Kek Marble Keladi

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron2020
Alkisah kita nengok orang buat kek, teringin juga nak buat kek hehehhe. Teirngin nak makan pun ye juga 😬. Kek marble atau butter ni kalau tak kene gaya mengadun bahan-bahannya, payah gak nak jadi kan. Haa, kita follow resepi kak Lat sahabat cookpad juga tapi guna bahan yg kita ada je kat rmh 😅. Jom buat kek ✌🏽.

Kek Marble Keladi

#goldenapron2020
Alkisah kita nengok orang buat kek, teringin juga nak buat kek hehehhe. Teirngin nak makan pun ye juga 😬. Kek marble atau butter ni kalau tak kene gaya mengadun bahan-bahannya, payah gak nak jadi kan. Haa, kita follow resepi kak Lat sahabat cookpad juga tapi guna bahan yg kita ada je kat rmh 😅. Jom buat kek ✌🏽.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
Tray 8x8 sajian
  1. 7 sudu makangula biasa (sebab takdek gula castor 😅)
  2. 1mangkuk sup marjerin cap pelangi (anggaran spt 250g buttercup, boleh guna buttercup, texture dia lembut lg)
  3. 4biji telur (kt guna gred B)
  4. 1sudu esen vanila
  5. 2 cawantepung gandum diayak
  6. 1sudu besar serbuk penaik diayak
  7. 1 cawansusu fresh milk (blh guna full cream atau susu sejat)
  8. 1sudu perasa keladi
  9. 1sudu pewarna ungu

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Mula-mula sekali sediakan bahan-bahan. Kemudian mix kan marjerin dengan gula terlebih dahulu. 3 mnt pertama sy guna kelajuan paling perlahan kemudian 2 mnt lg sy guna kelajuan plg maksimum.

  2. 2

    Mix kan keduanya sehingga menjadi putih. Saya ambil masa selama 5 mnt.

  3. 3

    Kemudian, masukkan sebiji telur dan putar dgn kelajuan paling perlahan sekejap, kemudian masukkan esen vanila, dan ulang masukkan telur sehingga selesai. Dah sebati, ketepikan pemutar ambil spatula, dan kaup balikkan sekejap. Adunan akn menjadi sedikit berair dan berketul.

  4. 4

    Kemudian, masukkan tepung dan serbuk penaik yang sudah diayak bersama, kaup balikkan sahaja menggunakan spatula. Masukkan juga susu sedikit demi sedikit sambil2 kaup balikkan dgn spatula.

  5. 5

    Buat sehingga sebati. Seterusnya, asingkan adunan menjadi 2 bekas, 1 bekas bolehlah dimasukkan perasa keladi dan pewarna ungu, kaup balikkan sehingga sebati warnanya.

  6. 6

    Kemudian, ambil loyang, masukkan paper baking, dan cedok adunan kek td selang seli menggunakan sudu. Kita nak cepat, jadi layernya tak seimbang 😂🤭. Kalau rajin, sukat setiap sudu adunan kek yang kita masukkan supaya layer marblenya jadi cantik 🤩. Dah siap masuk semua, hentak2 loyang supaya keknya padat elok, dan yg paling atas bolehla lorek2 lawa 🤩😅. Kita punya tak lawa 🤭.

  7. 7

    Kemudian, panaskan oven suhu 170c selama 10 mnt. Kemudian, masa bakar kek turunkan suhu ke 160c dan bakar selama 45 mnt. Bergantung oven masing2 ye. Dah 30 mnt tu boleh jenguk2 oven tgk keknya terbakar tahap mana. Agak kuat, boleh turunkan suhu.

  8. 8

    Haa dah siap, kek kembang elok, bolehla potong jamu anak2 makan. Tak sampai 5 mnt, kek tinggal separuh dah. Makan panas2 mmg sedap 🤤🤤🤤😋. Selamat mencuba 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen (12)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
sedapnya.. suka kek ni nampak gebu sangat..

Resipi Sepertinya