Kroket Kentang Inti Ayam

Apa nak masak ya hari ni?
Masak yang anak suka nak makan?
Hurmmm begitulah Yani setiap hari fikir nak masak menu apa untuk si kecil Yani.
Selain fikir nak menarik perhatian si kecil Yani makan dengan banyak atau berulang kali, nak juga beri makanan yang berkhasiat untuk dia.
Maka selepas cari resipi di google, Yani olahkan sedikit bahan mengikut bahan-bahan yang ada di rumah Yani sahaja.
Jom lihat resipi ini.
Kroket Kentang Inti Ayam
Apa nak masak ya hari ni?
Masak yang anak suka nak makan?
Hurmmm begitulah Yani setiap hari fikir nak masak menu apa untuk si kecil Yani.
Selain fikir nak menarik perhatian si kecil Yani makan dengan banyak atau berulang kali, nak juga beri makanan yang berkhasiat untuk dia.
Maka selepas cari resipi di google, Yani olahkan sedikit bahan mengikut bahan-bahan yang ada di rumah Yani sahaja.
Jom lihat resipi ini.
Cara Memasak
- 1
Cuci kentang sehingga bersih, masukkan di dalam periuk. Masukkan air. Rebus sehingga kentang empuk/ lembut. Kemudian selepas kentang telah empuk, tutup api memasak, toskan air, bilas dengan air paip dan sejukkan. Kemudian kupas kulitnya. Lenyekkan sehingga halus.
- 2
Masukkan 1/2 kiub pati ayam Maggi dan 1 sudu kecil garam di dalam air rebusan ayam. Rebus ayam (bahagian drummet) sehingga empuk (sehingga boleh dipisahkan daripada bahagian tulang ayam, tulang jangan dibuang). Setelah siap direbus, toskan ayam. Carikkan isi ayam menggunakan garfu. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, lada hitam, garam, serbuk oregano, serbuk paprika.
- 3
Sediakan tepung gandum, tepung beras dan tepung Bistari (satukan di dalam pinggan). **Jika tiada banyak jenis tepung, boleh juga hanya guna tepung gandum sahaja. Pecahkan sebiji telur. Kacau sebati (di dalam mangkuk yang lain)
- 4
Kentang yang telah dilenyek halus tadi disatukan dengan ayam yang telah dicarik halus. Gaul rata.
- 5
Ambil 1 kepalan kentang bersama ayam, letak tulang yang telah di asingkan. Kepalkan seperti menjadi bahagian peha ayam. Taburkan atau salutkan tepung di sekelilingnya.
- 6
Kemudian celupkan dalam telur. Seterusnya salutkan dengan breadcrumbs. Buat sehingga selesai.
- 7
Panaskan minyak masak, gorengkan kroket ayam sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak.
- 8
Siap, dihidangkan. Boleh dicicah bersama mayonis dan sos. Selamat mencuba😋.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi




















Komen