Sup Campur Tauhu, Telur & Sayur

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap Sukahati

CHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI

#Cooksnap daripada adik @puanyani tapi saya gantikan cendawan dengan tauhu, dan tauhu tu digoreng inspirasi daripada resipi di mana telur dadar. Mana kala telur tu pula saya tak goreng dadar tapi dileburkan sekali ke dalam sup. Ada lebihan lobak merah, saya campurkan sekali. Hujan-hujan ni memang best dapat hirup sup yang panas-panas.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Sawi (1) + tauhu (1) + telur (1)

Sup Campur Tauhu, Telur & Sayur

12 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap Sukahati

CHALLENGE 30: COOKSNAP SUKAHATI

#Cooksnap daripada adik @puanyani tapi saya gantikan cendawan dengan tauhu, dan tauhu tu digoreng inspirasi daripada resipi di mana telur dadar. Mana kala telur tu pula saya tak goreng dadar tapi dileburkan sekali ke dalam sup. Ada lebihan lobak merah, saya campurkan sekali. Hujan-hujan ni memang best dapat hirup sup yang panas-panas.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Sawi (1) + tauhu (1) + telur (1)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 ketultauhu putih✅ (dipotong sederhana nipis)
  2. Minyak masak untuk menggoreng
  3. 3 bijicili padi (dicincang)
  4. 3 ulasbawang putih (dicincang halus)
  5. 3 1/2± cawan air
  6. 1/4 batanglobak merah (dipotong halus memanjang)
  7. 2 sudu kecilserbuk pati ayam Tumix (resipi asal guna kiub ayam)
  8. Maggi cukup rasa sesuai selera
  9. 2 bijitelur✅
  10. 5 batangsayur sawi✅
  11. 5 batangcrabstick (dicarik-carik)

Cara Memasak

  1. 1

    Potong tauhu saiz sedikit kecil dan goreng di dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Tumis bawang putih dan cili padi bersama sedikit minyak masak. Kemudian masukkan air. Tunggu sehingga air mula mendidih, masukkan serbuk ayam Tumix bersama lobak merah, jejari ketam dan juga tauhu goreng.

  3. 3

    Masak sehingga kuah mendidih semula, masukkan maggi cukup rasa, adjust rasa mengikut sesuai selera. Masukkan telur dan sayur sawi. Kacau rata dan selepas beberapa saat terus padamkan api memasak.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya