Kek Lapis Strawberi Coklat

Muniroh Annuar
Muniroh Annuar @DapurKakMuni
Pulau Pinang

Suka mencuba pelbagai variasi kek lapis dan kebetulan ada cabaran Masak Apa Tema Hitam,Putih Atau Pink..Kita join saja...

Kek Lapis Strawberi Coklat

51 orang bercadang membuatnya

Suka mencuba pelbagai variasi kek lapis dan kebetulan ada cabaran Masak Apa Tema Hitam,Putih Atau Pink..Kita join saja...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmbutter
  2. 1cwn gula halus
  3. 10biji telur
  4. 1sb ovellete
  5. 100 gmhorlicks
  6. 200 gmtepung hong kong/tepung gandum (ayakkan)
  7. 3sb kaya
  8. 7sb susu pekat
  9. 200 gmcoklat (cairkan kaedah double boil)
  10. 1 tsppaste strawberi
  11. 1 tsppewarna merah

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan butter dan gula halus.Mix hingga putih.

  2. 2

    Masukkan telur satu per satu dan mix sebati.Masukkan ovellete +horlicks.Mix sebati.

  3. 3

    Masukkan susu pekat+kaya.Mix sebati.Masukkan tepung.Mix sebati.

  4. 4

    Bahagi adunan kepada 2 bahagian.1 Bahagian +paste strawberi+pewarna merah..Kacau sebati.1 lagi + coklat yg telah dicairkan dan kacau sebati.

  5. 5

    Lapik loyang 8 inci dengan baking paper.Sapu bahagian tepi loyang dengan butter.Masukkan 6 sb adunan strawberi,ratakan.Bakar api atas bawah 180 darjah selama 6 minit atau sehingga bahagian atas keperangan sedikit.Keluarkan dan tekan supaya bahagian kek rata.Ulang semula dengan lapisan strawberi yang kedua dan gunakan api atas sahaja sehingga selesai semua lapisan.

  6. 6

    Ulang dengan lapisan coklat.Buat dua lapis bagi setiap warna.

  7. 7

    Untuk lapisan terakhir saya letak adunan strawberi.Ratakan dan letak adunan coklat 1 sudu bertompok.Lorekkan.Bakar hingga masak.Dah masak, keluarkan dari loyang.Biar sejuk.Dah sejuk,baru terbalikkan atas redai,buang baking paper dan terbalikkan semula.Biar semalaman,baru potong kek tersebut.Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Muniroh Annuar
Muniroh Annuar @DapurKakMuni
pada
Pulau Pinang

Komen

Resipi Sepertinya