Sambal tumis ikan bilis 🎏

Nur Suriati
Nur Suriati @tatyrose

Resipi dari mak. Tapi tk sama mcm mak buat. Masih sedap jugak. Hehe..mcm biasa kita campak2 je.. hehe

Sambal tumis ikan bilis 🎏

Resipi dari mak. Tapi tk sama mcm mak buat. Masih sedap jugak. Hehe..mcm biasa kita campak2 je.. hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
3-5 orang
  1. Ikan bilis segenggam. Lagi banyak lagi sedap
  2. 3 ulasBawang besar
  3. 3 ulasBawang putih
  4. Cili kisar ikut kepedasan masing-masing
  5. Bawang besar 2 ulas potong bulat
  6. Petai kalau ada. Masa ni saya guna apa yang ada je
  7. Gula 1 sudu besar (depends dengan rasa masing-masing)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Bawang besar dan bawang putih dikisar sekali.

  2. 2

    Basuh bersih ikan bilis dan goreng dengan separa garing.

  3. 3

    Jangan padam api. Gunakan minyak yang sama. Masukkan bahan2 kisar iaitu bawang dan cili kisar.

  4. 4

    Masak dengan api yang sederhana. Sehingga pecah minyak..

  5. 5

    Bila dah pecah minyak, masukkan ikan bilis, bawang potong dan petai (jika ada).

  6. 6

    Kacau hingga sebati. Kecilkan api. Masukkan garam dan gula bagi sebatikan rasa. Tunggu seketika. sambal akan bertukar warna sedikit kesan daripada gula yang diletak. Ikut tekak masing nak rasakan masakan mcm mana. Bila dh siap boleh dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi, pulut dan roti serta nasi lemak. Hehe. Selamat mencuba uollsss. 🔥

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Suriati
Nur Suriati @tatyrose
pada
suka masak campak2 😉
Baca lagi

Komen (7)

Resipi Sepertinya