Sotong Celup Tepung

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Awal pagi tadi tetibe teringin nak makan sotong celup tepung. Apa lagi? Terus keluarkan sotong dari peti sejuk dan nyahbekukan. Alhamdulillah kenyang sampai ke petang 😁

Sotong Celup Tepung

18 orang bercadang membuatnya

Awal pagi tadi tetibe teringin nak makan sotong celup tepung. Apa lagi? Terus keluarkan sotong dari peti sejuk dan nyahbekukan. Alhamdulillah kenyang sampai ke petang 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 kgsotong (saya guna sotong katak)
  2. 3/4 cawantepung ubi
  3. 3/4 cawantepung jagung
  4. 2sudu besar tepung Bestari pedas
  5. 3/4sudu kecil garam
  6. 1biji telur (dipukul)
  7. Minyak masak terendam

Cara Memasak

  1. 1

    Sotong dibersihkan. Saya celurkan sekejap anggaran 1-2 saat. Toskan. Pecahkan telur dan pukul sedikit sahaja. Gaul rata tepung ubi, tepung jagung, tepung Bestari pedas dan garam.

  2. 2

    Panaskan minyak. Celup sotong ke dalam bancuhan telur dan angkat dan masukkan ke dalam adunan tepung. Ramas-ramaskan dan goyang-goyangkan sedikit dengan merenggangkan jari supaya lebihan tepung jatuh ke dalam mangkuk. Goreng hingga kuning keemasan. Siap, cicah dengan sos.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya