Kulit popia

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
shah alam

Alkisah zaman praktikal...kawan lain pergi buat pendawaian...kita ni menyibuk kat dapur isteri bos dok serap ilmu buat popia...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgtepung gandum
  2. 2sdb cuka
  3. 1sdb garam
  4. 2sdb tepung ubi
  5. 4 cawanair

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan semua bahan masukkan cuka

  2. 2

    Tambahkan air..kacau sehingga tepung seperti membuat cucur udang...

  3. 3

    Kacau anggaran 1/2 jam..kalau menggunakan mixer lagi bagus...adunan akan nampak sangat sebati dan licin...
    Perap dalam 5 jam

  4. 4

    👉Panaskan kuali besi...suhu kuali tidak terlalu panas..agar kulit popia tidak tanggal semasa meleser di atas kuali
    👉Ambil sedikit doh..mula meleser...jangan risau..jemari tidak melecup..kerana dipenuhi salutan tepung...
    👉Bila...kepingan hujung telah terangkat...bolehla kita tarik sahaja dan angkat..
    👉Ulang sehingga habis doh
    👉1 kg doh boleh menghasilkan anggaran 80 keping

  5. 5

    Video pendek..cara²nya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
pada
shah alam
memasak itu satu terapi dan kegembiraan...
Baca lagi

Komen (10)

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Wahh hebat dapat buat sendiri,cantik kejadiannya 👏👏👏🤩

Resipi Sepertinya