Shirley Temple Sirap Sarawak Mocktail (Sirap Grenadine)

Dapur Yusfarisyia @gula_apong
#cooksnap dari @sasha_sabrina
Nak buat sendiri Grenadine ni senang je. Perah buah delima dan campur gula. Tapi nak perah fresh tu sakit jugak la poket kan sebab buah delima mahal dan sikit sangat juice nya bila diperah sebiji. Kalau ada yang tanam tu best sebab boleh la buat sendiri.
Cara Memasak
- 1
Letak ais dalam cawan. Diikuti dengan Grenadine dan lastly air soda pilihan.
- 2
Gaul dan sedia dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya

Shirley Temple Sirap Sarawak Mocktail
Sirap Sarawak ni sebenarnya panggilan MinSha untuk sirap Grenadine. Masa duduk KL, MinSha memang akan beli stock 1 luggage bag sebab tak jumpa di semenanjung. Tiap kali kalau MinSha hidang air ni mesti kawan-kawan tanya air apa ni? So nak senang jawab Sirap Sarawak je la. 🤣Nak buat sendiri Grenadine ni senang je. Perah buah delima dan campur gula. Tapi nak perah fresh tu sakit jugak la poket kan sbb buah delima mahal dan sikit sgt juice nya bila perah sebijik. Kalau ada yang tanam tu best sebab boleh la buat sendiri 😊.Happy Cooksnapping Geng! 😘


Sirap Lemon Soda
Asalnya aiskrim soda ni nak buat apam. Tapi tak jadi nak buat. Kita tukar menu jadi air minuman la. Sebab belum ada lagi resepi minuman dalam cookpad saya. 😁#goldenapron2020


Soda Bunga Telang Bersama Markisa Dan Longan
Kelmarin lepas balik dari temujanji di klinik tekak terasa nak minum yang sejuk. Terus teringat nak buat soda bunga telang sebab sedap sangat. Tetapi kali ini saya campurkan dengan buah markisa dan longan. Sebenar nya buah longan tu saya beli sebab nak cooksnap air ribena soda longan dari @dapurdee tetapi belum kesampaian. Insha Allah kejap lagi saya buatkan.Bila tengok AJL 36 2021-2022 pada malam minggu yang lepas tu tengok banyak menggunakan warna ungu/purple. Tak lama lepas tu CP Malaysia pun buat cabaran Masak Apa Purple. Memang cun sangat la dengan soda bunga telang tu.


Pomegranate Juice 🇯🇴
Buah kegemaran mak saya, saya pun suka juga tetapi payah juga nak jumpa kat pasaraya. Kalau ada pun memang harga kayangan. Beruntung kalau jumpa saiz yang besar dan isi nya manis. Buah delima ni saya beli untuk mak saya minggu lepas, sengaja beli lebih sebab saya nak buat jus nanti. Setengah biji dah dimakan, tinggal lagi sebiji setengah. Terima kasih @salina_jalaludin atas inspirasi nya 😘🥰


Iced Lime Lemonade
Inspirasi daripada @sasha_sabrina tetapi saya campur limau manis (hasil dari selongkar peti sejuk) sebab lemon pun tinggal 1/4 bahagian sahaja dan limau nipis saya ganti dengan limau kasturi. Limau lah juga tu kan? 😅Sebenar nya iced lime lemonade ni memang kegemaran sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Apabila saya berada di darjah lima dan enam, saya aktif dalam bersukan. Balik je ke rumah, selepas makan dan mandi, saya akan petik buah lemon di depan rumah (mak ada tanam sepokok dan buah nya memang berbuah lebat), saya buatkan air untuk dibekal ke latihan sukan di sekolah. Memang tak cukup sebotol rasa nak lagi, lagi sejuk lagi sedappp ❤️


Air Ribena Soda Longan
Masak Apa Purple? Saya tak masak tetapi saya membuat air Ribena kerana warna buah blackcurrant juga warna purple. Inspirasi daripada @dapurdee tetapi saya tidak menggunakan sirap Ribena sebab itu warna nya kurang gelap kerana dicampurkan dengan air aiskrim soda dan sirap longan. Dah lama sebenar nya nak cooksnap resipi Mahadiah ni tetapi asyik tak kesampaian.


Air Limau
Ini lah minuman yang paling saya suka sewaktu di zaman sekolah rendah. Kalau ada kelas tambahan dan ada aktiviti sukan memang saya akan buat sendiri air limau nipis dan lemon sebab mak ada tanam pokok limau nipis dan pokok lemon. Lebat buah nya, kadang makan cicah dengan campuran gula dan garam isi lemon tu. Adui kecur liur bila terkenang zaman tu. Kalau dulu takde pulak sakit ulur hati sebab makan yang masam-masam. Arwah bapa saya memang marah kalau tengok saya makan yang masam-masam sebab kata nya nanti gastrik dan bla.. bla.. bla..


Cherry Mojito
383/2024 (1936/2K)Alhamdulillah..Uchu saja-saja tanam pokok ceri barbados dalam pasu je sebagai ‘hiburan’ anak-anak cenonet Uchu yang suka feeling2 petik buah-buah. Setiap kali berbuah, sibuk lah 2-3 beradik yg gegerls tu bawak bekas gi kutip. Alhamdulillah, pokok ni senang berbuah dan selalu berbuah.Nak makan macam tu je,rasanya agak masam, so biasanya gaul garam/kicap & gula baru makan. Selain tu, buat air memang berbaloi sangat. Rasanya macam kat cafe pun. Memang jimat sangat..


Mango Watermelon Rambutan Lychee Juice
Cooksnap daripada @sasha_sabrina tetapi saya gantikan buah longan tin dengan buah rambutan. Jus longan tin saya gantikan dengan sirap laici. Jus mangga dan tembikai saya gunakan buah yang dikisar sahaja. Tembikai yang saya gunakan yang frozen hehe.. sebab tu jer yang ada.


💦Sirap Menjerit (Sirap Kelapa Muda Bersoda💦
Kenapa Sirap Menjerit??? Ehhhh.. sebab sedap tau, mau jerit rasanya🤣🤣🤣. Serius sedap. Tak caya gi la cuba. Jangan jerit tau. Marah jiran sebelah🤪. Simple dan cepat dihidangkan. Kalau hidangkan ketetamu mesti dema suka ni. 😁


Soda Gembira Aiskrim Vanila
#bonusair #goldenapron #saturesepisatupohon Saya suka minum air bandung walaupun sebenarnya saya x suka minum susu.Tapi disebabkan rasa sirap dlm tu menghilangkan rasa susu tu so saya bolehlah minum.Tambah pula bila dicampur dgn air aiskrim soda mmg sedap diminum.Tambahkn satu skop aiskrim vanilla utk rasa yg nyaman.😍


Batido De Mango 🇲🇽
Ada berbaki sebiji buah mangga harum Manis dlm aisbox ..kes simpan lupa nak kupas😁..Nasib masih elok lagi..memula cadang nak mkn gitu saja tapi rasanya manis sngt..Jdi buat lah Jus.Akk tak bbuh gula atau Susu ya...Sbb mangga tu dah manis sngt..#cppassport


Sirap Soda Kelapa Muda
Road to 500 recipe499/500Suami bawa balik 2 bungkus air kelapa muda tadi.Sambil nak isi dalam jug tu, rasa nak search dalam Cp resepi apa yang boleh di cooksnap. Jumpa resepi siram menjerit Aznie @Sirap_Cheese.💡 💡Yayy.. Dapat satu menu baru.Segar ja rasanya minum segelas ditengahari ni.


👩🍳Spinach Mango Kiwi Kale Smoothie Mix🇬🇧
Seminggu sekali nak juga minum sesuatu yang ‘green’. Selalu ada simpan stok Smoothie Mix ini sebab senang beli ‘home delivery’ Tesco hantar ke rumah terus.Produk Smoothie mix dari Tesco ini sebenarnya adalah produk keluaran UK kerana disana Smoothie menjadi hidangan biasa bagi mereka.Ada berbagai jenis buah yang tersedia,pilih yang kita suka.Kita juga boleh gunakan buah atau sayur yang kita sejukbekukan sendiri sebab nak buat Smoothie lebih enak jika buah2 disejukbeku. Tapi boleh saja kalau nak buat guna buah yang fresh. Terpulang citarasa masing2.🌎NegaraHurufU-UK- resipi 2/7#cppassport


Dragon Fruit Milkshake
Masih lagi misi menghabiskan lebihan bahan-bahan masakan/makanan di dapur. Ada lagi lebihan buah naga dan buah nenas. Apa lagi? Buat milkshake la, dapat hilangkan haus lepas vacuum rumah 😂. Buah naga warna merah ni memang cantik sangat warna nya. Boleh dipelbagaikan dalam mana-mana menu. Kombinasi warna apabila dicampur dengan susu memang cantik menjadi merah jambu.


Fresh Orange Juice
Misi habiskan saki-baki buah-buahan dalam peti sejuk.Cuaca pun panas ,k.ha buat Fresh Oren Juice hari ini.Alhamdulillah,sejuk,segar dan nyaman masuk tekak.


Halal Mojito Yakult 🇨🇺
Mojito adalah sejenis minum cocktail rakyat Cuba. Bahan asas dia white rum (alcohol), gula atau sweetener, limau, air soda dan mint.Jadi, kita buat versi halal. Gantikan white rum dengan Yakult. Dan faa skip tak isi gula sebab yakult dan aiskrim soda dah manis.Memang sedap sangat. Nak buat air untuk berbuka pun best. Serius tak tipu. Korang patut cuba.#cppassport


👩🍳Jus Nanas Soda
Air nanas memang refreshing..perah limau kasturi.. lagi refreshing😋Inspirasi resipi @Uchu1217/2K


Vanilla Coke Float
Ni selera tengah malam semalam. Cola tu dah lama beli . Eskrim nye tu yg bru semalam husband belikan. Bukan saja lambat2 upload, husband je hampir tiap2 malam sy pesan minta dibelikan eskrim vanila 🤣. Byk alasan husband i. Tak singgah kedai laa, terlupa laaa. Smlm , husband balik je dr masjid terus g kedai dan beli . Apalagi tghmalam minum sejuk2 dan bergas ni . Sedap dan kurang manis sebab beli cola zero sugar. Pemanis nye hanya eskrim vanila je laa. Rasa mcm versi vanila coke jg tp cola rasa vanila tu mcm dah tak jual kan . Finally week 12 is done ✅#GoldenApron23#week12


Jus Nanas Susu Samoa @ Vaifala 🇼🇸 (5 Bahan)
#Beverages #Minuman #Drinks #TakLebih6BahanSedap jugak jus ni. Biasanya husben buat sendiri dan pelawa minum Uchu tamau. 🤣 Tiberr harini rasa nak pulak demi Negara S! 😄 Alhamdulillah sedap rupanya.Rupanya husben tahu resepi Samoa ni. Ingatkan saje dia reka2, sebab Pok Chan ni suka je mandai2 campur ape2 je jenis buah dengan susu. Langsat susu pun penah dia buat!🤣🤣🤣Anak2 pun selalu kalau dengar abie diorang tengah mengisar kat dapur, terus diorang cakap, air pelik ape lagilah abie buat tu. Abie dia cakap, aishhh bagus ni. Pelawas! 🤣🤣Cc: @nur_shazrina


Butterfly Pea Lime Soda
Suka buat air ni sebab ada unsur belajar sains yang menarik. Lagi-lagi bila air bunga telang yang warna biru ini bila bercampur dengan limau dia jadi warna ungu.#goldenapron2020


Jus markisa
#Challenge2#Ramadan2025#RamadanTibaBuah hasil tanam sendiri ..Walaupun tak banyak bila masak je sebiji terus jadi air.Bulan² puasa dapat air masam² manis memang sedap.


