Tauhu Bergedil

Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat, tapi yang ni lain sikit. Tauhu begedil menggunakan tauhu kering dan intinya pula seakan-akan begedil (kentang lenyek yang dimasak bersama isi ayam atau daging).
Bayangkan sajalah, bila digigit tu rasa rangup di luar, bila dikunyah pula empuk dan lembut di dalam. Makin syok pula bila dicicah dengan sos yang sedap.
Mudah saja sebenarnya penyediaannya.
Sesuai sangat untuk minum petang. Bahannya simple, cara buat pun senang kan? Rugi tak cuba tau!
Tauhu Bergedil
Kalau dulu orang selalu buat tauhu sumbat, tapi yang ni lain sikit. Tauhu begedil menggunakan tauhu kering dan intinya pula seakan-akan begedil (kentang lenyek yang dimasak bersama isi ayam atau daging).
Bayangkan sajalah, bila digigit tu rasa rangup di luar, bila dikunyah pula empuk dan lembut di dalam. Makin syok pula bila dicicah dengan sos yang sedap.
Mudah saja sebenarnya penyediaannya.
Sesuai sangat untuk minum petang. Bahannya simple, cara buat pun senang kan? Rugi tak cuba tau!
Cara Memasak
- 1
Mula-mula rebus kentang sehingga masak. Kemudian lenyekkan macam kita nak buat begedil.
- 2
Goreng bawang merah. Kemudian masukkan daging burger. Gaul sebati
- 3
Masukkan bahan digoreng tadi ke dalam adunan kentang lenyek. Masukkan daun sup & daun bawang. Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam dan putih serta kiub ayam. Masukkan juga isi tauhu. Gaul sebati
- 4
Tauhu dibelah 4 kemudian isikan suku dengan adunan kentang tadi. Masukkan 1 sudu kecil serbuk cheese. Kemudian masukkan lagi adunan kentang hingga penuh. Buat sehingga habis
- 5
Untuk menggoreng. Telur dicampur garam. Kocak seketika. Golekkan tauhu bergedil tersebut dengan sekata kemudian goreng sehingga kekuningan.
- 6
Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan bersama sos kicap
- 7
Sos kicap - Caranya mudah saja, masak kesemua bahan untuk sos hingga pekat. Lepas tu macam biasa, perasakan ikut citarasa masing-masing
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
👩🍳Tauhu Bergedil 🇲🇨 👩🍳Tauhu Bergedil 🇲🇨
Bergedil secara asas dibuat daripada kentang yang dilenyek dan dicampur dengan daging cincang, hirisan daun rempah serta isi lain sebelum digoreng.Selalunya digunakan sebagai hidangan pembuka selera atau lauk sampingan untuk soto ayam, tumpeng nasi atau pulut kuning.Tauhu bergedil pernah menjadi viral dan ramai yang berniaga online; harga yang dijual pun agak mahal. Jika keluarga besar, eloklah masak sendiri sahaja kerana ia sebenarnya agak mudah dimasak.Jom masak..#cppassport Mahadiah -
Tauhu Bergedil Ayam Tauhu Bergedil Ayam
Kalau di Sabah, segala macam bergedil termasuk tauhu bergedil adalah sejenis lauk (sayur) yang dimakan bersama nasi. Unik bukan?Enaknya tauhu bergedil itu sebahagian besarnya bergantung pada isi yang kita sumbat masuk ke dalamnya. Kena ada rasa kenyalnya dahing, rangupnya bawang goreng, wanginya daun sup dan lembutnya kentang lenyek.Jom saya kongsikan resepi tauhu bergedil cara yang diajar oleh mak mertua saya di Sabah 🌹#goldenapron2020 #week3#phopxcookpad2029 @kamekmizah -
Sambal Tauhu Sambal Tauhu
#goldenapron2020 #minggu29Sambal tauhu yang mudah dan ringkas untuk disediakan.Yani dan suami suka makan tauhu. Sama ada buat tauhu sumbat, goreng dengan taugeh atau goreng sahaja kemudian cicah dengan sambal kicap, Yani juga masak sambal tauhu. Menu ringkas dan menyelerakan.😋Jom lihat resipi sambal tauhu ni. Nur Azliani Amer -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Teringin nak makan. Nak beli, takut tak cukup sebab ramai rakyat dalam rumah ni. Bila buat sendiri, boleh sumbat inti sesuka hati. 😄 Tapi tak secantik yang di beli.Guna bahan yang ada di rumah je. Asalkan ada tauhu kering dan ubi kentang. Bahan lain untuk rasa. Kuantiti main agak2 je. Boleh tukar tauhu dengan kulit popia. Jadi popia begedil.Selamat mencuba. 👋#goldenapron2020#telurantarabangsa Tun Suri -
