Banana Oat Pancakes

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Bangun pagi Jekfer terus video call Lailer sebab nak ucap selamat pagi kepada isteri kesayangan nya. Ye la, bukan tak tau dengan perangai manja Lailer tu, kalau Jekfer terlupa nak ucap selamat pagi dia mesti merajuk.
Rupa-rupanya Lailer dah awal bangun pagi tu. Sewaktu Jekfer video call, Lailer tengah menyediakan sarapan untuk dia dan si Yummy. Lailer bagitau Jekfer yang Yummy (adik nya) teringin nak breakfast ala omputih iaitu pancake. Kalau kita orang Malaysia panggil lempeng. Lailer buatkan lempeng pisang dan oat. Sambil tu Jekfer pun siapkan dengan pen dan kertas untuk menyalin resipi itu sebab Jekfer pun nak cuba juga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 1/2 cawanoat
  2. 2 cawanpisang lecek (pisang madu)
  3. 1 1/2sudu besar gula
  4. Secubit garam
  5. 2biji telur
  6. Sedikitmentega (optional)
  7. Bahan Sampingan (ikut selera masing2)
  8. Madu secukup nya
  9. Buah kurma

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan oat, telur, pisang lecek, gula dan garam di dalam blender dan kisar hingga halus.

  2. 2

    Panaskan kuali dan letak sedikit mentega. Jika menggunakan non stick pan tak perlu letak mentega. Sudukan adunan dan masak hingga bahagian bawah nya sudah kekuningan dan sedikit kecoklatan warna nya, terbalikkan dan masakkan seketika. Angkat dan buat adunan yang lain sehingga habis. Boleh dihidangkan ikut selera masing-masing. Saya curah madu dan dimakan bersama buah kurma.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya