Trifle Pudding Cik Rose

Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
Perak

#goldenapron #misiminsha Trifle Pudding ni ada kenangan tersendiri. Pertama kali makan, semasa bertandang ke rumah sahabat lama semasa berkursus di EDC Universiti Utara Malaysia. Alahai sedapnya. Siap minta resepi, tapi resepi yang ditulis hilang entah ke mana. 5 tahun berlalu. Teringat nak makan. Jadi godek-godek resepi dekat "Pak Cik Google". Terjumpa resepi di blog Azie Kitchen. Alhamdulillah, menjadi. So setiap tahun bila adakan jamuan raya je, mesti buat Trifle Pudding ni. Sentiasa mendapat pujian kerana kesedapannya. Minggu ni, teringat pulak pesanan MinSha. "Nak gembirakan seseorang tu tak memerlukan masa atau wang ringgit yang banyak. Jom buat yang tersayang kita gembira. Gembira sangat sampai 10 tahun akan datang pun masih teringat." Ya, kesedapan Trifle Pudding 5 tahun yang lalu masih teringat-teringat. Jadi hari ni siapkan Trifle Pudding dengan penuh kasih sayang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1pek kek gulung
  2. 1 tinbuah-buahan koktail
  3. 1 kotakserbuk Kristal Jeli (NONA)
  4. 4sudu tepung kastard
  5. 1 tinsusu cair
  6. 1 tinair (guna tin susu cair)
  7. 7sudu gula
  8. 5biji buah strawberi
  9. 2biji buah Kiwi

Cara Memasak

  1. 1

    Lapisan 1
    Potong kek gulung dan susun dalam bekas.

  2. 2

    Lapisan 2
    Masukkan susu cair, 1/2 tin air dan gula ke dalam periuk. Buka api dan kacau hingga naik buih-buih kecil. Bancuh tepung kastard dengan 1/2 tin air. Masukkan bancuhan tepung kastard. Kecilkan api dan kacau hingga mendidih dan menjadi pekat. Padamkan api.Kemudian bolehlah dituang ke atas lapisan kek tadi.

  3. 3

    Lapisan 3
    Toskan buah-buahan koktail. Tabur @ susun buah-buahan dalam tin mengikut kreativiti.

  4. 4

    Lapisan 4
    Masak kristal jelly bersama sebotol air mineral kecil atau ikut sukatan pada kotak kristal jelly ye. Bila dah mendidih, padamkan api kacau pelahan-lahan hingga buih hilang. Tuang di atas lapisan kastard tadi. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.

  5. 5

    Setelah beku bolehlah dipotong buah-buahan segar mengikut citarasa anda. Susun di atas kristal jelly.

  6. 6

    Puding ni bolehlah disimpan dalam peti sejuk semula. Boleh keluarkan bila nak dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
pada
Perak
Mama anak 2 yang suka memassk dan mencuba resepi baru💟
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya