Puding Trifle 🇬🇧

Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
Perak

Puding Trifle ni antara pencuci mulut ala-Inggeris yang disukai anak-anak. Hari ni buat magic sikit. Sesekali travel ke London balik hari kan. So hidangkan la menu ni.

"Mat Salleh" @ orang Inggeris punya puding trifle ni ada macam-macam style ye. Ada letak ais krim, whipping cream ataupun hirisan buah-buahan segar.

Kristal jelly pun ada macam-macam perasa, so ikut la korang nak guna perasa apa. Begitu juga dengan swiss roll, pun ada macam-macam perisa. Maka pandai-pandai la nak mixed and match supaya puding trifle kita menarik, cantik dan sedap.

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
8 orang
  1. Lapisan 1 (Paling Bawah)
  2. 2Kek swiss roll
  3. Lapisan 2 (Puding Kastard)
  4. 1 tinsusu cair
  5. 1 tinair
  6. 3sudu besar tepung kastard
  7. 3sudu gula
  8. Lapisan 3
  9. 1 tinbuah-buahan koktail
  10. Lapisan 4
  11. 1 kotakserbuk agar-agar
  12. 500 mlair
  13. 3sudu besar gula
  14. Hiasan
  15. 2biji buah kiwi
  16. 10biji strawberry

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Lapisan 1 : Potong kek swiss roll dan susun ke dalam bekas. Basahkan kek dengan air koktail.

  2. 2

    Lapisan 2: Campurkan tepung kastard, air, susu casir dan gula. Masak guna api kecil hingga berbuih kecil. Tutup api. Tuangkan kastard di atas potongan kek. Pastikan kastard menutupi semua bahagian kek.

  3. 3

    Lapisan 3 :Taburkan buah-buahan koktail. (Air buah-buahan koktail telah di tuang di atas kek, jadi tapis ambik isinya sahaja dan taburkan di atas kastard) Biarkan sejuk/beku.

  4. 4

    Lapisan 4 : Masak serbuk kristal jelly mengikut sukatan kotak. Yang saya guna ni jenama Nona. Campurkan serbuk jelly kedalam 500 ml air. Masak hingga mendidih dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut. Tutup api.

  5. 5

    Tuang jelly dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

  6. 6

    Semasa nak dihidangkan, bolehla hias dengan hirisan buah kiwi dan strawberry.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
pada
Perak
Mama anak 2 yang suka memassk dan mencuba resepi baru💟
Baca lagi

Komen (2)

Huda
Huda @dapurbaituna
Saya dah cuba hari ini. Tq kongsi resepi!

Resipi Sepertinya