Gnocchi homemade dengan sos cabonara cheese 🇮🇹

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Resepi ni terlalu terkenal di Italy...nak buat Gnocchi ni senang & tak banyak kerenah...bahan² pun memang senang dapat.untuk yg ni CheTa buat sos cabonara sbb cabonara ni memang menjadi kegemaran anak² CheTa.
jangan lupa tau cooksnap nnt🥰
#cppassport

Gnocchi homemade dengan sos cabonara cheese 🇮🇹

Resepi ni terlalu terkenal di Italy...nak buat Gnocchi ni senang & tak banyak kerenah...bahan² pun memang senang dapat.untuk yg ni CheTa buat sos cabonara sbb cabonara ni memang menjadi kegemaran anak² CheTa.
jangan lupa tau cooksnap nnt🥰
#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan² untuk Gnocchi homemade
  2. 5biji ubi kentang
  3. 1 cawantepung gandum
  4. 1biji telur
  5. 1sudu kecil garam halus
  6. bahan untuk sos cabonara
  7. 1biji bawang holland
  8. 150 gisi ayam
  9. 2biji bawang putih
  10. 1sudu kecil serbuk lada hitam
  11. 1sudu besar oregano
  12. 1sudu kecil dry parsley
  13. 1kiub ayam
  14. 2 cawansusu segar/susu cair
  15. 2 cawantepung gandum
  16. 2sudu besar butter
  17. 3 kepingkeju slice

Cara Memasak

  1. 1

    Cara buat Gnocchi homemade..
    rebus ubi kentang hingga empuk & kupas kulitnya

  2. 2

    Kemudian lenyekkan ubi jadi betul² halus

  3. 3

    Ambil tepung gandum & masukkan sedikit garam halus buat lubang ditengahnya

  4. 4

    Masukkan kentang lenyek tadi & telur

  5. 5

    Uli hingga jadi doh

  6. 6

    Diatas lapik pencanai tabur tepung & gentel doh sebesar jari telunjuk

  7. 7

    Dah siap gentel tekan potong doh tadi & tekan dengan garfu diatas doh tadi supaya ade bentuk

  8. 8

    Didihkan air masukkan 2 sudah minyak & gnocchi yg kita buat tadi..rebus hingga masak

  9. 9

    Bila sudah timbul angkat & masukkan kedalam bekas / bakul

  10. 10

    Air rebusan jangan dibuang ye..
    SIAP KETEPIKAN

  11. 11

    BUAT SOS CABONARAN PULA..
    BAHAN²

  12. 12

    Ayam.potong dadu halus/ cincang

  13. 13

    Panaskan butter di atas pan & tumis bawang putih & bawang holland

  14. 14

    Masukkan tepung kacau sekejap & masukkan isi ayam

  15. 15

    Bila ayam dah separuh masak masukkan air rebusan tadi & susu segar
    JIKA NAK KUAH LEBIH BOLEH TAMBAH SEDIKIT LAGI AIR..JIKA NAK LAGI PEKAT SOS NYA BOLEH TAMBAH TEPUNG YG SUDAH DIBANCUH YE..

  16. 16

    Masukkan serbuk lada hitam,oregano & dry parsley

  17. 17

    Masukkan kiub ayam & keju

  18. 18

    Kemudian boleh rasa sos dia..boleh tambah bahan perasa ikut selera masing² ye..kemudian masukkan gnocchi yg kita buat tadi

  19. 19

    Kacau sekejap boleh tutup api & hidangkan😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Komen (3)

Ierarosdi
Ierarosdi @nakmasakapataktau
Sekali buat resepi ni untuk berapa orang boleh makan ye??

Resipi Sepertinya