Sotong Goreng Tepung

arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia

Mula- mula ingat nak buat sotong goreng kunyit. Senang la sikit. Tanya semua orang, nak sotong goreng tepung. Mmm.... Sejak ibu tahu resepi ni, sikit-sikit nak makan sotong goreng tepung.

Sotong Goreng Tepung

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia

Mula- mula ingat nak buat sotong goreng kunyit. Senang la sikit. Tanya semua orang, nak sotong goreng tepung. Mmm.... Sejak ibu tahu resepi ni, sikit-sikit nak makan sotong goreng tepung.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gramsotong
  2. 1biji telur
  3. 1sudu besar air sejuk
  4. 1sudu besar tepung jagung
  5. 1 cawantepung bestari (pedas)
  6. 1/2 cawantepung bestari (biasa)
  7. 1/2 cawantepung beras
  8. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh dan toskan sotong sehingga kering.

  2. 2

    Pecah sebiji telur. Masukkan tepung jagung dan air sejuk. Kacau sebati.

  3. 3

    Masukkan sotong, kacau sebati. Sekiranya terlalu cair. Masukkan 1 sudu besar tepung bestari (pedas) dan 1 sudu besar tepung beras. Kacau sebati.

  4. 4

    Dalam bekas yang lain, masukkan tepung bestari (pedas dan biasa) dan tepung beras. Kacau sebati.

  5. 5

    Panaskan minyak. Sementara itu, masukkan sotong sedikit demi sedikit ke dalam bekas campuran tepung. Gaul sekata. Pastikan semua bahagian sotong melekat dengan tepung.

  6. 6

    Goreng sotong yang sudah disalut dengan tepung. Goreng dalam 4-5 minit. Apabila nampak keperang-perangan, boleh angkat dan toskan. Siap dan sedia dimakan. Boleh dimakan bersama nasi atau cicah dengan sos.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
pada

Komen (2)

arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
InshaAllah sedap kak Ida. Tepung bestari memang dah cukup rasa. Nak kurangkan rasa pedas, tu yang tambah tepung beras. Cuba la

Resipi Sepertinya