Bingka Oren Gluten Free & Dairy Free

Zarafafiis ❣️🌹
Zarafafiis ❣️🌹 @zarafafiis
Sarawak

Tadi petang buat untuk anak2.. ini percubaan Kali kedua.. percubaan pertama tahun 2019 xsilap saya.. xmenjadi ntah mana silapnya.. keras sungguh hehehe.. alhamdulillah sekarang menjadi..
Resepi ni daripada group FB gluten free..
Saya olah sedikit sebab bahan tak cukup..

Macam kek pun ya juga bingka ni hehe.. wangi satu rumah..

Bingka Oren Gluten Free & Dairy Free

21 orang bercadang membuatnya

Tadi petang buat untuk anak2.. ini percubaan Kali kedua.. percubaan pertama tahun 2019 xsilap saya.. xmenjadi ntah mana silapnya.. keras sungguh hehehe.. alhamdulillah sekarang menjadi..
Resepi ni daripada group FB gluten free..
Saya olah sedikit sebab bahan tak cukup..

Macam kek pun ya juga bingka ni hehe.. wangi satu rumah..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

35 - 40 minit
  1. 3biji telur (saya guna 2 biji sahaja)
  2. 1/2 cawanorganic raw cane sugar (saya guna gula biasa)
  3. 5sudu besar jus Oren (perah jusnya 1 biji oren)
  4. 10sudu besar Tepung Beras
  5. 4Sudu besar Tepung jagung non GMO
  6. 1/2sudu kecil baking powder
  7. 1/4 cawanminyak masak

Cara Memasak

35 - 40 minit
  1. 1

    Mixer telur, gula Dan jus Oren sehingga gebu

  2. 2

    Masukkan campuran tepung Beras, tepung jagung Dan baking powder. Mixer lagi sehingga sebati

  3. 3

    Masukkan minyak masak dan sebatikan.

  4. 4

    Masukkan ke dalam loyang dan bakar 165 °c 35 minit (suhu saya 165°c 40 minit).

    Sebelum itu preheat oven dulu..

  5. 5

    Cucuk bahagian tengah nak tau masak ke tidak. Sejukkan sebelum potong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarafafiis ❣️🌹
pada
Sarawak
❣️isteri❣️ibu (2 anak - girl & boy)❣️minat memasak & baking❣️punya 4 ekor Kucing
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya