Greyan-mari

Bila kurang sihat,masak pun simple-simple sahaja.Paling senang goreng je Telur Dadar yang semua orang suka.Gu dengan Sambal Pak Din aka Sambal Sardin,ada ulam dan Ayam Goreng dah cukup berselera.
Nak nampak glamor dan naik taraf sikit masak Telur Dadar cara Korealah pula.Cantik elok pula jadinya tersusun berbaris dalam pinggan hidang.Tak adalah mata dot mandang telur bulat sepanjang masa (walhal benda sama,telur dadar goreng je pun,kikiki).
Greyan-mari
Bila kurang sihat,masak pun simple-simple sahaja.Paling senang goreng je Telur Dadar yang semua orang suka.Gu dengan Sambal Pak Din aka Sambal Sardin,ada ulam dan Ayam Goreng dah cukup berselera.
Nak nampak glamor dan naik taraf sikit masak Telur Dadar cara Korealah pula.Cantik elok pula jadinya tersusun berbaris dalam pinggan hidang.Tak adalah mata dot mandang telur bulat sepanjang masa (walhal benda sama,telur dadar goreng je pun,kikiki).
Cara Memasak
- 1
Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
Masukkan Serbuk Lada Sulah dan Garam Gunung Saji.Pukul dengan garfu hingga sebati. - 2
Masukkan bahan B,pukul rata.
- 3
Lenserkan sedikit minyak masak pada kuali leper non stick.
Masukkan sedikit adunan telur,lenggangkan kuali supaya telur merata.Jangan terlalu tebal nanti gulungannya tak cantik. - 4
Tunggu sehingga telur masak.Gulung telur perlahan-lahan seperti di dalam gambar (gulung 3/4 bahagian sahaja).
Tarik telur ke bahagian bawah kuali leper.
Curahkan sedikit lagi telur di bahagian atas. - 5
Bila telur masak,gulung lagi.
Tarik telur ke bahagian bawah.
Curahkan sedikit lagi adunan telur,ratakan.Tunggu hingga masak.Gulung lagi.Gulungan telur akan menjadi semakin besar. - 6
Ulangi proses yang sama hingga selesai.
- 7
Letak gulungan telur di atas pingan leper.Potong menggunakan pisau yang tajam.Siap.
Hidangkan,boleh dimakan begitu sahaja @ bersama dengan Sos Cili.
Resipi Sepertinya
-
Lempeng Sayur Lempeng Sayur
Bahan Layu Di Tasik Madu (RESCUE WHAT'S DYING).#CookEveryPart1.:Misi menghabiskan saki-baki stok sayur-sayuran dalam peti sejuk.Korek punya korek macam-macam ada.Brokoli yang sudah mulai kehitam-hitaman di bahagian atasnya,Lada Benggala yang mulai mengecut,ada juga lebihan Lobak Merah dan Daun Ketumbar yang mula menguning.Kepingan Keju Cheddar masih berbaki 3 keping (tarikh luput 5 hari lagi).Semuanya masih boleh diselamatkan dan perlu dihabiskan sebelum menjadi habuan Mr Tong Sampah.Nasi semalam pun ada lagi berbaki,campur sedikit lagi bahan itu ini,zass siap masak Lempeng Sayur.Resepi mudah,sihat,berkhasiat dan insyaaAllah sedap.Alhamdulillah.:Inspirasi resepi:Pinterest. ha.lim39 -
Ikan Siakap Goreng Tom Yam Ikan Siakap Goreng Tom Yam
Recook resepi @Nurfatin_1997 .Resepi simple tapi sedap,menambah nasi jadinya.Terima kasih berkongsi resepi dan juga untuk inspirasinya 😋🤩 ha.lim39 -
Sup Barli (Estonian Kruubisuup) Sup Barli (Estonian Kruubisuup)
Negara Bendera Tiada Kuning / Emas.:Estonia @ secara rasmi Republik Estonia merupakan sebuah negara di kawasan Baltik Eropah Utara.:Kruubisuup adalah Sup Barli tradisional Estonia yang dimasak bersama sayur -sayuran lain seperti ubi kentang,lobak merah @ sayur leek.Sup yang ringkas dan mudah.Makan panas-panas musim hujan ni ngam sangat,segar dan berkhasiat.:Sumber: Mr Google. ha.lim39 -
Nasi Goreng Kicap Nasi Goreng Kicap