Jus Belimbing Madu
Lama tak makan buah belimbing. Kebetulan ada kawan bagi. Walaupun hijau tetap sedap masam manis. Terus sebiji dua buat jus.#goldenapron2020


Sour Plum With Ice Cream Soda
Cooksnap daripada cookpader @dapurummi_2010 untuk minum tengahari tadi. Sedap nya segar rasa biji mata 🤭


Soda Lemon Bunga Telang
#1stSodaLemonBungaTelang #cooksnap daripada resipi Cookpader @Mizzanem Memang sedap sangat pada saya rasa nya. Asyik nak buat lagi dan lagi tetapi kena tunggu bunga telang banyak dulu.


👩🍳Soda Lemon Bunga Telang
Hilang dahaga minum sejuk2🧊🧊. Mudah dan cepat disediakan. Seperti biasa warna bunga telang berubah apabila ditambah zat asam seperti ice cream soda dan jus lemon.Sungguh menarik🔵🟣Inspirasi resipi Yus @gula_apong 🌹#Pejuang2KResipi#BeatTheHeat#MinumanSejuk1462/2K


Jus Buah Naga
#cooksnap daripada cookpader @yananye_cook . Cerita kami agak sama 😆 tamak punya hal, beli banyak buah naga, kekonon nak buat tu la.. ini la.. akhir nya buah hampir mengering di dalam peti sejuk. Bagi kat mak mertua juga sebab mak mertua memang suka makan buah-buahan. Resipi saya ni, saya tambah beberapa bahan mengikut tekak suami saya 🙏🏻🤗


Coconut Shake
Inspirasi daripada @sambaldope terima kasih 🥰 untuk berbuka puasa semalam. Buah kelapa muda disedekah mak mertua terus terfikir nak buat coconut shake kerana cuaca panas lit-lit. Memang puas buat sendiri daripada beli di luar.


Jus Buah Amra/Kedondong Asam Boi
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @edda69 . Sedap sangat tak cukup segelas, asyik nak tambah lagi dan lagi. Dah lama dah tak jumpa buah kedondong ni, dulu-dulu semasa zaman kanak-kanak memang selalu makan buah kedondong ni ratah cenggitu jer. Kadang buat cicah kicap gula dan cabai. Memang tak pernah dibuat jus sebab zaman dulu mana ada blender bagai. Bila dah kahwin, sewaktu saya belajar di Penang, saya ada rakan sebilik daripada Kedah, kami akan ke pasar malam yang berhampiran setiap hari Sabtu malam Ahad, dia selalu beli jeruk buah amra. Masa tu saya tak tahu pun tu buah kedondong. Bila dia bagi kat saya sebiji dan saya tengok dan rasa, terus saya cakap "eh! macam buah kedondong tapi saiz kecik, rasa pun macaam buah kedondong." Dia pun gelak dan terus cakap "memang pun buah kedondong tapi kami panggil buah amra." Laa... Kami sama-sama tergelak.Bila saya tinggal dengan keluarga mertua saya, di situ saya belajar buat jus amra/kedondong ni sebab selalu jiran dan orang datang ke rumah berniaga buah-buahan dan sayur-sayur hutan. (maksud nya sayur-sayuran seperti rebung, pucuk keledek, pucuk ubi, pucuk paku dan seangkatan dengan nya).


Coconut Shakes
Aznie dah lama sebenarnya tak minum coconut shakes ni, teringin pulak nak minum. Ingat lagi dulu ada satu kedai kat simpang pulai jual ni. Memang ramai sangat orang singgah. Rasa dia memang best sangat. Aznie ada seorang teman kawan satu sekolah, dia pun dulu niaga jual ni juga. Memang dapat sambutan yang hangat. Tapi sekarang tak niaga dah. Dia bagitau coconut shakes ni nak sedap kena bubuh aiskrim soda, jangan air kelapa je. Jadi bila ingat balik apa yang dia bagitau dulu terus Aznie buat. Memang betul rasa sama macam yang jual kat kedai tu. Sedap sangat❤️

Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/15462941
Komen (2)