Nasi Goreng Kicap

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#BackToBasic
Sepanjang masa Lockdown ini tak dapatlah keluar ke pasar mencari barang dapur seperti biasa.Kena berjimat-cermat dan pandai mengolah resepi menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.
Ada lebihan nasi semalam jadi k.ha masak nasi goreng sahaja.Teringat Nasi Goreng Kicap yang selalu aruah mak buat untuk kami.Resepi simple tak banyak bahan pun tapi cukup sedap pada kami.Kebetulan ada sedikit lagi baki dada ayam dan telur di dapur,jadi bolehlah masak resepinya hari ini.Walaupun tidak 100 % sama seperti masakan airtangan mak,dapatlah juga lepaskan kempunan dan rindu pada masakannya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan A:
  2. 1camb minyak masak
  3. 2biji telur
  4. 1/2camt serbuk lada sulah
  5. Secubit garam gunung Saji
  6. Bahan B:
  7. 2 camcabesar minyak masak
  8. Bahan C (tumbuk kasar):
  9. 5biji cili padi
  10. 2 ulasbawang putih
  11. 3biji bawang merah
  12. Bahan C:
  13. 100 gramdaging ayam bahagian dada (potong nipis kecil)
  14. 1camt garam gunung Saji
  15. Bahan D:
  16. 2mangkuk (dalam 720 gram) nasi semalam
  17. 2camb kicap masin
  18. Bahan lain:
  19. 1tangkai daun bawang (potong kecil)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak masak dalam kuali non stick.
    Masukkan telur yang telah dipukul bersama garam gunung dan serbuk lada sulah.
    Jadikan telur hancur,keluarkan dari kuali.

  2. 2

    Guna kuali yang sama,panaskan minyak masak.
    Masukkan bahan B,masak hingga naik bau.

  3. 3

    Masukkan isi ayam,serbuk lada sulah.
    Masak hingga ayam berubah warna.Masukkan garam gunung,gaul rata.

  4. 4

    Masukkan nasi semalam.
    Masukkan kicap,gaul rata.
    Seimbangkan rasa.

  5. 5

    Masukkan telur hancur dan daun bawang.Balik-balikkan hingga bercampur-rata.Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Resipi Sepertinya