Ayam Masak Madu

mummyzueralicious
mummyzueralicious @zuera_85

Teringat sewaktu kecil dahulu arwah nenek selalu masak ayam masak madu untuk kami cucu-cucunya. Berebut-rebut kami makan jika arwah nenek masak lauk nie. Setiap kali cuti sekolah je tak sabar-sabar nak mak hantar balik rumah nenek di kampung.

Jom cuba resepi mudah nie 😘

Ayam Masak Madu

25 orang bercadang membuatnya

Teringat sewaktu kecil dahulu arwah nenek selalu masak ayam masak madu untuk kami cucu-cucunya. Berebut-rebut kami makan jika arwah nenek masak lauk nie. Setiap kali cuti sekolah je tak sabar-sabar nak mak hantar balik rumah nenek di kampung.

Jom cuba resepi mudah nie 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2ekor ayam
  2. 3biji bawang besar
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 5tangkai cili kering (tambah jika mahu pedas lagi)
  5. 2inci halia
  6. 4sudu besar madu
  7. 3sudu besar gula merah
  8. 3sudu besar gula putih
  9. 1sudu kecil garam
  10. 1sudu kecil serbuk perasa
  11. 1sudu besar serbuk kunyit
  12. 3 helaidaun pandan
  13. 1 batangkulit kayu manis
  14. 2kuntum bunga lawang
  15. 3biji bunga cengkih
  16. 1biji buah pelaga
  17. 4sudu besar cili sos
  18. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan diperlukan

  2. 2

    Perasakan ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam.

  3. 3

    Kisar bersama bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis di dalam lebihan minyak goreng ayam tadi.

  4. 4

    Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga kering, kemudian masukkan daun pandan dan gula merah, gula putih, garam serbuk perasa, madu, cili sos, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.

  5. 5

    Masukkan ayam tambah sedikit air, gaul sebati dan masak sehingga mendidih dan agak pekat. Selamat mencuba 😘.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mummyzueralicious
pada

Komen

Resipi Sepertinya