjar tau. Saya orang bandar 😆Kalau ikutkan resipi nusantara, semuanya tak pakai tepung gandum. Cukup tepung beras, gula, garam, santan dan isi kelapa.Seperti biasa, makcik ni kan suka derhaka hahaha. Jom buat kalakatar versi serba tak ada. Tak ada gluten, tak ada telur.#goldenapron2020 #kalakatar #bonus #tanpagluten #glutenfree #glutenfreevegan #tanpatenusu #tanpatelur #eggless Nihadriz Niha -
KALAKATAR @ BINGKA KELAPA KALAKATAR @ BINGKA KELAPA
#kalakatar#goldenapron20201st time saya mencuba hasilkan resepi nie. .. Hmm sedap juga😊. Kuih ini adalah kuih traditional kaum BANJAR. Menghasil kan KALAKATAR tidak la begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan Utama. Mommy Zie -
Kalakatar/Bingka kelapa Kalakatar/Bingka kelapa
#kalakatar #goldenapron2020Terbawa² plk dengan menu dr majalah 3 2 minggu lepas..kalakatarSambil² sahut cabaran dr cookpad..serius mmg sedapresepi kaum banjar yg berkurun lamanya tapi dinaikkan semula oleh team cookpad😋 ZuitaAisyah -
Kuih Bingka Kelapa Muda - Kalakatar Kuih Bingka Kelapa Muda - Kalakatar
#kalakatar #goldenapron2020Kuih tradisi orang banjar katanya. Saya baru pertama kali dengar dan disebabkan bonus cookpad, ini menjadi percubaan pertama saya buat. Maka bermula lah seisi pertanyaan pada kawan kawan 🤭 atau merujuk di pencarian internet untuk mendapatkan resepi yang menjadi. Saya rasa untuk 2 hari ini memang penuhlah pencarian kuih kalakatar ini di internet😬.Akhirnya, saya gabungkan dua resepi, satu dari internet dan satu lagi saya rujuk dengan kawan saya. Saya hanya membuat setengah adunan dari gabungan ini. Buatnya senang, tetapi semasa bakar , hati menjadi risau sebab adunan nampak meletup letup dalam oven😅, kejap-kejap saya akan buka untuk lihat kejadian kuih. Alhamdulillah, kuih menjadi😊 Rasa pun sedap. Sila lah cuba ye. InsyaAllah jadi kuih kalakatar ini. Jom kita lihat resepi jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Kalakatar (Bingka Kelapa) Kalakatar (Bingka Kelapa)
#kalakatar#goldenapron2020Hanya 3 ketul Kalakatar ni je tinggal untuk diambil gambar! Tragis betul.Semasa menu ini ditayangkan di rancangan Majalah 3, terfikir jugak la camna rasa dan cara membuat Kalakatar ni. Terliur nengoknyer. Cadang-cadang jugak le nak ke Bagan Serai konon-konon nak beli Kalakatar original macam ditunjukkan di Majalah 3. Tapi sebab wabak COVID ni, memang tak keluar ke mana-mana kalau tak ada sebab.Walaupun saya tinggal kat Tanjung Piandang yang ramai suku kaum Banjar, tetapi tak pernah merasa apatah lagi memasak Kalakatar. Pagi-pagi lagi dah ke rumah Mak Ndak yang merupakan orang Banjar, bertanyakan resepi. Rupanya dia pun tak pernah memasak kalakatar. Ha..ha.. Alamatnya cari kat Facebook la jawabnya.Ngam pulak resepi kat Facebook dengan bahan-bahan yang ada kat rumah. Kerah Encik Suami petik buah kelapa. Panjat dengan tangga je pun sebab pokok kelapa pandan ni rendah pokoknya. Hampir 5 biji dipetik, tapi 3 biji je sesuai dan elok dah isinya untuk dijadikan Kalakatar.Elok je Kalakatar ni siap keluar dari oven. Keluarga sepupu datang bertandang. Masing-masing teruja nak merasa Kalakatar. Sekali toleh udah tinggal bekas. Ada la 3 ketul baki untuk di ambik gambar. Maklum le berkelah bawah pokok kelapa dan di tepi sawah padi yang sedang menghijau. Sedap sangat le tu! Rose Nani Nizah Nayan -
KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA KALAKATAR - BINGKA KELAPA MUDA
#kalakatar#goldenapron2020Bonus kali ini,pihak Cookpad Malaysia ingin menghidupkan kembali resepi traditional masyarakat orang Banjar iaitu Kalakatar.Namanya saja sudah buat kita tertanya-tanya apatah lagi dengan rasanya.Jadi,Ain mengambil peluang ini untuk mencuba membuatnya.Bermulalah pencarian resepinya di Google.Cara membuatnya boleh dikatakan mudah.Hanya masukkan semua bahan,gaul sebati,tapis dan dimasak sebentar di atas api sebelum dibakar.Hasilnya bergantung pada individu.Ada yang suka ianya lembik,ada yang suka sedikit kental.Cara dimakan juga ada yang saran Kalakatar ini di makan ketika masih lagi panas kerana dikatakan maksud perkataan Kala itu ialah "ketika" dan katar ialah "panas".Yang pasti Kalakatar atau Bingka Kelapa Muda ini sudah payah didapati di pasaran.Dikatakan hanya di tempat-tempat tertentu sahaja ia dijual dan disediakan.Ayuh,kita sama-sama menghidupkan kembali kegemilangan Kuih Bingka Kelapa Muda atau Kalakatar ini.Rasanya yang lemak,manis dan lembut amat sesuai dihidang untuk santapan seisi keluarga dan tetamu.Yang pasti,anda tak akan kecewa apabila mencuba membuat resepi ini.Jom lihat resepi yang Ain sediakan ini. Selamat mencuba yer semua 😊 Nurain Jalil
Lebih Banyak Resipi
Komen