Ketam telur masin

Lily Suryani Mohd Ali
Lily Suryani Mohd Ali @lilynurin37
Jerantut Pahang

#goldenapron2020
#minggu34
Encik suami pergi pasar,sudah tentulah ketam menjadi pilihan kerana makanan kegemaran dia.sebenarnya dia suka sangat makan ketam masak lemak.
Tapi kali ni saya ubah selera dia dengan masak ketam masak telur masin.nasib dia makan tanpa banyak komen😀😅😅

Ketam telur masin

#goldenapron2020
#minggu34
Encik suami pergi pasar,sudah tentulah ketam menjadi pilihan kerana makanan kegemaran dia.sebenarnya dia suka sangat makan ketam masak lemak.
Tapi kali ni saya ubah selera dia dengan masak ketam masak telur masin.nasib dia makan tanpa banyak komen😀😅😅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4ekor ketam
  2. 3 ulasbawang putih
  3. 5biji cili padi merah
  4. 3biji cili padi hijau
  5. 1biji bawang holand
  6. 1/2 tinsusu cair
  7. 5sudu besar serbuk telur masin(saya guna jenama Hexa)
  8. 2sudu besar majerin
  9. 3tangkai daun kari

Cara Memasak

  1. 1

    Ketam dicuci bersih,gaul garam dan kunyit,panaskan minyak dan goreng hingga ketam masak.angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Panaskan majerin kemudian masukkan bawang merah,bawang putih yang dihiris halus.masukkan juga cili dan daun kari.tumis sehingga layu dan nampak garing.kemudian masukkan serbuk telur masin.

  3. 3

    Masukkan pula susu cair,kacau bagi sebati dengan serbuk telur masin tadi.kalau agak pekat boleh tambah sedikit air.kemudian masukkan ketam yang siap digoreng tadi.gaul lagi bagi sebati.perasakan garam secukupnya(saya tak letak garam pun sebab serbu telur tu dah masin)siap,dan boleh dihidangkan.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lily Suryani Mohd Ali
pada
Jerantut Pahang
suka masak ,makan,ambil gambar😃
Baca lagi

Resipi Sepertinya