#BackToBasicSepanjang masa Lockdown ini tak dapatlah keluar ke pasar mencari barang dapur seperti biasa.Kena berjimat-cermat dan pandai mengolah resepi menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.Ada lebihan nasi semalam jadi k.ha masak nasi goreng sahaja.Teringat Nasi Goreng Kicap yang selalu aruah mak buat untuk kami.Resepi simple tak banyak bahan pun tapi cukup sedap pada kami.Kebetulan ada sedikit lagi baki dada ayam dan telur di dapur,jadi bolehlah masak resepinya hari ini.Walaupun tidak 100 % sama seperti masakan airtangan mak,dapatlah juga lepaskan kempunan dan rindu pada masakannya. ha.lim39 -
Fritata Kentang Fritata Kentang
Resepi mudah,sesuai dimasak ketika mahu mengurangkan penggunaan pinggan-mangkuk dan jimatkan penggunaan air.Resepi asal dibakar dalam mug tahan panas sahaja,dah masak ceduk dengan sudu terus dapat makan.Disebabkan jumlah bahannya k.ha tambah untuk 3-4 orang,kenalah guna bekas besar.Snap gambar pun kena letak dalam pinggan biar jelas penampakan rupa Fritatanya.Sedap dimakan ketika masih panas.Dimakan begitu sahaja @ dengan sos cili. ha.lim39 -
Telur Dadar Lipat Berinti Telur Dadar Lipat Berinti
Asalnya mahu buat telur bungkus tapi lipat jelah senang kerja!.Resepi ringkas,insyaaAllah sedap.Sesuai untuk hidangan Tengahari @ Makan Malam.Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. ha.lim39 -
Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis
Masak Apa untuk 1?.:Kalau berseorangan di rumah dan malas nak keluar membeli makanan,k.ha suka masak lauk yang ringkas sahaja.Cukup 1 lauk,ada ulam dan nasi putih.Ikan Tenggiri Masak Masam-Manis ni k.ha "gu"kan dengan Ulam Timun Jepun.Makan dengan nasi panas-panas sedap yakmat.Kalau tak beringat bertambah-tambah nasi jadinya. ha.lim39 -
Telur Goreng Garing Telur Goreng Garing
Masak Apa untuk 1?.:Telur Goreng Garing untuk seorang.Rangup dan sedap,simple dimple guna 4 bahan sahaja - telur,bawang,cili kisar dan garam gunung. ha.lim39 -
Putik Jagung Masak Lemak Cuka Putik Jagung Masak Lemak Cuka
Kalau ada umbut kelapa lagi sedap.Dah tak ada,guna sahajalah mana bahan-bahan yang ada.Berselera makan nasi,gu dengan ikan kering goreng,sedap sangat.Alhamdulillah. ha.lim39 -
Rendang Ayam Basah Rendang Ayam Basah
Tengah mengemas peti sejuk,anak dara keluarkan sebungkus Ketupat Palas Lemak Frozen.Entah bila lagi tersimpan tak tahulah.Masih elok dan boleh dimakan.Pagi tadi bersilatlah sekejap di dapur siapkan Rendang Ayam Basah.Ku gagahkan juga walaupun 2-3 hari ni tubuh rasa tidak berapa sihat.Alhamdulillah selamat dimakan bersama Ketupat Lemak,cicah roti bulat mini sekali. Rasa macam Hari Raya je,tiberr.... ha.lim39 -
Sweet Soy Honey Chicken Sweet Soy Honey Chicken
#cooksnapRecook resepi @nabskitchendiary .Terima kasih di atas perkongsian resepinya.Untuk jumlah ayam dan tepung salutan ayam k ha guna sukatan sendiri (dalam resepi asal tidak diberi sukatan bahannya).Simple,mudah dan sedap resepi ni,bukan budak-budak sahaja yang suka,mak dengan paknya ikut sekali.Sedap dimakan ketika masih panas. ha.lim39 -
Telur Ikan Goreng Kunyit Telur Ikan Goreng Kunyit
Alhamdulillah rezeki hari Jumaat,dapat Telur Ikan.Tak pasti pula Telur Ikan apa.Cadangnya nak masak Gulai Kuning tapi C.abe minta Goreng Kunyit sahaja.Resepi simple,sedap dimakan dengan Nasi Putih panas-panas. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen