Air Fryer Mulberry Scones

Scones? Mula mula dulu macam blurr gak scones tu camana rupa dia. Tak tau la pernah makan ke tak pernah makan.
Lepas dah siasat sana sini oooo ini rupa scones. Cari resepi tengok takde la susah sangat. Bahan pun sikit. Tapi rupanya buat scones ni ada teknik dia baru la menjadi.
Bila cookpad bagi tajuk bonus minggu ni tajuk Scones memang excited la nak cuba buat. Gara gara cerita Jekfer Lailer la ni.
Ini adalah kali ke 3 percubaan menyekone. Yang sebelum ni kurang menjadi sebab teruli tepung rasanya. 😁
Alhamdulillah yang ni rasanya lagi sedap sebab letak mulberry ni. Anak anak pun kata sedap, lembut dan laju je dorang makan dengan jem buah buahan. SELAMAT MENCUBA! 😍
Air Fryer Mulberry Scones
Scones? Mula mula dulu macam blurr gak scones tu camana rupa dia. Tak tau la pernah makan ke tak pernah makan.
Lepas dah siasat sana sini oooo ini rupa scones. Cari resepi tengok takde la susah sangat. Bahan pun sikit. Tapi rupanya buat scones ni ada teknik dia baru la menjadi.
Bila cookpad bagi tajuk bonus minggu ni tajuk Scones memang excited la nak cuba buat. Gara gara cerita Jekfer Lailer la ni.
Ini adalah kali ke 3 percubaan menyekone. Yang sebelum ni kurang menjadi sebab teruli tepung rasanya. 😁
Alhamdulillah yang ni rasanya lagi sedap sebab letak mulberry ni. Anak anak pun kata sedap, lembut dan laju je dorang makan dengan jem buah buahan. SELAMAT MENCUBA! 😍
Cara Memasak
- 1
Masukkan tepung, gula dan butter ke dalam bekas. Ramas sehingga semua sebati dan jadi seperti serbuk roti. Jangan uli.
- 2
Kemudian masukkan mulberry atau apa saja yang korang suka. Boleh ganti dengan kurma, kismis, coklat cip dan lain lain. Ramas je manja manja sampai sebati. Ingat JANGAN ULI.
- 3
Masukkan buttermilk sedikit demi sedikit dan ramas perlahan lahan hingga sebati. Adunan memang sedikit lembek. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais selama 30 minit.
- 4
Keluarkan doh dan kumpulkan dengan tangan, leperkan dan tekap dengan acuan bulat. Saya takde yang bulat. Guna je apa yang ada.
- 5
Buat sampai habis. Jika melekat letak acuan dalam tepung dan tekap. Susun dalam baking tray. Simpan dalam peti ais selama 30 minit lagi.
- 6
Panskan air fryer dengan suhu 180°c selama 5 minit. Kemudian bakar dengan suhu yang sama selama 8 minit. Jika nampak belum kekuningan tambah lagi masa 1-2 minit ikut AF atau oven masing masing.
- 7
Dah masak keluarkan dan sapu campuran telur dan susu ke atas scones.
- 8
Tadaaaa! Dah siap Mulberry Scones guna air fryer je. Boleh di makan begitu sahaja atau belah dua dan letak jem strawberry dan cream cheese. Ikut pada citarasa masing masing. SELAMAT MENCUBA! 😍
- 9
Saya guna butter salted SCS dan dried mulberry dalam botol ni. Jika guna unsalted butter boleh tambahkan sedikit garam dalam adunan. TIPS BUAT SCONES : JANGAN ULI ADUNAN. GAULKAN DAN RAMAS RAMAS JE SEKEJAP HINGGA SEBATI. SCONES MEMANG BURUK RUPA DIA. 😍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Scones Scones
#goldenapron2020#mingguke11Setiap kali minum teh mesti saya teringat scones. Lagi-lagi kalau dapat pergi Cameron Highland, nikmat sungguh dapat secawan teh bersama seketul scone. Tahun ni nampak gaya memang tak dapatlah nak fefeling makan scones kat sana.Kelmarin saya kongsikan resipi untuk membuat tepung naik sendiri. Gara-gara mulut ni teringin sangat nak makan scone, tepung naik sendiri pula habis gigih saya aduk tepung sendiri.Nak membuat scone agak rumit kerana semua bahan dan perkakas seperti garfu mestilah Dalam keadaan sejuk. Sebab tu saya simpan garfu didalam freezer supaya garfu tu sejuk.Scones yang sudah dibakar boleh di simpan didalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan Dengan menggunakan toaster atau microwave sebelum dihidangkan.Jangan lupa cream cheese dan jem strawberry ya!! Gyna Elenna -
Colourful Scones Colourful Scones
#sekones #goldenapron2020Percubaan pertama mummy buat scones, tak pernah makan jugak nie.Anak-anak kat rumah sejenis yang memilih bab makan, pening mummy kalau nak masak😭 masak adik beradik biskut, roti, pastries maka nya sendiri lah kena habiskan😩Tapiiiii, scones yang mummy buat berwarna-warni ala-ala riang ria di hari raya berjaya memikat hati anak-anak untuk makan. Yayyyyyy, terima kasih jugak buat cookpader senior yang mummy tiru dan menderhaka resepinya😘Sedap dinikmati bersama jem strawberry 🥰🥰 mummyzueralicious -
Cranberry Scones Cranberry Scones
#sekones#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSource : Cookpader Keroroyz RoyzSaya bukanlah pecinta Scones,tapi dulu pernah beberapa kali makan Scones time breakfast kat hotel 😁. This is first time saya Cuba buat Scones sendiri...Saya follow resepi dari Cookpader Akak Keroroyz Royz, disini saya just menggumpal cranberry kering,kerana takde stock fresh blueberry ataupun strawberry,ada pun Frozen... blueberry n strawberry yang selalu saya buat untuk SAKA😁😂😂. Terimakasih kak Keroroyz Royz kerana Sudi share Resepi yang istimewa ini😊 Jeehan Kitchen -
🧀 CHEDDAR CHEESE SCONES 🧀 CHEDDAR CHEESE SCONES
🧀Selain dari sweet scones, savoury scones seperti scone keju cheddar ini pun sedap juga untuk bertukar selera. Boleh dinikmati bersama sambal sardin, krim keju yg dipukul atau cicah dengan sambal tumis ikan bilis, memang sodappp baq anggg😆 Akak juga ada kongsikan tips untuk mendapatkan scones yg sedap & cantik! macam biasa hepi meneraiiii 😉 #sekones #goldenapron2020 #scones #savouryscones Keroroyz Royz -
Cheese Scones Cheese Scones
#goldenapron2020 Minggu 30#sekones75/2020First time buat scones. Minum petang hari ni ala-ala omputeh. Selalu cekodok jer dengan teh O. Moden sikit uli tepung buat donut. Hari ni cuba buat sekones ni. Sekali sekala ubah selera. Makan dengan jem strawberi. Sedap jugak. Saya pun tak pasti scones ni dalam kategori apa. Kuih ker roti ker. Rupanya ada macam-macam jenis scones ni. Disebabkan kita baru belajar kita buat yang biasa-biasa jer dulu. Dah ada jem strawberi tu pun dah cukup baik dah. Jangan korang gelak pulak bila en suami bantai cicah jer dalam teh O panas. Hantam la labu. Cempaka Putih -
Cheese Scones with Scallions Cheese Scones with Scallions
#sekones #goldenapron2020Bila sebut scones, teringat-ingat makan scones ketika percutian ke Cameron Highlands dulu. Tapi musim Covid-19 ni, memang hanya mampu berangan-angan je la kan nak dapat bercuti jauh merentas negeri.Pertama kali Yani buat scone sendiri ialah tahun lepas ketika ada #bonuspastry. Ketika tu berdebar-debar sebab tak tahu jadi ke tidak hasilnya. Alhamdulillah, percubaan pertama yang berjaya buat Yani. Teruja sangat.Kali ini, kali kedua Yani membuatnya. Resipi kali ini jenis "Savory Scones."Menarik juga rasanya. Rangup di bahagian luar tapi di dalamnya lembut hasil gabungan cheddar cheese dan daun bawang. Baunya wangi ketika sedang membakarnya.Jom lihat resipi di bawah ini. Nur Azliani Amer -
Scones Scones
#sekones #goldenapron2020Sebenarnya sudah lama saya ingin membuat scones setelah melihat anak buah saya menikmati scones dengan teh panas semasa bercuti di cameron highland baru-baru ini (sebelum 3rd wave C19)😊.Setelah menonton 'Mona' kampung people asyik menyebut sekones ianya menambahkan keinginan saya untuk mencubanya tapi hasrat itu terhenti juga disitu. Apabila melihat cabaran dari cookpad dan bahan-bahan juga tersedia dirumah serta hari ini merupakan cuti bagi saya, maka saya pun menyahut cabaran ini.Ini merupakan percubaan pertama saya menghasilkan scones.Semestinya saya mencari resepi dari pastry chef terkenal iaitu Anna Olson. Setelah melihat video beliau menyediakan scones serta beberapa video lain, baru saya yakin untuk mencuba resepi ini. Alhamdulillah saya berpuashati dengan hasil pertama ini. Terimakasih cookpad!!#sekones#goldenapron2020#scones#cooksnap#1sttime Ruziha Aljunid -
Air Fryer Mix Berries Scones Air Fryer Mix Berries Scones
#sekones#goldenapron2020Alkisah... Pkp ni ttiba teringin nak g Cameron Highlands nak mkn scones kt kebun teh... Tapi tidak kesampaian. Memandang ku bukan seorang bakers yang mana membuat kek dan biskut kelautan dalam(read fail) ... smlman ku cuak nak buat sekones ni... risau tak jadi walhal resepinya sangt mudah dan ringkas..Demi ank2 yang perut masing2 18bilik sokmo lapar.. Mama buatkn juga.. Alhamdulillah... Berjayaaaaaa... Yeayyyyyy... Nur Hani Yahaya -
Scones Scones
#sekones #goldenapron2020Jangan ketawa yer , ini percubaan pertama saya membuat scones. Selalu saya makan je kat cameron highland😊. Mulanya sedih juga lihat hasil scones yang macam tak jadi ni. Tetapi bila saya google, scones tidak semestinya berbentuk bulat. Ada macam macam rupa scone. Janji scone saya buat ni rasanya lebih sedap dan lemak ( anak anak saya yang komen yer🤭)Saya rasa jika nak dapat bentuk scones yang diidamkan macam di cameron highland tu, saya kene banyak kali mencuba. Sementara itu resepi dibawah boleh hasilkan scones yang sedap walaupun tanpa rupa cantik😬. Jom kita lihat jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Mini Scones Mini Scones
#sekones#goldenapron2020Lama betul tak 'menyekone',kali terakhir 2 tahun lepas.Tak tahulah sebab apa jadi malas 'membaking'sejak akhir-akhir ini.Bila Minsha umumkan ada cabaran bonus #sekones di Cookpad eh!tiba jadi bersemangat pula.Terbau-bau pula wangi skon dan keenakan rasanya.Semalam keluarlah membeli bahan-bahannya,terlupa pula acuannya.Sebelum ni tak pernah guna acuan pun,cedok sahaja dengan scoop ais krim @ bentuk-bentuk gitu je dengan tangan.Teringin pula nak gunakan acuan bila tengok rakan Cookpaders yang lain upload gambar skon yang comel-comel.Petang tadi siap 'menyekone'.Harum semerbak memenuhi ruang dapur.Tak ada acuannya,guna sahaja acuan cookies sedia ada,terhasillah Mini Scones kecil munggil yang rangup di luar lembut di dalamnya.Alhamdulillah sedap 😋❤️. ha.lim39 -
Savoury Scones Savoury Scones
#sekones#goldenapron2020Dalam beberapa minggu ini sememang nya dugaan buat saya di mana peralatan elektrik yang saya sering gunakan untuk membuat kerja-kerja di dapur seperti oven elektrik dan breadmaker mengalami masalah. Untuk cabaran bonus kali ini saya terpaksa menggunakan oven gas di mana oven tersebut tidak boleh berfungsi serentak api atas dan bawah dan masak nya juga tidak sekata.Untuk cabaran bonus scones kali ini saya membuat savoury scones. Ini merupakan kali ketiga saya membuat scones tetapi kali pertama membuat savoury scones. Bagi saya scones ni memang sedap dimakan ketika masih panas lagi. Scones selalunya manis dan disajikan dengan jem pilihan, mentega atau clotted cream tetapi berbeza dengan savoury scones dengan sosej, crab stick, keju masin dapat dipadankan dengan telur hancur dan kopi untuk sarapan tenghari (brunch) atau untuk minum petang atau sajikan dengan sup atau stew untuk makan malam. Semua nya ikut selera masing-masing.Untuk mendapatkan scones yang naik dan gebu, perkara pertama yang perlu diambil kira ialah penggunaan serbuk penaik. Pastikan anda menggunakan serbuk penaik segar, kurang dari 6 bulan dari tarikh ianya dibuka. Sekiranya anda menguli doh terlalu banyak, scone tidak akan tinggi. Uli dengan lembut dan cukup untuk menyatukan adunan. Menambah lebih banyak tepung juga mengelakkan adunan naik tinggi, jadi hanya tabur tepung dengan sedikit sahaja (seperti debu). Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen