Sagu Gula Apong

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Masak Apa Hitam, Putih atau Merah Jambu? Inspirasi dari Thai coconut tapioca dessert. Suka tengok berwarna-warni dan nampak sangat sedap. Saya menggunakan cincau hitam, boba pearls, biji selasih dan gula apong untuk warna hitam. Sagu yang dimasak dan diberikan pewarna merah jambu dan agar-agar sirap bandung (yang dibeli) untuk warna merah jambu. Susu segar, santan pekat dan coconut jelly untuk warna putih.

Sagu Gula Apong

Masak Apa Hitam, Putih atau Merah Jambu? Inspirasi dari Thai coconut tapioca dessert. Suka tengok berwarna-warni dan nampak sangat sedap. Saya menggunakan cincau hitam, boba pearls, biji selasih dan gula apong untuk warna hitam. Sagu yang dimasak dan diberikan pewarna merah jambu dan agar-agar sirap bandung (yang dibeli) untuk warna merah jambu. Susu segar, santan pekat dan coconut jelly untuk warna putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 orang
  1. 1/3 cawansagu
  2. 2 1/2 cawanair
  3. Pewarna merah jambu
  4. 1/2 cawanagar-agar sirap bandung
  5. 1/2 cawancincau hitam
  6. 1sudu besar biji selasih (direndam dengan 1/2 cawan air)
  7. 1/3 cawanboba pearls
  8. 1/3 cawancoconut jelly
  9. 2-3sudu besar gula apong/gula melaka
  10. Sirap santan
  11. 1/2 cawansusu segar
  12. 1/2 cawansantan pekat
  13. Secubit garam
  14. 3 helaidaun pandan

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam sagu di dalam air 2-3 minit. Rebus air hingga menggelegak, masukkan sagu yang telah ditapis air nya.

  2. 2

    Kacau supaya sagu tidak melekat di antara satu sama lain. Masak hingga sagu nampak jernih. Letak pewarna dan kacau rata. Angkat dan tapis, lalukan di bawah air yang mengalir untuk membuang lebihan kanji. Ketepikan. Masak bahan sirap cukup sekadar berbuih sahaja dan matikan api. Buang daun pandan. Sejukkan di dalam peti sejuk.

  3. 3

    Sediakan gelas, masukkan gula apong, masukkan sagu di atas nya. Lapis pula dengan cincau.

  4. 4

    Lapis pula coconut jelly, agar-agar sirap bandung, biji selasih.

  5. 5

    Tuangkan sirap santan dan tabur boba pearls. Sedia untuk dinikmati. Rujukan untuk membuat boba 👉 https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14557280-black-tapioca-pearl-boba?invite_token=aDTve9VW7u3bku99CYr9NycQ&shared_at=1615771250

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (4)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
yummmmm sejukkk sdap time pns ni kakkkk😋😋😋

Resipi Sepertinya