Tauhu bergedil Tauhu bergedil
Masak apa tahun baru?Yg baca pun tergelak agaknya😂Tauhu bergedil? 🤣Sbb sy suka sangat makan tauhu bergedil, suka yg sgt2 sampai blh kata tiap minggu oder sampai 2-3 bekas, sekejap je licin ngap sorang..Astagfirullahalazim 😁Betul ni..Resepi bersepah tp x pernah terpikir nak buat sbb dah terbiasa oder je, lagipun rasa mcm renyah jer, bizi ngan kek lagi 😅Nah inilah menu tahun baru yg saya berjaya buat dan berjaya makan sepinggan sekali hadap 🤣🤣🤣Adoiiii.. Pandai buat lagi bahaya sebenarnya sbb bila sekali buat byk2, boleh sejuk bekukan dan tiap2 hari makan, habis stok ni kompom kena buat lagi, hmmm.. Xde azam diet atau kurus2 la klu jumpa bergedil ni😁 Atie SweetChocbakeries -
Tauhu Sumbat Berdaging Tauhu Sumbat Berdaging
366/2021/RoadTo1k/1061Tauhu ni lebihan daripada tauhu sumbat yang hakak buat sabtu lepas. Kaedahnya bila isi tauhu dah habis. Jadi berhenti ler dari menahu 🤭😂. Ni ada baki lagi 8ketul. Petang tadi masuk dapur dan godek-godek untuk dijadikan tauhu sumbat berdaging. Jadilah buat minum petang😬. Resipi ni hakak Cooksnap dari Kakak Cantik Sarmila Sharif @cook_16041352 . Resipi simple tapi sedap tau tauhu sumbat dia ni. Alhamdulillah untuk rezeki hari ni sementara untuk dinner shell out yang ditaja oleh adik hakak 😌. Makan free ni memang best tau 😝 Salina Jalaludin -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Tauhu begedil ni anak dara saya yg bongsu minta buatkan..dia datang bisik kat saya.."ma nak tauhu begedil" Terkejut jugak tiba2 je dia request..saya sangka selama ni dia tak suka makan..Saya cakap kat anak nanti ma beli bahan2 dulu..baru boleh buat..tersenyum dia.. Suka tengok dia berselera makan, kakak & abang dia pun suka makan..ayahnya lagi la..saya ni pulak jenis tak suka makan tauhu goreng macam tu saje..tapi kalau tauhu begedil macam ni reti pulak makan..hihii..tauhu sumbat pun makan😅 Bahagi 5 orang dapat la 7 biji sorang.. Nor Al Fatihah -
Tauhu begedil Tauhu begedil
Tauhu begedil antara makanan petang kegemaran ziana.Kalau beli mmg tak puas makan, lebih baik buat sendiri dan rasanya lebih padu dgn ramuan yg kita buat sendiri.Tauhu begedil kalini ziana recook dari resepi Minsha.Tujuan ziana recook resepi minsha kerana ziana dapati tauhu begedil minsha amat popular dikalangan rakan rakannya dan boleh dikatakan sgt viral.Jom cuba, serius sedap.#tribute2minsha Ziana Chesaad -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
#goldenapron2020#cooksnap#mentorloveDah lama tak makan tauhu bergedil.Kalau nak beli, sikit. Tak puas makan, maklumlah rakyat ramai.Pergi kedai nampak pula tauhu kering ni. Iman beli sampai 3pax. Punyalah tamak. Hahahaha. Tapi takpa, makanan ni confirm habis.Macam biasa sebelum masak, Iman cari resepi dulu. Jumpalah resepi Sis Najwa ni.Kebetulan Iman masak untuk sarapan pagi, petang tu mak mertua dan adik-adik ipar sampai.Dapatlah depa merasa sikit. Siap puji kata sedap. Alhamdulillah, kembang sekejap iman. Hahaha Iman Hasanah Musa -
Tauhu Fantasi Tauhu Fantasi
#goldenapron#week15#madebyjeehan#cookpadmalaysiaTauhu goreng bukan ini bukan sembarang tauhu goreng biasa. Tauhu yang di lenyek dan di campur dengan dengan bahan-bahan lainnya menjadikan kudapan ini menjadi hidangan yang special enak dan lazat. Selain sosej anda juga boleh menambahkan isi ayam yang di Cincang Halus. ayam,udang dan daging pun boleh di tambahkan. Ikut selera Jer. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Tauhu Bergedil Tauhu Bergedil
2nd resipi #recook & #cooksnap Cookpader 'S' : MinSha.Suka sangat bila dapat buat sendiri.Yani gunakan bahan yang ada di rumah sahaja.Jom lihat resipinya. Nur Azliani Amer -
Tauhu Begedil Udang Tauhu Begedil Udang
#goldenapronlevel19#saturesepisatupohonhampir 2 tahun akak meniaga tauhu begedil daging. Kali ni akak tukar intinya kepada udang. Sangat sedap dan dah mula di jual. Customer pun suka. anieschoc
Lebih Banyak Resipi
Komen