Pastry Egg Tart With Peach

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

#telurantarabangsa

Menyahut cabaran #telurantarabangsa, kali ni kita sediakan pastri dengan gabungan kulit yang rangup dan kastard yang lembut 😋.

Bukan sahaja bau kastardnya wangi, malah rasanya juga sedap dan enak dengan adanya buah peach dalam adunan 🤤. Tak tunggu lama, sekelip mata je selesai 😃.

Tak sangka juga anak yang tak makan telur, dialah yang paling banyak makan sampai tak sedar langsung dalam adunan ada telur🙈. Makanya, ibu berjaya membuatkan si anak makan telur kali ni hehheh. Jom kita cuba ✌🏽😊. Senang je 😍.

Pastry Egg Tart With Peach

#telurantarabangsa

Menyahut cabaran #telurantarabangsa, kali ni kita sediakan pastri dengan gabungan kulit yang rangup dan kastard yang lembut 😋.

Bukan sahaja bau kastardnya wangi, malah rasanya juga sedap dan enak dengan adanya buah peach dalam adunan 🤤. Tak tunggu lama, sekelip mata je selesai 😃.

Tak sangka juga anak yang tak makan telur, dialah yang paling banyak makan sampai tak sedar langsung dalam adunan ada telur🙈. Makanya, ibu berjaya membuatkan si anak makan telur kali ni hehheh. Jom kita cuba ✌🏽😊. Senang je 😍.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 15 minit
1 hidangan
  1. Bahan A (Kulit Pastri)
  2. 4 kepingpuff pastry frozen (ada dijual di supermarket)
  3. 7biji acuan cup cake saiz sederhana (jika kastard lebih, boleh tambah acuan)
  4. Bahan B (Kastard)
  5. 3biji telur ayam
  6. 5sudu besar gula biasa (kalau nak manis, boleh lebihkan 1 sudu gula lagi)
  7. 1 cawansusu fresh milk (boleh gantikan dengan susu tin cair)
  8. 1sudu besar tepung jagung
  9. 1sudu kecil esen vanila
  10. 1mangkuk kecil buah peach dicincang (kita guna yang dalam tin je)
  11. 1/2sudu kecil garam (untuk rasa lemak)

Cara Memasak

1 jam 15 minit
  1. 1

    Mula-mula sekali sediakan bahan untuk kulit pastri dan kastard. Kemudian, ambil kulit pastri canaikan nipis sedikit, dan dibelah dua. Boleh taburkan tepung sikit semasa nak canai supaya tak melekat. Seterusnya, masukkan ke dalam acuan mengikut bentuk acuan. Dah siap masukkan dalam acuan, cucuk dgn garfu dan ketepikan sekejap.

  2. 2

    Kemudian, kita akan buat kuah kastardnya. Pecahkan telur ke dalam mesen pengisar, masukkan juga tepung, gula, garam, esen vanila, serta susu, kisar hancur seperti dalam gambar. Kemudian, masakkan atas api kecil, sentiasa di kacau supaya sekata. Bila asap sudah kelihatan, bolehla dimasukkan buah peach yang sudah dicincang.

  3. 3

    Kemudian, kacau sebati sehinggalah kastard menjadi berketul. Lenyek2kan seketika. Kemudian, sudukan masuk ke dalam acuan yang sudah terisi dgn kulit pastri td. Bolehla dimasukkan juga buah peach sebagai penambah rasa sedap dipermukaan kastard.

  4. 4

    Seterusnya, panaskan oven dengan suhu 190c selama 10 mnt. Kemudian, bakar pastri tart kita dengan suhu 190c selama 50 mnt. Bergantung pada oven masing-masing juga. Dah siap dibakar, bolehla dihidang dan tabur gula icing disekelilingnya. 😋 Bau wangi yang menyengat dan rasanya yang sedap membuatkannya habis sekelip mata 😅. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen (2)

Zahrah Buang
Zahrah Buang @CikguZ
Yummy Yummy pasti enak ni.... akk suka

Resipi Sepertinya