Puding Strawberi Selasih

Puding simple je untuk cabaran "Masak Apa Hitam,Putih Atau Merah Jambu?"Cookpad Malaysia.Sedap dimakan sejuk-sejuk,sesuai sangat untuk cuaca panas terik seperti sekarang ini.Sejuk dan nyaman masuk tekak.
K.ha gabungkan ketiga-tiga warna di dalamnya.Warna putih dari sosnya,hitam dari warna biji selasih dan warna merah jambu dari campuran buah strawberi dan susu segar di dalamnya.
Puding Strawberi Selasih
Puding simple je untuk cabaran "Masak Apa Hitam,Putih Atau Merah Jambu?"Cookpad Malaysia.Sedap dimakan sejuk-sejuk,sesuai sangat untuk cuaca panas terik seperti sekarang ini.Sejuk dan nyaman masuk tekak.
K.ha gabungkan ketiga-tiga warna di dalamnya.Warna putih dari sosnya,hitam dari warna biji selasih dan warna merah jambu dari campuran buah strawberi dan susu segar di dalamnya.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahannya.
- 2
Kisar strawberi,air dan susu segar hingga halus.Ketepikan.
- 3
Masak serbuk agar-agar dengan air dan gula perang.Kacau hingga larut.Masak hingga menggelegak.
- 4
Masukkan bahan kisar,pastikan sentiasa dikacau supaya tidak melimpah.Masak hingga naik wap.Tutup api,angkat.
- 5
Masukkan biji selasih (yang telah kembang),kacau.Tuang ke dalam acuan silikon.Ketepikan,biarkan sejuk.
- 6
Siapkan sos:
Larutkan tepung jagung dengan air.Campur cooking cream dan secubit garam.Kacau hingga menggelegak dan berkilat.Tutup api,biarkan sejuk. - 7
Simpan puding dan sos dalam peti sejuk selama beberapa jam.
- 8
Hidangkan puding bersama sos.Tuangkan sedikit sirap Strawberi Hershey's sesuai selera di atasnya.Siap untuk dinikmati.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sagu Gula Apong Sagu Gula Apong
Masak Apa Hitam, Putih atau Merah Jambu? Inspirasi dari Thai coconut tapioca dessert. Suka tengok berwarna-warni dan nampak sangat sedap. Saya menggunakan cincau hitam, boba pearls, biji selasih dan gula apong untuk warna hitam. Sagu yang dimasak dan diberikan pewarna merah jambu dan agar-agar sirap bandung (yang dibeli) untuk warna merah jambu. Susu segar, santan pekat dan coconut jelly untuk warna putih. Dapur Yusfarisyia -
Bandung Selasih Ku Sayang Bandung Selasih Ku Sayang
Putih susunya, merah jambu bandungnya, hitam selasihnya. Lengkap 3 warna penyeri air bandung kita petang ni. Segar dan sejuk bila tambah ais. Manis yang sedang-sedang sahaja. Gerenti tak potong kaki. Cempaka Putih -
Agar-agar Kelapa Muda & Biji Selasih Agar-agar Kelapa Muda & Biji Selasih
#cooksnapRecook resepi Agar-agar Kelapa @Shah666Ada derhaka sedikit,k.ha tambah Biji Selasih dan letak secubit Garam Gunung Saji.Menggunakan Air Kelapa Pandan (Air Kelapa Biasa pun boleh) sepenuhnya tanpa campuran air.Gula pula k.ha guna 90 gram sahaja sebab airnya sudah sedia manis.Sedap dimakan sejuk-sejuk,lembut dan nyaman masuk tekak.Terima kasih dik berkongsi resepi dan inspirasinya. ha.lim39 -
Coconut Milk Pudding Coconut Milk Pudding
#BenderaOren1:Dessert dari Ivory Coast.Puding Lembut bersalut kelapa kering dengan rasa manis,lemak berkrim dari campuran gula perang,santan dan susu penuh krim. Ada derhaka sedikit pada bahannya.K.ha guna susu berperisa strawberi sebab itu sahaja stok yang ada di rumah.Sedap dimakan sejuk-sejuk.:Sumber Resepi - Pinterest ha.lim39 -
Che Ba Mau Che Ba Mau
