Carrot And Passion Fruits Smoothie

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak apa warna Oren/Jingga? Minggu ini saya agak sibuk dengan tempahan menjahit dan membuat kek. Ya la kan nak sambut Tahun Baru Cina. Walaupun saya dan suami ada darah keturunan cina tetapi kami tidak menyambut nya. Jiran dan sahabat-sahabat kaum cina kawan suami sering memberi buah tangan apabila tiba Hari Raya kepada kami sekeluarga dan sebagai membalas jasa baik mereka saya selalu memberi kek dan masakan seperti kari ayam, satay dan kuah kacang kepada mereka. Dalam sibuk tu saya terlupa hendak membeli bekalan barang makan untuk kami kerana di tempat kami apabila tiba hari Tahun Baru Cina memang banyak kedai-kedai runcit akan ditutup. Tetapi nasib baik la supermarket yang berhampiran masih lagi beroperasi seperti biasa. Jenguk dalam peti sejuk ada lobak merah, buah markisa dan susu segar. Aci la juga kan untuk tema “ masak apa warna oren/jingga?” 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. 1 batanglobak merah
  2. 2biji buah markisa
  3. 3sudu besar Sunquick Tropical
  4. 3sudu besar susu pekat manis
  5. 1 cawansusu segar
  6. 1mangkuk besar ketulan ais

Cara Memasak

  1. 1

    Lobak merah dipotong. Buah markisa dibelah (maaf gambar blur. 2 biji sebenarnya tetapi snap sebiji).

  2. 2

    Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tapiskan.

  3. 3

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Campur2 pun sedap gak..😋Patutla lama tak nampak akak post..uchu ingat nak telegram akak dah tanya sihat tak..hihi..alhamdulillah..

Resipi Sepertinya