Dah terbiasa buat kerja di saat-saat akhir,kan dah menggelabah!.Nasib baik sempat ke Vietnam (balik hari lagi), mencuba Dessert Vietnam Tiga Warna - Che Ba Mau.Warna maroon dari kacang merah rebus,kuning dari jagung manis dan hijau dari agar-agar pandan.Dihidangkan bersama sos santan pekat dan kiub ais dengan rasa lemak manis.Sedap,segar,sejuk dan nyaman bila masuk tekak.Alhamdulillah.Snap gambar pun lintang-pukang sebab hari dah lewat petang.Letak sahajalah mana yang ada dahulu.:Sumber resepi:Pinterest. ha.lim39 -
Puding Susu Buah Naga Puding Susu Buah Naga
#tribute2minshaHappy Birthday Minsha.Khas untuk #tribute2misha "Masak Apa Tema Bebas?" k.ha buat puding buah yang simple sahaja,insyaaAllah sedap dimakan sejuk.Rasa seperti dadih di bahagian bawahnya.Yang atas pula kaya dengan rasa manis buah naga merah,putih dan blueberi yang segar.Nyaman masuk tekak,ngam sangat bila dimakan semasa hari panas lik-lik seperti sekarang. ha.lim39 -
Strawberry Punch Sunquick Select Strawberry Punch Sunquick Select
#bonusair #goldenapron #saturesipisatupohon #CookpadderPerakAssalammualaikum sahabat CN. ♥️Berikut adalah resipi #BonusAir terakhir dari CN ya. Menggunakan produk terbaru dari Sunquick iaitu Sunquick Select Jambu Merah dan Strawberi. Mmm rasanya memang sedap. Ada kombinasi buah jambu merah dan strawberi. Masam manis enaknya. Hilang rasa dahaga dan tekak yang kering. Sungguh nyaman sekali! Jemput cuba ya kawan-kawan ❤️#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Agar-agar Batik Agar-agar Batik
#cookpadmalaysiaAgar-agar Batik k.ha masak untuk iftar hari ini sambil memeriahkan contest santan Ayam Brand.Kalah menang belakang kira.Sedap dimakan sejuk,sesuai untuk hidangan berbuka puasa juga untuk tetamu di Hari Raya @ di hari-hari biasa. ha.lim39 -
Puding Bandung Selasih Puding Bandung Selasih
204/2021/RoadTo1k/889❤️Puding Susu Kotak Viral❤️Hakak pilih resipi ni sebab peminat sirap bandung dan selasih ❤️ Salina Jalaludin -
Falooda 🇱🇰 Falooda 🇱🇰
Minuman yg berasal drpd india tpi juga popular di sri Lanka, minuman nya seakan bandung tpi lbih mewah mggunakan susu segar, agar² merah, biji selasih, sirap rose dan bihun vermicelli saya skip sbb tak tahu bahan nya apa 🙏🙏😆😆 selamat mcuba KAM -
Puding Brownies Puding Brownies
Bila semua anak-anak balik bercuti,aktiviti di dapur rancaklah sedikit.Seronok masakkan menu kegemaran mereka,tambah-tambah bila setiap hidangan habis dimakan.Puding Brownies ni k.ha buat malam semalam.Simpan dalam peti sejuk semalaman,hari ini sudah boleh dimakan.Kebetulan 2 - 3 hari ni cuaca panas,sedap sangat la hai makan sejuk-sejuk,nyaman masuk tekak.Tidak terlalu manis,sedang-sedang sahaja rasa manisnya.K.ha buat untuk 2 hidangan sebab memang tak cukup satu sebab anak-anak suka makan berulang.Di sini k ha kongsikan sukatan untuk 1 hidangan,gandakan sukatan untuk 2 hidangan @ lebih. ha.lim39 -
Puding Layer Buah Naga Puding Layer Buah Naga
Masak Apa Hitam, Putih atau Merah Jambu?Buah Naga salah satu buah buahan yang saya tak boleh lepaskan bila nampak. Pasti akan beli biarpun harga sedikit mahal. Saya suka sangat dengan rasa buah naga dan warnanya yang memang tak jemu dipandang.Paling istimewa buah naga ini kita boleh pelbagaikan dalam hidangan masakan kita selain dari minuman. Ia sangat istimewa jika dijadikan sesuatu hidangan pencuci mulut atau minuman yang berkhasiat.Kali ini saya kombinasikan perisa buah naga dengan Dark Coklat yang ada rasa kopi sedikit serta vanila dimana warna saya layerkan tiga warna kegemaran admin cookpad kita iaitu hitam, purih dan merag Jambu.Jom tengok resepi di bawah. Q'leenalee's Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)